Sis's Grill - Rasa Hotel Harga Gerai

Sis's Grill ni terletak dekat Bandar Perda, Pulau Pinang. Boleh cari kat deretan gerai dalam astaka. Wan Zai Bawal Goreng pun kat sini gak. Aku dah story pasal Wan Zai Bawal Goreng ni dalam posting yang lepas. 
Rupa gerai Sis' Grill

buku menu sis's grill - rasa hotel harga gerai

Sesuai dengan tema kedai ni 'Rasa Hotel Harga Gerai', korang rasa apa special yang gerai ni buat? Cer teka cer teka....yaaaa betul tu..apa yang korang fikir, yang tu la jawapan dia kihkihkih...cam ahli nujum plak aku rasa...Tokey kedai cuba nak ketengahkan makanan yang selalu hotel or restoran sajikan. Beza dia, rasa maintain sedap hingga menjilat jari tangan dan kaki, tapi harga tiptop murah. Tak caya meh cuba sendiri. Kebanyakkannya western menu yang ada kat sini. Ada gak menu goreng-goreng. Aku tetiba nak jadi mat salleh, takda selera nak makan nasi hari ni..so, aku pun 'hey waiter, i would like to order chicken chop, chicken grill and aglio olio....' kata nak jadi mat salleh kannnnn...



Chicken chop

grill chicken

Aglio olio
Satu lagi yang aku rasa unik sikit gelas yang diorang pakai. Gelas yang rupa bentuk macam botol. Tapi takda la unik sangat pun..cuba lain dari yang lain sikit jer..
air limau asam boi, karot susu, milo panas
Untuk yang masih mencari-cari kat mana tempat ni, lebih mudah aku bagi gps koordinat dah google map, Korang boleh cuba pakai ni =>  5°22'05.2"N 100°25'36.8".


1 comment:

  1. rasa hotel harga gerai - menarik tu tagline dia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...