1

2

3

4

Ikan Bakar Hani Selera Corner, Permatang Pauh berhampiran dengan susur keluar BKE

Ikan Bakar Hani Selera Corner
Kedai ni tak besar mana pun. Kalau exit BKE kat Permatang Pauh tu, belok ke arah menuju ke Arowana (yang ada pasar malam Arowana tu). Dalam 100m dari exit tu di sebelah kanan, korang akan nampak la kedai Ikan Bakar Hani Selera Corner ni. Rupa kedai cam dalam gambar di atas tu. Menu di sini adalah menu masakan ala thai. Tengok pekerja pun macam orang thai. Selain tu, menu masakan barat (western) pun ada dijual di sini. Selain tu, nama kedai pun ikan bakar kan, mestila ada ikan bakar. Cuma aku tak order la untuk review aku ni. Aku order yang biasa-biasa saja. Kalau korang datang sini boleh la cuba ikan bakar dan story la sikit kat komen bawah ni sedap ke tak ek...
mee hailam

nasi goreng kampung

kerabu megi

beef steak
Begitu la kisah aku makan malam di Ikan Bakar Hani Selera Corner Permatang Pauh ni. Sebagai panduan untuk ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map untuk korang jejak.
gps koordinat : 5°23'53.2"N 100°25'03.3"E

Nasi kandar Shahul Hamid, Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Nasi Kandar Shahul Hamid, Kepala Batas Pulau Pinang
Terletak di Bertam Indah, Kepala Batas Pulau Pinang. Restoran nasi kandar Shahul Hamid ni menjadi alternatif orang ramai untuk bersarapan pagi, makan tengahari ataupun makan petang walaupun ianya tidak la se'famous' dengan kedai/restoran yang ada disekitar Kepala Batas ni. Nak cari Restoran nasi kandar Shahul Hamid ni mudah je sebab Shahul Hamid ni sebaris dengan Maybank.
dalam restoran nasi kandar Shahul Hamid

roti canai banjir
Menu standard la kedai mamak kan...kat sini macam-macam ada dari roti, makanan goreng-goreng hingga ke nasi kandar. gps restoran nasi kandar shahul hamid ni, 5°31'03.7"N 100°26'17.8"E

Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim - tempat urut badan yang best!

Rumah Hutan ni memang dalam hutan. Bukan sekadar nama sahaja. Rumah Hutan ni diusahakan oleh Bonda Rozita Ibrahim ibu kepada Abang terlajak laris. Bonda Rozita pilih untuk buat urut dalam hutan sebab hutan ni adalah salah satu terapi semulajadi yang menenangkan jiwa dah raga. Nak masuk ke dalam rumah hutan ni, kena parking kat bawah je. Staf Rumah Hutan akan datang pick up kita guna 4 wheel drive. Kereta biasa tak mampu nak panjat bukit. Dah sampai dalam tu, mula-mula sekali kena pergi daftar dulu. Untuk seorang mengurut, akan dapat 2 kupon free makan untuk 2 orang. Nasi dan air teh o panas boleh tambah banyak kali, free je. Kalau nak ikan bakar, kena bayar lain harga ikan bakar tu. Ikan bakar talapia memang terbaik lah. Sambal dia pun sedap. Harga ikan bakar ni pun takda la mahal sangat. Bagi yang datang dari jauh, homestay pun disediakan. Tapi biasanya sentiasa penuh...ikut nasib korang la kalau ada rezeki boleh datang duduk homestay dalam hutan.
tempat parking Rumah Hutan

warung bonda signboard

suasana di warung bonda

ikan bakar talapia tengah dibakar

terbaik ikan bakar dan sambal...sedap
Sedikit info berkenaan urut di Rumah Hutan ni, kalau nak mengurut kena booking dulu slot. Jangan main terjah jer. Slot sentiasa penuh. Kalau datang walk in, maybe korang akan kecewa tak dapat nak mengurut. Kalau perempuan, akan di urut oleh pengurut perempuan, kalau lelaki akan diurut oleh pengurut lelaki. Semuanya di bawah khas dari Indonesia oleh Bonda Rozita. Berikut adalah info untuk rujukan korang:


Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim
Lot 1972 Jalan Lama Genting
44300 Batang Kali Selangor.

LANDMARK: AIR TERJUN SG. PINANG

gps koordinat : 3°26'19.9"N 101°41'13.2"E

Setiap hari 7 pagi - 7 malam


No tel. untuk booking slot : 013-2872133 / 019-2212617



TUKANG URUT Mak Siti, Buk Terami, Buk Ainun

PAKEJ A - RM250
-15min Rendam Kaki Garam Flakes
-15min Sauna Herba
-1jam 30min Urutan Wanita (fullbody)

PAKEJ B - RM150
-15 min Rendam Kaki Garam Flakes
-1 jam Urutan wanita (fullbody)



TUKANG URUT TOK AYAH

PAKEJ A - RM250
-15min Rendam Kaki Garam Flakes
-15min Sauna Herba
-1jam 30min Urut cari Urat (fullbody)

PAKEJ B - RM150
-15 min Rendam Kaki Garam Flakes
-1 jam Urut cari urat (fullbody)

PAKEJ KANAK-KANAK (TOK AYAH) - BAWAH 10 TAHUN

30MIN URUT RM40

PAKEJ - KHAS RAWAT BATIN SAHAJA - RM70 (30MIN)
- 10min Rendam Kaki Garam Flakes 
- Urutan khas Batin Lelaki ( 15-20min )

Urutan pada point2 urat saraf kaki & pengkal peha - TAK URUT FULLBODY

Nak urut FULLBODY, ADD ON :

+ 1 JAM BERURUT RM130
+ 1 JAM 30MIN BERURUT RM180

PAKEJ A -SELAIN DARI MASALAH BATIN Seperti yg dinyatakan diatas - RM250
- 15min Rendam kaki Garam Flakes
- 15min Sauna Herba
- 1jam 30min Urut cari Urat (FULLBODY)

PAKEJ B -SELAIN DARI MASALAH BATIN Seperti yg dinyatakan diatas - RM150
- 15min Rendam Kaki Garam Flakes
-1 jam Urut cari urat (FULLBODY)

PAKEJ KANAK - KANAK
10 TAHUN KEATAS & 18TAHUN KEBAWAH -
- 30MIN URUT RM50 -

HARGA PAKEJ DIATAS TERMASUK :
1X MAKAN (*Makanan disediakan PERCUMA bagi yang mengambil mana-mana pakej urutan SAHAJA)

 PENGANGKUTAN /DRIVER (Jemput & hantar dari bawah bukit Rumah Hutan Bonda) - NO CHARGES




google map rumah hutan:

Singgah makan di Nasi Kandar Pokok Ketapang, George Town Pulau Pinang

Nasi Kandar Pokok Ketapang
Pulau Pinang ni kalau tak makan nasi kandar memang tak sah la. Nak makan nasi kandar sedap, kena datang Pulau Pinang. Nasi kandar kat negeri lain tak sesempoi di Pulau Pinang. Bersepah restoran nasi kandar di Pulau Pinang ni. Dah banyak dah aku review restoran nasi kandar dalam blog aku ni. Korang boleh search dalam blog ni. Kali ni aku singgah pulak di restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang di George Town. Mungkin korang boleh juga masukkan dalam list nasi kandar yang akan korang cuba. 
antara lauk nasi kandar yang ada
Kat sini, nak makan goreng-goreng, capati pun ada...sebab anak aku nak makan megi goreng, ada diorang boleh buat...biasanya kalau restoran nasi kandar macam ni, diorang fokus kat nasi kandar je, tapi kat Nasi Kandar Pokok Ketapang ni ada. Nasi kandar ni, macam biasa la korang boleh pilih nasi putih or nasi briani. Ikut selera masing-masing.
nasi kandar ayam goreng + bendi rebus
Lokasi Nasi Kandar Pokok Ketapang di George Town Pulau Pinang. Kat George Town ni bersepah restoran nasi kandar yang famous. Tak jumpa yang Pokok Ketapang ni, boleh pergi tempat lain..hahahahahaha
Walaubagaimanapun, bagi tidak menghampakan korang, aku sediakan gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan untuk korang nak cari Nasi Kandar Pokok Ketapang ni.
gps koordinat : 5°25'11.2"N 100°19'50.9"E