Showing posts with label Satay. Show all posts
Showing posts with label Satay. Show all posts

Singgah makan satay kajang rnr dengkil

 

restoran satay kajang, rnr Dengkil
restoran satay kajang, rnr Dengkil

restoran satay kajang, rnr Dengkil
restoran satay kajang, rnr Dengkil
Peminat satay kajang yang singgah di rnr Dengkil, korang boleh la lepaskan ketagih nak makan satay kajang ni.. nak gi kajang jauh sangat. So, yang di sini pun ok jer....Segala jenis satay ada...tinggal nak bayar jerπŸ˜…πŸ˜…
satay kajang daging, ayam dan perut
satay kajang daging, ayam dan perut

nasi himpit, timun dan bawang
nasi himpit, timun dan bawang

sekali dengan kuah kacang dan sambal
sekali dengan kuah kacang dan sambal
Peminat satay, jangan lupa cari satay kajang ni di RnR Dengkil.

GPS koordinat: 2.9036838391476554, 101.61551345757398

https://maps.app.goo.gl/uum4CehJqebCQmoq9


Restoran Sate Kajang Haji Samuri, Kajang....... sate padu beb!

 

Restoran Sate Kajang Haji Samuri, Kajang
Restoran Sate Kajang Haji Samuri, Kajang

Restoran Sate Kajang Haji Samuri, Kajang
Restoran Sate Kajang Haji Samuri, Kajang
Selama ni aku makan sate kajang di restoran cawangan saja. Kali ni aku nak cari gak HQ sate kajang Haji Samuri ni. Kebetulan aku dengan famili plan nak jalan-jalan KL. Kami check in hotel di KL, so nak ke sini kami plan nak naik train MRT je...malas nak drive, nak hadap jem lagi kannnn😁😁😁...

Sebenarnya restoran ni bertentangan je dengan stesen MRT...korang kalau nak makan sate kajang di sini tapi taknak drive, boleh naik MRT train ni...stesen MRT ni stesen Stadium Kajang...Second last stesen, yang last sekali stesen MRT Kajang.

view restoran sate kajang hj samuri dari atas stesen MRT stadium kajang
view restoran sate kajang hj samuri dari atas stesen MRT stadium kajang
Ada banyak jenis sate yang ada di sini. Ada sate ayam, sate daging, sate daging batang pinang, sate perut, sate kambing, sate arnab, sate ikan, sate kambing premium. Selain tu ada juga nasik lemak bungkus daun pisang. 
kena beratur untuk order makanan
kena beratur untuk order makanan
Cara nak order makanan, korang kena beratur dulu, pilih makanan dan bayar terus di kaunter. Yang penting kena maklumkan no meja korang...jangan salah meja plak takut makanan korang tersalah hantar ke meja lain...
nasi lemak bungkus, sambal siap asing lagi
nasi lemak bungkus, sambal siap asing lagi

kuah kacang, sambal, nasi himpit dan nasi lemak
kuah kacang, sambal, nasi himpit dan nasi lemak

sate kajang, batang pinang, kambing, ayam dan perut
sate kajang, batang pinang, kambing, ayam dan perut
Aku order nak raso-raso ja...anak-anak aku tak makan sangat sate ni...kalau tengok orang lain order, bertimbun sate ooooπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Tapi memang sedap la sate kajang ni...dia macam level lain compare dengan sate-sate yang lain...ada keunikan dan keistimewaan tersendiri...memang padu!πŸ‘πŸ‘πŸ‘

antara kawasan pelanggan makan sate
antara kawasan pelanggan makan sate

menu sate kajang
menu sate kajang
Kalau korang nak datang ke sini, bagi yang tak biasa dengan Kajang, pertama korang boleh naik MRT train dan turun di stesen Stadium Kajang atau korang boleh je drive sendiri. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 2.9936311516577256, 101.78711637859645

https://maps.app.goo.gl/CrBcjejpmiirFYKy9


resepi sate ayam (untuk 1ekor ayam)

sate ayam
sate ayam 

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci dan toskan)
  • kulit ayam jangan buang ye, potong kecik, dan perapkan sekali isi ayam)
Bahan blend:
  • 2 labu bawang besar 
  • 5 ulas bswsng merah (taknsk letak pun takpe, letak lagi sedap)
  • 1 labu bawang putih 
  • 2 Inci halia
  • 4 batang serai 
  • (satukan kesemua bahan dan blend dengan sdikit air)
Bahan perap:
  • 2 keping gula melaka (potong kecil-kecil/hiris-hiris)
  • 1 ½ cawan gula (kena manis, baru sedap)
  • 2 sudu kecil garam
  • 4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu besar jintan manis
CARA-CARA:
  • dalam bekas besar, masukkan isi ayam yang telah ditoskan.. Masukkan bahan blend + bahan perap..
  • gaul sebati..
  • boleh tambah apa yang kurang, gula/garam..
  • perap semalaman kalau nak sedap.. 
  • bila dah perap, baru cucuk ye..
  • nak sedap, selitkan kulit ayam dibahagian tengah..
  • lebihan perapan tadi,ambil sedikit, letak dalam mangkuk kecil, dan tambahkan sedikit minyak masak.. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 batang serai ketuk hujungnya)
  • bakar lebih kurang dalam 5min dah Masak, sebab dah perap semalaman..
  • masa bakar tu renjiskan dengsn bahan renjis ye.. Biar sate tu, basah je..
Makan camtu pon dah sedap, sebab dah cukup rasa..
Selamat mencuba

KUAH KACANG
Bahan-bahan:

  • 1 ½ cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, dan blend/tumbuk separa halus.Jangsn hlus sangat ye)
  • segenggam cili kering (potong, rebus) 
  • 2 labu bawang besar 
  • 2 Inci halia 
  • blend bahan dengan sedikit air
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 2 kpg gula melaka
  • 1/2 cawan gula
  • garam
  • 3 cawan air
  • 1 kotak santan
  • 2 kpg asam keping
Cara-cara:
  • panaskan minyak, jangan sikit sangat, jangan banyak sangat..
  • tumiskan bahan blend, masukkan serai.. (tumis sampai pecah minyak)
  • masukkan kacang, gaul sebati..
  • masukkan air, biar mndidih.. (api slow)
  • Nampak dah kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, dan asam..
  • masak sampai kuah jadi pekat..
  • rasakan dan boleh tambah apa yang kurang..
  • siap

***Kalau taknk letak santan pon takpe, just guna air je..

kredit resepi:Siti Norizan‎

Resepi Sate Goreng

Resepi Sate Goreng
Resepi Sate Goreng

Bahan:
1 kg daging lembu/isi ayam
300-400 gram gula pasir
1 sudu makan garam

Bahan rempah: (dikisar halus)
5 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan serbuk kunyit

Cara membuatnya:
Potong dadu/nipis daging, rendamkan dalam air sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan daging yang direndam kemudian gaulkan rata bersama gula pasir, perapkannya setengah jam.
Pastikan dikisar halus bahan rempah dan gaulkan bersama daging yang telah diperap bersama gula tadi, tambah garam dan gaulkan rata. Perapkan lagi sekurang-kurangnya satu jam.
Cucuk daging dengan lidi buluh dan sedia untuk dipanggang

Tip:
Bagi daging lembu atau kambing pastikan urat pada daging tersebut dibuang agar daging sate tidak liat semasa dimakan
Daging direndam dalam air bertujuan melembutkan daging tersebut. 
Rempah akan lebih meresap kedalam daging jika lebih lama diperap.

AT Satay Semeling, Bedong Kedah


AT Satay Semeling, Semeling, Bedong Kedah
deretan satay sedang dibakar

AT Satay Semeling ni Terletak di Semeling, Bedong Kedah. Betul-betul di hadapan Taman Desa Semeling.
Jalan nak masuk ke Semeling ni jem teruk. Macam pelik pulak aku rasa. Jalan ni nak masuk ke kawasan kampung je pun. Tapi bila sampai di AT Satay Sembeling ni, aku rasa mesti sebahagian besarnya nak datang ke AT Satay Semeling (aku agak-agak je, kalau ada nak pergi tempat lagi yang lagi best, tu aku taktau).
Macam mana agak boleh cakap macam tu? sebabnya parking yang disediakan oleh AT Satay Semeling ni agak luas dan parking full!!!!
semua yang parking ni, nak pergi ke AT Satay Sembeling
Nampak tak bertapa ramainya manusia yang nak makan Satay Semeling ni. Memang dah viral satay semeling ni sedap, mungkin sebab tu ramai yang datang.
ramai orang dalam AT Satay Semeling
Ada satay ayam, daging, perut, kambing, rusa dan arnab. Pilih yang mana korang rasa nak makan. Kalau nak menu lain pun ada jugak. Tapi kalau tak makan satay di sini, baik tak payah la datang, susah-susah redah jem, susuh cari parking, tetiba dah duduk kat meja tak order satay. Ibarat bagai naik sampan tak pakai lifejacket.
AT Satay Semeling (ayam dan daging)

AT Satay Semeling (ayam dan daging)
Selain satay, menu lain, korang boleh rujuk senarai menu seperti gambar dibawah:
AT Satay Semeling - menu 1

AT Satay Semeling - menu 2
Banyak juga kan senarai menu tu selain satay. Aku cuba gak la sekit, just nak rasa. Aku cuba bihun sup daging, ayam percik, koay teow goreng.....
bihun sup daging

ayam percik

koay teow goreng
Kepada yang nak makan satay semeling di AT Satay Semeling, boleh la datang ke Semeling, Bedong Kedah. Kalau dari exit Sungai Petani Selatan tu, ada simpang 4, terus jer. Kalau tak confident, boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah sebagai rujukan dan panduan.
gps koordinat : 5°41'42.1"N 100°28'21.0"E atau 5.695025, 100.472486

Restoran Putra ( Gear box, satay), Manjung Perak

Restoran Putra Manjung Perak
Kali ini aku singgah pulak di restoran Putra yang terletak di Manjung, Perak. Dari kejauhan nampak macam ramai orang datang, jadi aku assume mesti tempat ni tempat famous dan patut aku try makan di sini.
Aku pun tak pasti apa yang special di restoran putra ni... tengok macam sup gear box yang special... tapi kadang-kadang macam satay diorang plak yang special. Nak kata masakan thai, tak banyak sangat menu goreng-goreng. Menu diorang lebih kurang macam kat bawah ni.
menu restoran Putra, Manjung
Sup gear box aku tak order pun. Tapi ada jer aku tengok orang makan sup gear box di sini. So, di restoran Putra ni, aku just nak cuba makan satay diorang disamping nasi goreng ikan masin dan nasi goreng putra (maybe ni signature dish diorang kot). 
satay ayam....daging tak sempat order, dah habis

nasi goreng ikan masin

nasi goreng putra
Bagi aku biasa-biasa je kot rasanya. Tekak aku la, tekak korang mungkin sedap...kalau tak takde la ramai orang datang ke restoran ni. Cuma diorang kena tambah baik sikit dari segi service. Agak lambat juga la...sampai ada customer marah-marah sebab duduk dah lama sangat, tapi makanan masih tak sampai-sampai.
Ok lah...kepada yang nak datang sini, nak makan gear box ke, satay ke, boleh la datang ke Manjung ni. Lokasi secara spesifik seperti dalam google map dan gps koordinat seperti di bawah:
gps koordinat : 4°11'53.3"N 100°40'04.1"E atau 4.198150, 100.667798

Char Koay Teow depan CIMB, Kepala Batas Pulau Pinang

Char Koay Teow CIMB, Kepala Batas

Char Koay Teow CIMB, Kepala Batas
Peminat-peminat char koay teow boleh la mencuba makan char koay teow yang terletak di hadapan bank CIMB Kepala Batas dan bertentangan dengan bagunan Dato Kailan. Char koay teow ni mula beroperasi lewat petang hingga tengah malam. Selain char koay teow, boleh juga la nak mencuba satay dan nasi lemak bungkus.
Char koay teow

Char koay teow
satay daging dan ayam
Boleh la nak makan malam santai-santai di sini. Malam sejuk la sikit. Walaupun meja banyak, tapi kadang-kadang meja full sebab ramai orang datang. Kepada yang nak menuju ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°30'57.9"N 100°25'48.9"E atau 5.516084, 100.430258

Sate Kajang Haji Samuri, Hentian Rehat (RNR) Sungai Buloh (restoran jejantas)

Sate Kajang Haji Samuri, RNR Sungai Buloh
Kalau korang singgah rnr Sungai Buloh, jangan lupa untuk makan Sate Kajang Haji Samuri di sini. Yang ni cawangan diorang la...Yang betul-betul restoran ada di Kajang. Dah banyak dah cawangan diorang ni...kualiti masih dijaga...siap ada kilang memproses sate...Korang boleh layan TV mengenai sejarah sate kajang Haji Samuri ni yang dioarang paparkan..
Sate Kajang
Boleh lah jer datang makan sate kajang ni....
gps koordinat : 3°11'20.9"N 101°35'11.9"E atau 3.189151, 101.586639

Sate Kajang Haji Samuri di RnR Elmina

Restoran Sate Kajang RnR Elmina
 Sate Kajang Haji Samuri dah memang terkenal di Malaysia ni. Tempat yang original restoran sate kajang ni semestinya lah di Kajang Selangor. Sate Kajang sekarang ni dah banyak cawangan dah. Diorang siap dah ada kilang untuk memproses sate ni, makulm la dah banyak cawangan. Restoran yang aku datang ni adalah salah satu cawangan sate kajang Haji Samuri yang terletak di RnR Elmina.
dah macam nak beli fast food daaaaaa....
Dekat RnR ni, restoran sate kajang Haji Samuri ni dah macam restoran fast food dah aku tengok...tapi diorang jual sate la semuanya... ada macam-macam jenis sate. Ada sate ayam, daging, perut, rusa, kambing, arnab, kucing.....ehhh kucing takde! hihihihihi...
sate daging, ayam dan perut
Lokasi cawangan restoran sate kajang ni senang je....kalau korang lalu highway guthrie, jumpa je RnR Elmina terus kona masuk ke situ...Korang akan jumpa la sate kajang kat RnR tu.
gps koordinat : 3°10'22.5"N 101°31'10.2"E

Sedap betul makan satay di Zaini Satay di Ampang, Kuala Lumpur

                                                                                                         
Zaini Satay, Ampang
 Zaini Satay yang terletak di Ampang Kuala Lumpur diusahakan oleh Haji Zaini Ismail dan isterinya, Harison Ahmad sejak dari tahun 80-an lagi. Rasa satay kat sini lain macam sikit. daging satay yang betul-betul lembut dan sedap. Mungkin ada resepi turun temurun yang digunakan oleh Zaini Satay ni. Zaini Satay ni juga pernah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Selain itu, chef terkenal ada juga memberi komen yang positif pasal Zaini Satay ni. Zaini Satay ni menyediakan beberapa jenis menu satay. Antaranya adalah, satay daging, satay ayam, satay kambing, satay perut dan nasi himpit. Kuah kacang diorang pun sedap. Zaini Satay beroperasi setiap hari bermula 6 petang hingga 11.30 malam.
tengah bakar satay
satay daging, satay ayam dan satay kambing bersama-sama nasi himpit dan kuah kacang yang tip top meletup sedap!
Kalau korang nak cari Zaini Satay ni, alamat Zaini Satay adalah Stall no 5 (opposite 7-eleven), Jalan Kerja Ayer Lama, 68000 Ampang, Kuala Lumpur. Kalau nak cari guna gps pun boleh. Gps koordinat dan google map adalah seperti di bawah:
gps koordinat Zaini Satay : 3°09'38.3"N 101°45'31.1"E atau 3.160645, 101.758634

Santai-santai makan Omaq Char Koay Teow di Parit Buntar, Perak

Jika korang berada bi Parit Buntar, Perak dan nak makan char koay teow, boleh cari kedai makan Omaq Char Koay Teow yang betul-betul bertentangan dengan menara jam Parit Buntar. Senang nak cari kalau refer dengan menara jam ni. Char koay teow kat Omaq Char Koay Teow ni sedap gak. Standard macam char koay teow yang ada di Pulau Pinang.
Omaq Char Koay Teow, Parit Buntar Perak
Omaq Char Koay Teow, Parit Buntar Perak

Pandangan tepi Omaq Char Koay Teow
Pandangan tepi Omaq Char Koay Teow

Menara jam Parit Buntar (bertentangan dengan Omaq Char Koay Teow)
Menara jam Parit Buntar (bertentangan dengan Omaq Char Koay Teow)
Char koay teow ni ada saiz kecil dan saiz besar. Aku order dua-dua sekali. Selain char koay teow, boleh juga order satay sebagai makanan sampingan. Ada kiosk kat depan Omaq Char Koay Teow yang jual satay. Ok, berbalik dengan char koay teow ni, macam aku dah cakap tadi memang sedap. Kuah yang tidak cair sangat, rasa yang enak, udang yang manis, segalanya cukup untuk sepinggan char koay teow.
Char koay teow kecil (pinggan kecil)
Char koay teow kecil (pinggan kecil)

Char koay teow besar (pinggan besar)
Char koay teow besar (pinggan besar)

satay
satay
Kepada sesiapa yang nak ke sini, yang tak biasa datang la or bukan orang Parit Buntar, selain berpandukan landmark menara jam Parit Buntar, boleh la juga korang guna je gps koordinat dan google map yang aku dah bagi kat dalam blog ni. Parking kat sini kadang-kadang susah gak nak cari sebab parking kat area Omaq Char Koay Teow ni diorang parking kat tepi-tepi jalan je...

5°07'48.7"N 100°29'26.6"E