Resepi Air Soda Herbs

Air Soda Herbs
Air Soda Herbs

Bahan-bahan:
  • 1 botol air aiscream soda ~ botol besar
  • 1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
  • 2 batang serai ~ di titik
  • daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
  • 1 biji lemon ~ di hiris nipis
  • 5 biji asam boi putih
  • ketulan ais secukupnya
Cara-cara:
  • Mula-mula kita cuci semua bahan.
  • Hiriskan lemon nipis-nipis.
  • Sediakan bekas yang bersesuaian.
  • Letakkan daun pudina secukupnya.
  • Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris.
  • Dan di ikuti asam boi putih.
  • Kemudian masukkan buah laici atau longan.
  • Tuangkan air icecream soda secukupnya.
  • Letakkan ketulan ais jika suka
  • Dan akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya. Kacau-kacau pakai serai tu.
  • Sedia di nikmati.
Kredit resepi: empunya resepi

No comments:

Post a Comment