RESEPI AYAM PERCIK ISTIMEWA

AYAM PERCIK ISTIMEWA
AYAM PERCIK ISTIMEWA

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - potong 8 atau ikut citarasa.
  • 1 1/2 biji kelapa (ambil 1 mangkuk santan pekat) - guna santan debu dan buat sed pekat je
(Bahan-bahan * ditumbuk atau dikisar)
*1 inch halia
* 1/2 inch kunyit segar
*3 labu bwg bawang
*6 ulas bawang putih
*5 tangkai cili kering/1 sb cili kering dah blender
*12 biji buah keras - letak 6 biji je
  • 6 helai daun limau perut- potong halus
  • 3 batang serai di titik saja
  • 2 helai daun kunyit (siat)- x letak pun
  • 1 biji limau nipis
  • Garam
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak di kuali besar, tumiskan bahan yg diblender sampai agak garing.
  • Masukkan santan,daun limau purut, serai, garam dan gula.Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tutup kuali dg tudung periuk...biarkan merenih dg api sederhana hingga ayam 1/2 masak.
  • Keluarkan ayam dan atur atas tray bakar.
  • ambil sikit kuah percik sapu atas ayam.balikkan ayam dan sapu lagi dg sikit kuah.jika bakar dlm oven, bakar dg api atas bawah 180'C.bakar hingga masak.
  • Untuk kuah teruskan masak sekejap sehingga kuah agak pekat.tutup api Semasa menghidang perahkan limau atas ayam dan siram dgn lebihan kuah percik

No comments:

Post a Comment