1

2

3

4

Sarapan pagi nasi lemak sedap di Tanah Rata Cameron Highland

Yang ni memang sempoi..nasi lemak bungkus daun pisang atau pun nak makan nasi lemak lauk pilih. Korang boleh cuba makan. Kedai ni terletak kat kiosk seberang jalan bertentangan dengan Ambank. Gerai paling hujung.
kedai nasi lemak sedap Tanah Rata Cameron Highland

Lankmark - bertentangan dengan Ambank Tanah Rata
Aku try makan yang bungkus tu dan juga makan yang pilih lauk tu. Sambal yang sedap...nasi lemak yang berlemak...perghhh..memang terbaiklah..lagi satu sempoi kat sini, teh tarik buih tinggi...nampak macam mat salleh plak minum air buih2 ni....hihihihi..

Restoran Rasa Sayang Cameron Highland

Ni satu lagi restoran yang aku terjah untuk makan malam di Tanah Rata Cameron Highland. Takde la order beria sangat kat sini, sebab aku just nak makan untuk alas perut je...cam aku dah story dalam post yang lepas, Cameron Highland ni jadi pekan mati bila malam menjelma hihihihihi..
Restoran Rasa Sayang Tanah Rata Cameron Highland
Ni antara makanan yang aku santap sentap malam tu..janji perut kenyang..hahahahahaha
Nasi goreng ayam goreng kunyit

mee goreng

tomyam

daging masak halia
Pada yang tengah memcari-cari lokasi nak makan malam kat mana pun tak tau, boleh la singgah sini..ikut gps yg aku bagi tu.......

gps koordinat: 4°28'21.5"N 101°22'49.4"E

Pakleh Chicken Rice Tanah Rata Cameron Highland

Masalah bila waktu malam, susah sikit nak cari kedai untuk makan malam. Cameron Highland ni mati waktu malam MATI!!! walaupun waktu siang jalan jammed, ramai orang berjalan...kedai ni aku jumpa kat tanah rata..walaupun nama kedai tu nasi ayam, tapi kau tak order pun nasi ayam hahahahaha..taktau ada ke takde nasi ayam tu...
buku menu

kedai makan Pakleh ni...
Yang aku order kat sini adalah......
nasi goreng kampung

udang paprik

sotong paprik
lokasi tempat ni di Tanah Rata,
4°28'14.9"N 101°22'30.0"E

google map lokasi pakleh

Galeri Wonderfood - muzium makanan Pulau Pinang

Orang Malaysia memang suka makan! Malah secara purata orang Malaysia boleh makan sehingga enam sajian sehari. Sesuatu hari tipikal bermula dengan sarapan pagi kemudiannya snek ringan sebelum makan tengahari dan diikuti makan tengahari sebenar. Semangkuk mi juga mungkin dimakan diantara 4 petang hingga 5 petang diikuti dengan makan malam sebagai sajian utama untuk sesuatu hari dan selepas itu makan lewat malam pada kira-kira pukul 10 malam. Para penjaja memang berniaga mengikut jadual itu di mana ada yang berniaga di sebelah pagi dan yang lain hingga malam. Walau bagaimanapun, dikebanyakan bandaraya besar, memang mudah mencari makanan penjaja pada bila-bila masa. 

Pola Makanan rakyat Malaysia ini, boleh kita lihat di muzium makanan (wonderfood) yang terletak di Pulau Pinang. Di muzium ini, disajikan perlbagai makanan popular yang dipamerkan dalam bentuk reptika yang sangat besar. Berikut adalah antara bahan-bahan pameran yang ada di sini. Nak tengok semua kena datang la yer......jom jom jom...

Pintu depan wonderfood penang

Lokasi wonderfood penang - deretan kedai

kena beli tiket dulu
Nasi kandar adalah sajian india-muslim berasal dari Pulau Pinang yang merangkumi nasi dan pilihan aneka kari dan hidangan sampingan india yang lazat. Di zaman Malaya sebelum merdeka, penjaja seorang diri berjalan merentasi jalanan berdebu mengandar bakul-bakul yang berat yang mengandungi makanan masakan rumah dan nasi. Sajian daging yang dijaja termasuklah ikan goreng, daging hiris, ayam goreng, hati berkuah, telur ikan, udang goreng atau sotong goreng. Sajian sayur-sayuran pula biasanya teriri daripada terung, terung ungu, bendi atau peria. Satu kombinasi sos kari yang harum dituang pada nasi untuk menghasilkan perisa lazat pada nasi. Di masa kini nasi kandar boleh ditemui di restoran-restoran terbuka yang besar.