Bawa anak-anak melawat ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

pintu gerbang masuk ke pusat sains negara

pusat sains negara
Pusat Sains Negara yang terletak di Persiaran Bukit Kiara Kuala Lumpur merupakan tempat yang sesuai untuk korang bawa anak-anak jalan-jalan. Di sini, anak-anak korang boleh bermain sambil belajar berkenaan dengan sains. Banyak ilmu-ilmu sains yang di terangkan secara real depan-depan mata. Ada juga aktiviti-aktiviti yang budak-budak boleh join. Selain tu ada juga show yang menerangkan tentang  ilmu sains secara santai kepada pengunjung-pengunjung yang datang. Masa aku datang tu, ada show tu tapi aku rasa cara penyampaian speaker tu boleh dipertingkatkan lagi agar dapat menarik perhatian budak-budak dengan lebih berkesan. Biasa la ilmu sains kan...kalau tak pandai cater audition, jadi boring plak.
Tiket masuk di sini takde la mahal sangat. Untuk dewasa 13 tahun ke atas RM6, kanak-kanak 7tahun - 12 tahun RM3, warga emas RM3, kumpulan murid sekolah rendah termasuk guru RM2, kumpulan murid sekolah menengah termasuk guru RM3 dan percuma untuk kanak-kanak bawah 6 tahun dan OKU.
pintu masuk ada aquarium ikan air tawar yang besar

banyak kit-kit sains yang boleh dicuba oleh pengunjung

ada aktiviti untuk kanak-kanak dalam kid's discovery place

persembahan sains

view dari tingkat 2
So, kesimpulannya memang sesuai bawa anak-anak datang ke Pusat Sains Negara ni. Banyak ilmu sains boleh dapat di sini. Kepada yang nak datang ke sini. Aku sediakan gps koordiant dan google map sebagai pandu arah korang.
gps koordiant pusat sains negara : 3°08'56.5"N 101°38'43.5"E

No comments:

Post a Comment