Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Kedai makan Ari Tepi Highway (sebelah susur keluar Permatang Pauh)

nasi goreng seafood
Kedai makan Ari Tepi Highway ni memang betul-betul sebelah highway. Kedai ni terletak berhampiran susur keluar ke Permatang Pauh dari arah Seberang Jaya. Kedai makan Ari Tepi Highway ni ramai gak la orang datang petang-petang. Diorang buka petang sampai malam. Kedai diorang pakai khemah jer. Kat sini menu special kalau korang nak cuba, korang order makanan yang berasakan seafood macam nasi goreng seafood ke....char koay teow seafood pun ada tau. Seafood diorang lain macam sikit beb...Seafood diorang punya la banyak dalam satu pinggan. Kalau nak makan nasi goreng seafood, kena selak seafood dulu baru jmpa nasi...hahaha..
Kedai makan Ari Tepi Highway (korang perasan tak susur keluar ke Permatang Pauh tu?)

guna khemah jer
Tapi dari review yang aku tengok dari internet, ramai yang complaint order lambat sampai. Ada yang sejam lebih baru sampai. Aku pun experience camtu gak la.... tapi keinginan nak mencuba tu tinggi, jadi aku masih steady menunggu. Korang yang nak datang, bukan saja kena siap perut kosong malah korang kena bersedia dari segi mental gak...takmo emosi-emosi kalau order lambat smpai...kikikikikiki.
Dari segi menu, banyak juga la yang ada..selain seafood, aku try gak char koay teow, mee rebus dan nasi goreng udang. Nasi goreng udang, udang besar-besar gak.
nasi goreng udang

char koay teow

mee rebus
Rasa? memang recommended!!!! serving? agak kurang sikit la....boleh dipertingkatkan. Kalau korang nak datang, senang je nak cari sebab sebelah highway susur keluar Permatang Pauh je (dari arah Seberang Jaya). Aku sertakan juga gps koordiant dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.
gps koordiant : 5°24'35.7"N 100°24'25.6"E atau 5.409918, 100.407111

Wan Hashim Seafood, Simpang Ampat Pulau Pinang

Jika korang berada di area Simpang Ampat, Pulau Pinang, ada satu restoran masakan ala thai, seafood yang boleh korang cuba try tengok....Aku balik dari Jusco Bukit Mertajam, kebetulan lalu kat depan restoran ni, so aku pun singgah la sebab tengok signboard 'Wan Hashim Seafood' besar gabak kat tepi jalan seolah-olah ada daya tarikan magnet menarik aku ke arah restoran tu....makanya aku pun terjebak la untuk makan di situ.....

restoran Wan Hashim Seafood
First time aku makan kat sini..menu standard la macam kedai-kedai makan yang lain..so aku order makan yang biasa aku makan kat tempat lain...makanan yang aku order tu ada yang ok, ada yang biasa-biasa saja...pendapat melalui tekak aku, lain tekak lain rasanya...lain orang lain citarasanya...nasi goreng paprik dan telur bistik biasa-biasa saja, tapi daging halia sedap...
nasi goreng paprik

telur bistik

sayur kangkung

Daging masak halia
Tengok kat gambar ada juga western food, tapi bila nak order, cuma ada chicken chop sahaja. So, order la jugak chicken chop tu sebab anak aku nak makan....Senarai menu-menu yang lain untuk korang cuba ada seperti gambar dibawah...boleh la korang pilih-pilih dulu menu feveret korang..
chicken chop

senarai menu 1

senarai menu 2
Bagi sesiapa yang ingin ke Wan Hashim Seafood ni, boleh la rujuk google map yang aku dah tempek kat bawah ni...korang juga boleh guna gps koordinat yang aku sediakan juga dalam blog ni...selamat mencari dan menjamu selera aku ucapan kepada korang-korang......

5°19'01.1"N 100°27'40.8"E