1

2

3

4

Showing posts with label mee sotong. Show all posts
Showing posts with label mee sotong. Show all posts

Jom makan Mee Sotong di Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Mee Sotong, Kepala Batas
Restoran Mee Sotong, Kepala Batas

Restoran Mee Sotong, Kepala Batas
Restoran Mee Sotong, Kepala Batas
Peminat mee goreng terutamanya mee goreng mamak di area Kepala Batas, Pulau Pinang ni, boleh la cari restoran Mee Sotong di pekan lama Kepala Batas. Mee di sini memang sempoi habis punya la..Sebab apa dipanggil mee sotong, sebab mee ni akan diletakkan dengan sambal sotong...sama jer dengan mee sotong di tempat-tempat lain.
boleh makan terus di restoran atau bungkus bawa balik
boleh makan terus di restoran atau bungkus bawa balik

menu makanan di restoran Mee Sotong
menu makanan di restoran Mee Sotong
Selain mee sotong, di sini juga ada bihun goreng, koey teow goreng dan pasembur. Kalau nak lain macam sikit, minta menu special...Nasi kandar takde ye di sini...jangan korang cari nasi plak kat siniπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
mee sotong
mee sotong
Aku just beli bungkus jer mee sotong....makan kat rumah...padu gak la mee goreng tu...Restoran Mee Sotong ni agak tersorok sikit di pekan lama Kepala Batas ni...jalan depan restoran mee sotong ni jalan sehala/1-way...jadi untuk memudahkan pencarian korang, disertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°31'01.3"N 100°25'32.8"E atau 5.517022, 100.425784

Makan mee goreng sotong di restoran Mee Sotong depan UiTM Pulau Pinang (Permatang Pauh)

 

restoran Mee Sotong
restoran Mee Sotong

restoran Mee Sotong
restoran Mee Sotong
Ni antara specialist mee goreng la kat Penang ni terutamanya Penang sebelah tanah besar. Aku kira first time makan kat sini. Sebelum ni dok ushar (tengok) je dari jauh. Kali ni aku nekad nak singgah restoran mee sotong ni. Lokasi Mee Sotong di mudah je kalau korang nak cari. Restoran Mee Sotong ni betul-betul depan pintu utama UiTM Pulau Pinang di Permatang Pauh. Maksudnya kalau korang jumpa UiTM Pulau Pinang, maka secara tak langsung korang akan jumpa gak Restoran Mee Sotong ni😎😎😎...
set mee sotong dengan teh ais limau
set mee sotong dengan teh ais limau
Diorang ada macam set mee sotong...tapi sebenarnya set ni mee sotong dengan teh o ais limau je.. Aku pun ambil je set ni, sebab alang-alang aku nak order teh o ais kan...
teh o ais limau
teh o ais limau

2 pinggan mee goreng sotong
2 pinggan mee goreng sotongπŸ˜…

sepinggan mee goreng sotong
sepinggan mee goreng sotongπŸ˜‹πŸ˜‹
Dari kepaduan dan sedap, memang diakui padu dan sedap...memang kena la dengan selera aku ni. Aku rekomen la untuk korang try.

Selain mee goreng, ada juga pasembor, mee rebus, nasi goreng ayam/sotong dan ada juga megi goreng. Anak aku nak makan megi goreng, jadi terpaksalah order sepinggan.

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata
kesimpulannya menang sedap... aku dah makan mee goreng ni, korang bila lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Mee Sotong ni seperti dibawah:

GPS koordinat: 5°22'59.0"N 100°25'10.6"E atau 5.383044, 100.419601

Mee Goreng Sempoi di Hameed Pata Mee Sotong, Esplanade Park dekat Padang Kota Pulau Pinang

 

Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong
Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong

Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong
Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong
Dah lama aku nak pekena mee goreng sotong ni di Hameed Pata Mee Sotong, Esplanade Park berdekatan dengan Padang Kota, Pulau Pinang. Last aku makan ni tahun 2017. Boleh tengok review aku dalam blog ni pasai Hameed Pata Mee Sotong ni DISINI. Kalau tak kena time korang datang, kena beratur panjang la untuk sepinggan mee goreng sotong ni😁😁😁... Masa aku datang ni cam laju je sebab mee dah siap digoreng.... lepas aku dah settle beli, tengok belakang, mak aiiii...panjangnya beraturπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
coconut shake
coconut shake
Lagi satu aku nak rekomen kat korang kalau datang Esplanade Park ni, selain Mee Goreng Sotong yang meletup sedap dan viral tu, korang kena try gak coconut shake. Memang ngam la makan mee goreng sotong dengan coconut shake....
Pelbagai gerai makanan dalam Esplanade Park ni
Pelbagai gerai makanan dalam Esplanade Park ni

kiri kanan ada gerai makanan
kiri kanan ada gerai makanan

Gerai Hameed Pata Mee Sotong
Gerai Hameed Pata Mee Sotong
Memang padu, dipersilakan untuk korang cuba mee goreng ni...tapi harus diingat, kena bersekali dengan coconut shake...baru sempoi terangkatπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Kepada yang datang sini, aku sertakan gps koordinat dan google map Hameed Pata Mee Sotong ni.

GPS Koordinat: 5°25'13.3"N 100°20'33.9"E atau 5.420364, 100.342744





Noor Mee Sotong (Restoran Noor Mohamed), Butterworth

Noor Mee Sotong, Buterworth
Mee goreng yang rare sikit di Pulau Pinang, depa panggil mee sotong. Sebenarnya mee mamak yang dimakan dengan sambal sotong. Boleh cari di Penang. Yang aku pergi ni, boleh la aku share sikit dalam blog ni. Noor Mee Sotong atau pun boleh cari Restoran Noor Mohamed yang terletak di Butterworth Pulau Pinang.
Mee sotong kat sini memang terbaik sedap. Selain mee sotong, ada juga menu-menu lain seperti pasembur (orang KL panggil rojak), cendol, ais kacang.
pasembor
Menu-menu lain yang sempat aku snap, boleh tengok kat bawah ni,
menu restoran noor mohamed
Kalau nak cam macam mana rupanya restoran Noor Mohamed ni, boleh tengok gambar kat bawah ni pulak.
Noor Mee Sotong (Restoran Noor Mohamed)

Noor Mee Sotong (Restoran Noor Mohamed)
Boleh cari Noor Mee Sotong ni di Butterworth, Pulau Pinang. Boleh rujuk google map seperti di bawah ni. GPS koordinat pun ada.
gps koordinat : 5°24'46.8"N 100°22'21.4"E atau 5.412997, 100.372603

Esplanade park Penang - food court

Kalau nak makan mee sotong, pasembur, coconut shake terbaik, boleh la datang kat Esplanade park ni..Tempat ni dekat dengan Padang Kota Lama..mesti mau cuba kalau dah sampai sini. Balik boleh buat modal cerita kat kawan-kawan..kihkihkih..
The Esplanade park -Penang
Banyak gerai-gerai makanan dalam tu..korang boleh tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum buat keputasan nak pi yang mana dulu..tapi aku suggest pi cari mee sotong dulu. Kalau nasib tak baik, beratur panjang beb..
Gerai Mee Sotong
Mee Sotong in action
Nak minum terbaik, boleh try coconut shake....shake shake uoll..pergh! mai mai mai cuba try...
                                                                      coconut shake