Nasi Kandar Al Nur Seberang Jaya

Ok la...boleh la...alternatif kalau nak makan nasi kandar kat Seberang Jaya, Pulau Pinang ni...Kalau kat Pulau Piang ni, kira everywhere ada je restoran nasi kandar, tapi the most famous nasi kandar biasanya located kat sebelah Pulau...jarang ada di sebelah tanah besar ni...Kalau malas nak pegi ke Pulau tu, agak-agak nak lepas gian makan nasi kandar, boleh la cuba kat Al Nur ni....
Restoran Nasi Kandar Al Nur, Bandar Sunway Seberang Jaya
Boleh gak nak order makan yang goreng-goreng kat sini, roti-roti (canai. telur, tisu, sardin etc). Lauk pauk, kuah-kuah kari pun kira ok la gak...pendek kata, kalau makan tu, dah boleh rasa kekandaran nasi kandar..hihihihihi..
Pelbagai aneka lauk pauk

sayur dan kari-kari seperiuk
Gambar kat bawah ni adalah gambar nasi kandar yang aku pilih...citarasa aku la....jangan tiru aku..kihkihkihkih....

nasi kandar ayam masak hitam sayur nenas kuah campur

nasi kandar telur dadar bendi rebus kuah campur

Nasi kandar kuah kari ayam goreng
Cam biasa, setiap posting aku akan sertakan gps koordinat dan google map......
5°23'48.8"N 100°23'59.9"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...