RESEPI WAFFLE RANGUP

WAFFLE RANGUP
WAFFLE RANGUP

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung (3/4 tepung gandum. 
  • 1/4 tepung jagung.)
  • secubit garam
  • 1/2 sudu kecil tepung penaik
  • 1 cawan susu
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/6 cawan minyak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila, 
  • serbuk pala atau serbuk kayu manis (apa2 perasa) 
  • campuran tepung gandum+tepung jagung adalah untuk menggantikan tepung kek yang agak mahal. Boleh juga guna tepung kek 1 cawan...
Cara-cara:
  • Pisahkan telur kuning dan telur putih. ambil telur kuning, campurkan dengan susu, minyak, esen vanila, kacau sampai bercampur.
  • ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam. masukkan dalam bahan basah tadi. biar dalam 15 minit.
  • Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih melekat pada pengadun dalam bentuk kon). masukkan gula tadi.
  • Kaup balikkan telur putih dalam adunan waffle selebihnya. Caranya, masukkan sedkit adunan waffle dalam putih telur, gaul sekejap, kemudian masukkan ia ke dalam adunan selebihnya. Jangan terlebih kacau.
  • Pastikan wafflemaker telah betul-betul panas, kemudian tuang adunan (hati-hati jangan sampai melimpah). biar tiga minit atau sehingga kuning keemasan dan wap air pada wafflemaker berkurangan.
  • sejukkan atas redai kek sementara habiskan adunan selebihnya. Boleh dimakan dengan jem atau nutella.
  • Jika ada lebihan waffle, boleh disimpan dalam freezer dan dimakan hari lain. cuma toast ia dalam setting paling rendah.
p.s. jika mahu lebih rangup, lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah. luar akan lebih garing

RESEPI RENDANG SOTONG SUMBAT

RENDANG SOTONG SUMBAT
RENDANG SOTONG SUMBAT

Sotong Sumbat Telur
Bahan-bahan:
  • 1-2 batang tauhu lembut - dihancurkan dengan garfu
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
Cara:
  • Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.
  • Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
  • Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya
Resepi Rendang Sotong Sumbat
Bahan-bahan:
  • 4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
  • 2 helai daun limau purtu
  • 400 ml santan pekat
  • 2 sudu kecil kerisik
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar sebagai pes rempah:
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering rebus
  • 5 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Saya tambah (tak ada dalam resepi):
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
Cara-cara:
  • Kisar bahan kisar sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
  • Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
  • Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
  • Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
  • Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!

Resepi Sotong Bakar Percik

Sotong Bakar Percik
Sotong Bakar Percik

Bahan-Bahan:
  • 1/2 kg sotong
  • serbuk kunyit
  • garam halus
Bahan Percik:
  • 2 batang serai – Diketuk/Kisar
  • *10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)
  • *sedikit belacan
  • *1 labu bawang besar
  • *2 – 3 inci kunyit hidup
  • *1 cawan santan cair
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • * 4-5tangkai cili padi
  • jus asam jawa/asam keping
  • 1/2 cawan pati santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit
Cara Buat Bahan Percik:
  • Kisar bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
  • Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
  • Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.
Cara Memasak:
  • Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
  • Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.
  • Bila sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balik kan sampai percik agak garing.
  • Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.

RESEPI BUTTERCAKE KUKUS SIMPLE SEDAP

BUTTERCAKE KUKUS
BUTTERCAKE KUKUS 

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 4 biji telur.
  • 1 cawan lebih cikit mentega cair.
  • 1sudu kecil serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat.
  • 3sudu besar susu pekat *boleh kurang atau lebih sukatan, ikot selera masing-masing.
  • Secubit garam.
  • mentega dan garam tiada dalam gambar.
Cara penyediaan:
  • Panaskan pengukus, masukkan secawan lebih mentega beku ke dalam pengukus dan biarkan ia cair.
  • Pastikan pengukus sudah mendidih.
  • Dalam mangkuk atau besen besar, pukul telur sebiji demi sebiji bersama gula. Pukul sampai kembang dan berbuih. Pastikan gula telah hancur.
  • Masukkan mentega cair perlahan-lahan. Pukul pada kelajuan tinggi. . 
  • Masukkan susu pekat dan garam. . 
  • Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat. *part ni aku aku masukkan ketiga-tiga pelembut kek, tapi aku kurangkan sedikit sukatan setiap satu. . 
  • Pukul adunan dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi likat dan sebati. . 
  • Sapu mentega atau minyak masak ke dalam Loyang *supaya senang kek dikeluarkan nanti*
  • ** Ok part ni DON’T U EVER EVER MISS. Sebelum tuang adunan dalam loyang, korang mesti RASA ADUNAN korang. Sedap ke tak, terlebih terkurang ke tak. Time ni la korang kena ADJUST rasa mengikut selera korang, time ni laa yg buat kek korang SEDAP KE TAK. Dah puas hati, boleh pergi ke step seterusnya.
  • Tuang adunan ke dalam Loyang. Part ni korang boleh pilih, sama ada nak letak pewarna atau tak.
  • Masuk ke dalam pengukus. Ops! Part ni korang kena pastikan air masih banyak dan sudah mendidih .
  • Kukus selama 45-50minit dengan api sederhana. Kalau api kuat, nnti kek korang keras dan mampat, tak gebu.
  • Siap dan ngap!
Kredit resepi: nana shafrina