1

2

3

4

Restoran Mamak Hidayat RHM, Sungai Besar, Selangor

 

Restoran Hidayat RHM
Restoran Hidayat RHM

Restoran Hidayat RHM
Restoran Hidayat RHM

Peminat-peminat restoran mamak, sila la try makan di restoran Hidayat RHM yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Standard restoran mamak, semua menu sama saja kalau korang pergi mana-mana restoran mamak yang style macam ni. Ada roti canai, nasi lemak, makanan goreng-goreng dan juga nasi kandar. Cumanya kalau korang nak makan nasi kandar yang asli dan padu, korang kena datang ke Pulau Pinang la. Klik SINI.

senarai menu restoran Hidayat RHM
senarai menu restoran Hidayat RHM

roti canai

nasi kandar
nasi kandar
Restoran Hidayat RHM ni korang boleh cari dalam pekan Sungai Besar. Korang pusing-pusing je dalam tu, nanti korang akan jumpa gak restoran ni.
gps koordinat dan google map restoran ni boleh rujuk seperti di bawah.
GPS Koordinat : 3°40'24.2"N 100°59'23.1"E atau 3.673377, 100.989756

Gerai Simpang Maklom, Butterworth

 

Gerai Simpang Maklom
Gerai Simpang Maklom

Gerai Simpang Maklom
Gerai Simpang Maklom

Gerai Simpang Maklom ni terletak betul-betul di simpang traffic light Kampung Sungai Puyu, Butterworth Pulau Pinang. Sebenarnya ada banyak stall di bawah satu bumbung ni. Semuanya sedap-sedap belaka. Yang paling power dari review blog yang aku baca adalah cendol maklom. Tapi sayang masa aku datang stall cendol tak buka plak.
Selain cendol, ada banyak lagi yang viral sedap di sini. Antaranya cucur udang, bihun sup dan apam balik pun sedap.
cucur udang
cucur udang

bihun sup perut
bihun sup perut
Parking susah sikit la di sini. Sukar nak dapatkan parking kat tepi-tepi jalan. Tambahan pulak gerai maklom ni betul-beul disimpang jalan. Alternatif korang boleh parking dekat lot parking kedai di seberang jalan. Tapi kena lintas jalan sikit la. Hati-hati bagi yang bawa anak kecil masa nak lintas jalan.
gerai cucur udang
gerai cucur udang

gerai apam balik
gerai apam balik
Kepada yang nak mencari Gerai Simpang Maklom, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

gps koordinat : 5°27'04.2"N 100°24'06.9"E atau 5.451163, 100.401922


Restoran Top D' Gurun di Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Top D' Gurun di Kepala Batas
Restoran Top D' Gurun di Kepala Batas
Restoran Top D' Gurun kini boleh dikunjungi di Kepala Batas Pulau Pinang. Restoran tepi jalan jer... Boleh nampak billboard yang besar dari jauh untuk cam restoran ni.

Special menu di sini adalah sotong bakar yang diorang panggil sotong bakar ni sotong buncit jahat. Sebab apa nama macam tu? aku pun tak tau. Tapi kalau korang nak ambil sotong buncit jahat ni, pastikan korang tanya dulu harga untuk seekor. Kalau korang main bedal jer ambil, takut tak terbayar la korang. harga seekor sotong tu mencecah RM40++.

sotong buncit jahat
sotong buncit jahat

Selain sotong buncit jahat yang menjadi buruan, terdapat juga menu-menu lain yang banyak di sini. Ada juga bawal yang di goreng panas-panas.
antara menu maskan yang ada di Top D'Gurun
antara menu maskan yang ada di Top D'Gurun

Kepada yang nak makan di sini, dipersilakan untuk makan. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 5°31'31.7"N 100°25'50.0"E atau 5.525474, 100.430565


Santai-santai makan tepi sungai Ikan Bakar Lubuk Pedati, Baling Kedah

santai-santai makan tepi sungai
santai-santai makan tepi sungai

Ikan Bakar Lubuk Pedati, Baling Kedah
 Ikan Bakar Lubuk Pedati, Baling Kedah

Kedai makan Ikan Bakar Lubuk Pedati ni terletak di Kampung Lubuk Pedati, Kampung Pantai Pulai, Baling, Kedah. Bagi yang tak biasa dengan tempat ni atau first time datang ke Baling, mungkin agar sukar untuk cari Ikan Bakar Lubuk Pedati ni. Kedai makan ni agak ke dalam sikit dari jalan utama. Walaupun begitu, Ikan Bakar Lubuk Pedati ni tetap menjadi tumpuan orang ramai yang tahu akan kewujudan kedai makan tepi sungai ni
sotong bakar
sotong bakar

ikan bakar
ikan bakar

layan makan nasi campur dengan ikan bakar tepi sungai
layan makan nasi campur dengan ikan bakar tepi sungai

'Kami menyediakan menu ikan bakar, sotong bakar viral, daging salai tokmat dan asam pedas tetel. Sambil makan sambil layan angin dan suasana tepi sungai dibawah gunung yang nyaman' - pemilik Ikan Bakar Lubuk Pedati.
Tempat makan yang sesuai untuk makan seisi keluarga. Jangan lupa cari Ikan Bakar Lubuk Pedati ni jika korang sampai ke daerah Baling, Kedah.
Untuk yang first time nak terjah ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke Ikan Bakar Lubuk Pedati.
GPS koordinat : 5°40'20.0"N 100°54'38.8"E atau 5.672230, 100.910786