RESEPI KERABU YANGCHOW

KERABU YANGCHOW
KERABU YANGCHOW

Bahan-bahan: 
  • 160 gm nenas, dibuang empulur
  • ½ batang timun, dipotong batang mancis
  • ¼ biji cili benggala merah
  • 1 biji cili hijau, dibuang biji
  • 1 biji tomato, dibuang biji
  • ½ labu bawang besar, dihiris baji
Bahan sos: 
  • 1 sudu besar Perencah Nasi Goreng Cina SERI-AJI®
  • 2 sudu besar sos cili manis Thai
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu teh jus limau nipis
  • Sedikit garam, gula
Cara-cara: 
1. Potong semua sayuran.
2. Kacau Perencah Nasi Goreng atas api perlahan hingga harum.
3. Masukkan ke dalam mangkuk, campurkan semua bahan sos yang lain.
4. Gaulkan dengan campuran sayuran dan letak dalam peti sejuk selama 30 min sebelum disajikan.

RESEPI COCONUT SHAKE

 

COCONUT SHAKE
COCONUT SHAKE

Resepi 1:
Bahan-bahannya
  • 1 gelas air kelapa muda
  • 3 sudu isi kelapa muda
  • 1 scoop ais krim
  • sedikit air batu

Resepi 2:
bahan-bahannya
  • 1 litter air kelapa muda 
  • 1 cawan isi kelapa muda
  • 1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)
  • 2 tin air 'ice-cream soda'
  • ais secukupnye

Resepi 3: 
bahan-bahannya
  • 250 ml santan kelapa
  • 2 scop aiskrim vanila
  • 1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. Kisar hingga hancur. Tuang ke dalam gelas.
  • Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang
Cubalah mana yg anda suka!

RESEPI TERUNG GORENG BERLADA

TERUNG GORENG BERLADA
TERUNG GORENG BERLADA

Bahan-Bahan:
  • 2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
  • 2 mangkuk minyak masak
Bahan-bahan kisar kasar:
  • 8-10 biji cili merah segar
  • 7-8 biji cili melaka, yang berwarna merah kalau tak ada boleh campur hijau
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
Cara Penyediaan:
  • Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
  • Angkat terung dan ketepikan.
  • Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini.
  • Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang
Tips
Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak. 

RESEPI KERABU TOMATO BERDAGING

kerabu tomato berdaging
kerabu tomato berdaging

Bahan-bahan: 
  • 1 biji tomato (sederhana)
  • 1 labu bawang besar
  • ½ biji timun
  • 200 gm daging, direbus
Bahan sambal belacan: 
  • 4 biji cili merah
  • 7-8 biji cili padi
  • 1 cm kiub belacan
  • 2 camca besar jus limau nipis
  • 1 camca teh gula pasir
  • Garam secukup rasa

* tumbuk bahan cili merah, cili padi, belacan dan gaulkan dengan perahan asam limau, gula dan garam. 

Cara-caranya: 
1. Potong berbaji nipis (wedges) tomato dan bawang besar.
2. Potong timun menjadi kepingan nipis kemudian hiris halus.
3. Potong daging nipis-nipis.
4. Tumbuk atau kisar bahan sambal belacan.
5. Kemudian gaulkan dengan bahan sambal belacan. 
6. Tambah gula dan garam mengikut rasa.