1

2

3

4

Mee rebus/Mee udang Sungai Dua di Kiosk Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang

Kalau nak makan mee udang ni, tempat terbaik adalah di Sungai Dua la..Tapi bagi orang Bertam Kepala Batas special sikit sebab tiba-tiba ada gerai jual mee udang di kiosk Bertam ni...yang menariknya, mee rebus/mee udang Sungai Dua!!!!  Aku tak pasti la yang ni cawangan diorang or apa-apalah..hahahahahaha..
Gerai Mee Udang di kiosk Bertam (paling hujung)

Mee rebus/mee udang Sungai Dua - kiosk 31
Selain mee rebus/mee udang, ada juga menu lain seperti nasi goreng, mee goreng koew teow goreng. Tapi yang paling orang nak cuba mee udang ler...so aku pun order la mee udang special dengan mee udang biasa....mee udang special banyak udang, kalau yang biasa ada udang sekor jer.
Mee udang Special

Mee udang biasa
Sedap la jugak...aku rekomen la tempat ni untuk korang nak try. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

5°31'03.5"N 100°26'53.6"E

Ida nasi ayam delight di Astaka medan selera Bandar Perda, Pulau Pinang

Satu lagi pilihan nasi ayam bagi yang duduk area Permatang Pauh Pulau Pinang ni...Ida nasi ayam delight yang terletak di Astaka medan selera Bandar Perda. Pelbagai jenis nasi ayam yang ada kat sini. Nasi goreng pun ada jugak. Makanan kat sini berasakan ayam.
Ida nasi ayam delight

Gerai Ida nasi ayam delight di Astaka medan selera Bandar Perda
Antara menu yang ada kat sini adalah nasi ayam black pepper, nasi ayam black pepper special, nasi goreng ayam black pepper, nasi itik black pepper, mee kari dan lain-lain. So, menu yang aku order kat kedai, nasi ayam dengan nasi goreng ayam.
Nasi ayam

Nasi goreng ayam
Ida nasi ayam delight ni sama tempat dengan Sis Grill dan Wan Zai Bawal goreng yang aku penah review. Kat bawah ni aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.

5°22'05.6"N 100°25'37.5"E

Big Red Strawberi, Brinchang, Cameron Highland Pahang

Tempat ni agak tersorok sikit. Lokasi di Brinchang. Kena panjat bukit yang agak curam. Kadang-kadang ada kereta yang tak lepas nak panjat bukit tu. Solution nya, penumpang semua kena turun. Biar driver je yang panjat dengan kereta tu. Atas tu ada banyak gerai-gerai yang jual barang cenderahati. Ada ladang salad yang sangat cantik. Daun yang gemuk-gemuk yang ditanam secara hidroponik. Juga terdapat di atas ni, satu cafe yang jual makanan yang berasaskan strawberi dan salad. Terdapat tempat mainan kanak-kanak yang kena masuk token tu. Tapi kebanyakan main tu semuanya rosak. Kiranya maintenance diorang ni kelaut la nak habaq.
Cafe yang sentiasa ramai orang

Senarai Menu di cafe tu....

Salad bar layan diri

Jenis-jenis lain salad - layan diri
Gambar kat bawah ni pulak adalah hidroponik salad yang sempat aku sempat snap...memang cantik, memang terbaik...kalau nak beli, disediakan juga kaunter jualan.
salad merah

salad hijau
Kepada sesiapa yang nak kesini, boleh la guna gps koordinat yang aku bagi kat bawah ni terutamanya yang first time datang atau pun first time nak datang Big Red Strawberi ni.

gps koordinat: 4°29'44.0"N 101°23'12.1"E

Makan-makan di YZ agro farm, Cameron Highland sambil menikmati permandangan ladang strawberi

Jalan-jalan Cameron Highland tak lengkap kalau tak melawat ladang strawberi. Trademark Cameron Highland kan strawberi la katakan....jadinya, aku pun pergi la satu kawasan ni...majoriti melayu la kawasan ni..kalau tempat lain, biasanya kaum cina yang monopoli pasal ladang strawberi ni..so, kat YZ agro farm ni, boleh makan-makan sambil menikmati permandangan ladang strawberi...makan tenghari pun ada kat sini, selain makanan pencuci mulut macam kek, strawberi coklat, scone dan lain-lain.
YZ Agro Farm banner pintu depan

YZ Agro Farm signboard kat dalam kedai
Yang nak makan tengahari tu, boleh pilih lauk yang telah disediakan. Nak makan nasi lemak pun ada kat sini..kat sebelah kanan plak untuk sesiapa yang nak makan ringan-ringan.