Menikmati kelazatan cendol di Ansari Famous Cendol Taiping Perak

Satu lagi cendol sempoi di Taiping selain Cendol Bismillah. Ansari Famous Cendol yang terletak berdekatan je dengan Cendol Bismillah. Ada macam-macam jenis cendol, cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung....Biasanya akan ada ramai orang yang datang sini. Meja sentiasa penuh, ikut nasib la kalau ada meja kosong.
Pandangan depan kedai Ansari Famous Cendol Taiping Perak

Beratur nak order cendol
Cendol ni nak makan kat kedai or nak bungkus pun boleh...Tapi harga untuk bungkus lebih sikit la sebab bungkus cendolnya banyak sikit. So disebabkan aku duduk jauh, tak boleh nak bungkus la takut sampai rumah terus cair. Aku order makan kat situ dua mangkuk cendol kacang yang sempoi mengpoi....
Cendol kacang

close up cendol (maaf gambar blur sikit)
Selain cendol, diorang juga jual pasembor. Tapi petang masa aku sampai tu, nasib aku tak baik pasembor dah habis...tak sempat nak merasa makan pasembor...masa tu baru pukul 4 petang dah habis sold out.....
Menu Ansari Famous Cendol Taiping Perak

Bagi sesiapa yang mencari Ansari Famous Cendol ni, boleh la guna gps koordinat or google map macam kat bawah ni...harap-harap dapat membantu korang memcari Ansari Famous Cendol ni.....

4°51'10.8"N 100°44'19.8"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...