1

2

3

4

Showing posts with label kuih siput. Show all posts
Showing posts with label kuih siput. Show all posts

RESEPI KUIH SIPUT

kuih siput
kuih siput

Bahan-Bahan:
  • 500 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula (ikut citarasa kalau suka manis)
  • 150 ml air
  • 10 tangkai daun kari
Cara-cara:
  • Cairkan marjerin kemudian sejukkan.
  • Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, garam dan gula.
  • Tuangkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan marjerin menyerap ke dalam tepung.
  • Masukkan hirisan daun kari.
  • Pukul sebiji telur dan tuang ke dalam adunan tepung diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masih keras.
  • Rehatkan doh seketika.
  • Tabur sedikit tepung di atas dulang utk elak doh melekat. Gentel sedikit doh dan tekan dia atas acuan kuih siput kemudian letak di atas dulang tadi.
  • Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan.
  • Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resepi: Ummu Hana

resepi kuih siput

kuih siput
kuih siput

Bahan-bahan:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 cawan mantega
  • 3 sb cili kering blend
  • 2 sb serbuk kari (daging) 
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk jintan putih
  • 12 tangkai daun kari -basuh ,lurut daun gunting halus..
  • Campur semua bahan gaul sebati seperti serbuk roti.... lama sikit gaul pun takpe asalkan 
  • rata dan sebati semua bahan.
  • 1 1/2 cawan santan-sederhana pekat
  • 1biji telur
  • Garam ikut rasa dan selera
  • 1 kiub ikan bilis-hancurkan

Cara-cara:
Masuk semua bahan dalam satu bekas kacau rata sampai garam larut, masuk sikit-sikit dalam bekas tepung gaul rata,uli bagi semua bahan tergaul rata dan adunan lembut bukan lembik.. kalau kurang rata tambah sikit air.. Dah siap uli rata biar adunan sekejap dalam 10/15 minit, selepas tu bolehlah menggentel... dengan alat khas untuk kuih siput... buat ler sampai habis, nak terus goreng pun boleh ,nak goreng lewat sikit pun takde hal... Janji kuih siput digoreng sampai warna perang ya sahabat untuk kerangupan... dah nak perang tu masuk ler daun kari untuk wangi,dah siap goreng ,sejuk boleh dah masuk dalam bekas. 

Hiasan: 
Beberapa ranting daun kari-ikut citarasa 

Kredit resepi:Lina Sahedin