Resepi ayam goreng cili kering

ayam goreng cili kering
ayam goreng cili kering

Bahan:
  • 7@8 ketul ayam-bersihkan dan potong kecik
  • 1/2 sudu kecik serbuk kunyit
  • Garam n perasa
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 2 sudu mkn cili sos
  • 10 tangkai cili kering-gunting pendek
  • 2 biji bwng besar-belah 2 & hiris
  • 4 ulas bwng putih-hiris
  • 5@6 tangkai daun kari
Cara:
  • Gaul ayam dengan garam,perasa,serbuk kunyit,sos tiram dan cili sos dan kemudian goreng ayam tersebut..
  • Bila siap semua ayam di goreng...tinggalkan sedikit minyak dalam kuali yang sama..tumis semua bahan hiris..cili kering dan daun kari hingga naik bau..
  • Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.. 
kredit resepi: mazliza ahmad via mahn  

Resepi donut gemuk gebus

 

Donut gemuk gebus
Donut gemuk gebus

Bahan-bahan:
  • 2 sudu majerin 
  • 1 biji telur 
  • 1 paket yis
  • 5 sudu gula
  • 3 sudu susu pekat
  • 3/4 cawan air suam
  • 3 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
Cara-cara:
  • Cair kan majerin..biar sejuk..pukulkan telur dan campur dalam majerin yang dah cair tadi
  • Larutkan gula dan susu dalam air suam. Bila dah larut letak yis tunggu yis aktif.
  • Letak secubit garam dalam tepung..masukkan campuran telur dengan majerin dalam tepung dahulu kemudian uli tepung guna campuran yis tadi..
  • Biarkan doh sejam. Pastikan mangkuk doh ditutup ye..
  • Selepas sejam tumbuk-tumbuk manja doh..kemudian boleh bentuk kan..
  • Tunggu lagi 20 minit atau sehingga gebu seperti gambar..
  • Kemudian goreng... siap!
👍 Selamat mencuba...!

Kredit resepi: Fadhila Akma

RESEPI APAM BALIK

APAM BALIK
APAM BALIK 

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk apam balik:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnya
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk apam balik:
  • Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  • Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  • Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  • Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN SEDAP

NASI GORENG IKAN MASIN
NASI GORENG IKAN MASIN

BAHAN:
  • Semangkuk nasi sejuk
  • Telur
  • Isi ikan masin kurau dipotong kecil
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih ketuk
  • Cili padi ikut citarasa
  • 3 sb sos tiram
  • Sayur Kailan 
  • Kalau nak letak kobis pun boleh
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
CARANYA:
  • Masukkan telur, goreng dan hancurkan telur terrsebut. ○Kemudian tumis bawang-bawang hingga naik bau dan keperangan. 
  • Masukkan nasi. 
  • Masukkan ikan masin dan cili padi hiris dan tumiskan seketika. 
  • Masukkan sos tiram. 
  • Kacau sebati. 
  • Gaul rata dan goreng selama 5 minit. 
  • Akhirnya masukkan sayuran dan goreng hingga sayur layu.

RESEPI OREO CHEESE BALLS

OREO CHEESE BALLS
OREO CHEESE BALLS

Bahan-bahan:
  • 2 paket oreo
  • cream cheese
  • coklat bar - dark atau white
Cara-cara:
  • Tumbuk atau blend biskut oreo dan krimnya
  • Masukkan 1 sudu besar cream cheese, dan cuba gaul dan ratakan sampai adunan melekat antara sendiri bila dibuat bebola. Kalau tak cukup, tambah lagi
  • Sejukkan di dalam freezer selama 30 minit supaya nanti celup chocolate tak pecah
  • Cairkan coklat dengan teknik double boiler, dan akhir sekali celup bebola ke dalam coklat cair satu per satu. Boleh drizzle dengan coklat berlainan warna untuk variasi
  • Masukkan ke dalam peti sebelum makan.

RESEPI LAKSA KEDAH

LAKSA KEDAH
LAKSA KEDAH

BAHAN-BAHAN:
  • 1 tin sardin - dibuang sos sardin & cuci bersih kemudian blend hancur. (Boleh guna ikan jugak)
  • 1-2 biji bawang besar di blend
  • 2-3 SB serbuk kari ikan
  • 1 ketol lengkuas besar ibu jari 
  • 1-2 batang serai dititik
  • 5-6 tangkai daun kesum
  • 4-5 keping asam keping
  • 1 cawan santan pekat (kalau kurang tambah lagi)
  • Air
  • Garam gula
CARA-CARA :
  • Panaskan minyak & tumis bawang blend, serbuk kari ikan & masukkan sekali serai, lengkuas. Masak sampai pecah minyak.
  • Bila bahan tumis dan rempah dah masak elok. Masukkan sardin gaul sebati kemudian masukkan santan, asam keping & tambah sedikit air.
  • Last masukkan garam, gula secukup rasa & daun kesum. Daun kesum dah layu boleh tutup api. Siap!
  • Jangan lupa rebus laksa ye 😂
  • Ulam-ulam boleh la letak timun, bawang, selom, cili padi hiris-hiris nipis gitew.
Selamat mencoba! 😋

kredit resepi: liyana hassan

RESEPI AISKRIM OREO

AISKRIM OREO
AISKRIM OREO

Bahan:
  • 2 cawan susu Dutchlady Full cream ataulow fat
  • Secawan serbuk creamer coffee mate
  • 1 paket biskut oreo
 Cara-cara:
  • Masukkan susu dan serbuk creamer coffemate ke dalam mesin pengisar. Kemudian kisarkan. 
  • Seterusnya masukkan pula beberapa keping biskut oreo ke dalam mesin pengisar yang berisi campuran susu dan creamer coffeemate. 
  • Kisarkan ia sehingga sebati. Selepas itu, masukkan ia ke dalam bekas. 
  • Patah-patahkan beberapa keping biskut oreo lagi dan masukkan ke dalam bekas tersebut. 
  • Akhir sekali, masukkan ia ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia beku.

RESEPI KEK PISANG

KEK PISANG
KEK PISANG

Bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung 
  • 1 sk sodium bikarbonat
  • 1sk baking powder.
  • 1 cawan pisang
  • 1 cawan minyak
  • 1 bijik telor
  • 1 cawan gula halus
CARA-CARA:
  • blend telor & gula sampai kembang.
  • masukkan minyak ngan pisang.
  • masukkan tepung
  • gaul sehingga sebati
  • kukus selama 45minit.. 
kredit resepi: zlaila hashim

RESEPI ROTI MANIS

ROTI MANIS

Bahan A:
  • 150ml air suam
  • 1 sb yeast
  • 1 sb susu pekat
  • 1 sb gula
  • Campurkan bahan ni sampai berbuih
Bahan B:
  • 250gm tepung gandum/all purpose
  • Secubit garam
  • 1 sb gula
  • Sebiji telur
Bahan C:
  • 30gm butter cair
Campurkan bahan A dan B:
  • Dough memang melekit, tapi sabarlah.. ini cuma ujian kepada bakal tukang2 roti.
Kemudian masukkan Bahan C:
  • Uli, baling2 manja dlm bekas uli sampai menjadi dough yg elastik lebih kurang 15-20mnt. Kak cik guna tangan je menguli..
  • Kalau tangan melekat dough, amik sikit tepung sapu kat tangan dan sambung uli lagi sampai dough tak lekat kat bekas uli dan di tangan. Ulang2 langkah ni ye..
  • Siap uli, tutup ngn kain dan letakkan kat tempat yg sesuai, kak cik letak dekat heater utk naikkan dough dalam setengah jam, tumbuk dough. Kemudian perap lagi setengah jam sampai naik tiga kali ganda.
  • Setelah siap dibahagikan doh bulat ke lonjong ke ikut suka hati kita, sapukan telur atas dough dan tabur gula banyak sikit.
  • Pastu bakar dengan suhu 180'dgr lebih kurang 20mnt. Ikut lah oven korang ye, bakar sampai masak. Akhir sekali bakar jap guna api atas sahaja utk dapatkan kaler kuning atas roti.
  • Lepas keluar dari oven kasi butter cair atas roti, biar dia kekal lembab dan lembut..
  • Pelbagaikan lah ye, nk letak inti kacang, coklat kat dalam ke, nak buat roti cheese ke, roti sadin ke.. ikut lah kesesuaian selera memasing..
Kredit resepi: ‎Amie Samuri‎ 

Resepi popia goreng bersira pedas

popia goreng bersira pedas
popia goreng bersira pedas

Bahan-Bahan:
  • Kulit popia secukupnya
Bahan untuk lekatkan kulit popia:
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit air
Bahan untuk inti popia:
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji sengkuang, potong memanjang
  • 1 batang karot, parut kasar
  • sedikit biji kobis, cincang kasar
  • sedikit taugeh
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar udang kering, tumbuk halus
  • gula dan garam secukup rasa
Bahan untuk sos sira pedas:
  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • 1 ulas bawang putih, tumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah, tumbuk halus
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar cuka makan
  • sedikit garam
  • bijan, disangai atau goreng tanpa minyak
Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk tepung gam:Bancuh tepung bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes yang pekat.
Cara-cara untuk popia:
  • Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas.
  • Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam.Goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk popia sos sira pedas:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak.Masukkan sos cili, gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
  • Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
  • Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan.
Tips:
  • Popia harus digoreng dengan minyak panas di api sederhana supaya kulitnya masak sekata, kekuningan dan rangup.
  • Pastikan juga sos sira masak dengan sempurna dan pekat sebelum digaul kerana jika sos sira cair, popia akan mudah menjadi lembik apabila digaul kemudian nanti. Kalau tak ada cuka makan, boleh gunakan air asam jawa sebagai ganti.

Resepi Bubur Nasi (2 hidangan)

Bubur Nasi (2 hidangan)
Bubur Nasi (2 hidangan)

Bahan-Bahan:
  • 1⁄4 cawan beras
  • 1 3⁄4 cawan air
Cara memasak:
  • Didihkan air. Masukkan beras, kacau dari semasa ke semasa.
  • Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
  • Ketepikan.
  • Sebelum diberi kepada si manja, bubur itu akan dikisar sehingga halus. 
  • Ada yang kisar beras dulu sebelum memasak, tapi saya lebih suka masak bubur seperti biasa kemudian kisarkan.
  • Tambahkan susu ibu sedikit sebelum diberi kepada bayi.

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA

IKAN SIAKAP 3 RASA
IKAN SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (boleh kukus atau goreng) garam secukupnya
  • 100 ml air (jika anda ingin kuah nak lebih boleh tambhakan air [jika ikan dikukus])
  • 2 sb minyak
Bahan Cincang Halus:
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 cm halia muda
  • 3 ulas bawang putih
Bahan Sos:
  • 1 sk kicap manis
  • 2 sb gula pasir
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos plum (guna sos ikan)
  • 1 sb jus limau nipis
Bahan-Bahan dihiris Halus:
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 4 - 5 biji cili padi
Cara Membuat Ikan Siakap Goreng 3 Rasa:
  • pertama. sediakan kukusan dan lumuriikan dengan garam dan biarkan selamalebih kurang 10 minit. sediakan pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. kemudian, taruh ikan pinggan tersebut.
  • siapkan kuali dan panaskan minyak. selepas itu tumis bahan-bahan cincang selama 1 minit. masukkan cili kisar dangoreng hingga cili agak masak sebelum dimasukan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. kocorata.
  • selepas mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garamsecukup rasa.
  • masak kuah hingga masak dankelihatan sedikit pekat dan tuangkan diatas ikan yang telah digoreng atau dikukus.
  • terakhir, sediakan dengan nasi putih panas-panas.
  • resepi ikan siakap tiga rasa ini boleh dihidangkan untuk 3-4 org. terima kasih.

Resepi serbuk ikan bilis

Serbuk ikan bilis
Serbuk ikan bilis

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis

Cara memasak:
  • Buang kepala dan isi perut ikan bilis kemudian cuci dengan air. Rendam untuk 5 minit jika tidak mahu ikan bilis itu terlalu masin.
  • Buang air rendaman dan perah ikan bilis itu untuk mengeluarkan lebihan air.
  • Goreng hingga kering dan ranggup dalam kuali tanpa minyak. Ibu juga boleh menggunakan air fryer ataupun ketuhar untuk melakukan ini.Biar hingga sejuk, kemudian kisar sehingga menjadi serbuk.
  • Serbuk ikan bilis ini boleh dicampur bersama dengan bubur si manja. Tapi ingat, jangan guna terlalu banyak - kalau tidak direndam sebelum dimasak, ia mungkin terlalu masin.
  • Baki yang tidak digunakan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara dan ke dalam peti sejuk sehingga habis digunakan.

Resepi sup bayam dengan cendawan

 

Sup bayam dengan cendawan
Sup bayam dengan cendawan

BAHAN-BAHAN:
  • 2 ikat sayur bayam
  • 150gm cendawan tiram
  • 1 genggam udang kering-direndam
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • air secukupnya untuk kuah sup
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  • Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat.
  • Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .
  • Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur
Kredit resepi: timah

Resepi Daging Kambing Panggang (untuk hidangan 6 orang)

Daging Kambing Panggang
Daging Kambing Panggang

Bahan-bahan:
  • 6 potong daging kambing
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 inci halia (ditumbuk halus)
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • 3 sudu madu 
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:
  • Sediakan bahan perapan : bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan garam. Gaul rata semua bahan.
  • Sapukan bahan perapan pada daging kambing.
  • Perap daging selama 2 jam.
  • Masak menggunakan oven pada suhu 180 darjah selama 20 - 30 minit / sehingga masak.
  • Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 10 - 15 minit.