Jalan-jalan ke Muzium Negeri Kelantan di Kota Bahru

Muzium Negeri Kelantan
 Muzium Negeri Kelantan
Bangunan ini telah didirijan dalam tahun 1930an sebagai Pejabat Tanah Kota Bharu. Dalam tahun 1990 pengubahsuaian telah dilakukan untuk menjadikan bangunan ini sebagai balai pameran dan pejabat Perbadaran Muzium Negeri Kelantan. Di muzium ini dipamerkan tentang sejarah Negeri Kelantan dan kebudayaan seperti wayang kulit, mak yong dan lain-lain alat muzik traditional secara umum dan satu ruang legar yang khusus untuk pameran sementara yang diadakan dari masa ke semasa. Muzium Negeri ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada 6 ogos 1990.
ruang legar pameran
ruang legar pameran
Bagaimana nama Negeri Kelantan diperolehi?😎.... Mengikut cerita masyarakat tempatan, sebelum menjadi negeri, dipanggil oleh orang -orang patani "Klang Tang". Kedua-dua bahasa ini dari perkataan siam iaitu "Klang" bererti tengah dan "Tang bermaksud tempat. Maka jadilah "Klang Tang" itu "tempat tengah" kerana pelayaran orang-orang pattani ke Terengganu terpaksa berhenti di tempat tengah yang menjadi perantaraan antara Pattani dan Terengganu sebagai persingggahan sementara. Ada juga versi lain berkenaan asal usul nama kelantan ini. Boleh baca di Muzium ini

Banyak kisah-kisah sejarah berkenaan Kelantan ada di Muzium ini. Berikut adalah gambar-gambar berkenaan barangan bersejarah yang terdapat di dalam Muzium Kelantan.

peralatan tradisional masyarakat Kelantan
peralatan tradisional masyarakat Kelantan

penceritaan Sejarah di Jajahan-Jajahan di Kelantan
penceritaan Sejarah di Jajahan-Jajahan di Kelantan

wayang kulit Kelantan
wayang kulit Kelantan

replika Gua Cha
replika Gua Cha

replika Gua Cha
replika Gua Cha
Kepada yang ingin mencari Sejarah berkenaan Negeri Kelantan, boleh la datang ke muzium ini. Disertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi jika nak datang sini.

GPS koordinat: 6.1250469922395565, 102.23829840608943

Pasar Siti Khadijah tempat shopping wajib bagi orang luar yang datang ke Kelantan

Pasar Siti Khadijah (ni port gambar yang famous Pasar Siti Khadijah)
Pasar Siti Khadijah (ni port gambar yang famous Pasar Siti Khadijah)
Pasar Siti Khadijah ni memang tempat wajib singgah la bagi pelancong-pelancong luar Kelantan. Walau pun dah beberapa kali datang ke Kelantan, pasti akan di cari juga Pasar Siti Khadijah ni. Sebab tu la tak hairan kalau cuti sekolah jer atau cuti umum yang panjang, pasti Pasar Siti Khadijah ni akan sesak dengan manusia.. Cabaran nak cari parking tu satu hal la plakπŸ˜…πŸ˜…...(Posting lepas yang aku pernah pergi SINI).................
gerai barangan makanan kering
gerai barangan makanan kering

gerai kain baju

gerai makanan kering dan basah di tingkat bawah sekali
gerai makanan kering dan basah di tingkat bawah sekali
Pasar Siti Khadijah ni tingkat bawah sekali adalah khusus untuk barangan makanan basah dan kering. Sayur-sayur, pasar basah pun dibahagian ini. Di tingkat 1 pula, dikhaskan untuk barangan runcit, keropok, sambal daging, ikan kering, mee kuning, sayur cina, telur manakala di tingkat 2 pula dikhaskan untuk barangan kain/pakaian, periuk dan tembaga...

Sangat menarik untuk dikunjungi terutamanya yang kaki shoppingπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.....

Sebagai rujukan lokasi, disertakan gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 6.130018209947443, 102.23926120122914

Minum kopi di Kafe Kopi Mesin Heritage, Kota Bharu Kelantan

Kopi Mesin Heritage, Kota Bharu Kelantan
kafe Kopi Mesin Heritage, Kota Bharu Kelantan

Kopi Mesin Heritage, Kota Bharu Kelantan
Kafe Kopi Mesin Heritage, Kota Bharu Kelantan
Kafe Kopi Mesin ni banyak aku tengok masa aku kat Kuala Terengganu. Dekat Kota Bharu pun ada gak. Yang aku datang ni, Kafe Kopi Mesin yang terletak di Kota bharu yang beralamat 'Kopi mesin Heritage, No. 2834, Jalan Ismail, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan'. Yang ni lain sikit dari Kafe Kopi Mesin yang lain sebab yang ni satu-satunya Kafe Kopi Mesin yang berkonsepkan 'Heritage'. Sebab tu la ianya dipanggil sebagai Kafe Kopi Mesin Heritage.
kopi mocha dan latte
kopi mocha dan latte

ada juga kek
ada juga kek
Aku just nak minum je datang sini...aku beli kopi mocha dan kopi latte. Kalau korang nak makan pun boleh...ada juga menu makanan..Boleh makan disini. ada 2 tingkat kafe ni. Sambil makan, sambil korang boleh cuci mata dengan barangan heritage yang dipamerkan dalam kafe ni.

Kalau korang nak datang kem Kafe Kopi Heritage ni, boleh try cari seperti alamat yang aku dah bagi kat atas tu..Tapi kalau nak senang, boleh je guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat: 6°07'37.4"N 102°14'17.3"E atau 6.127043, 102.238140

RESEPI SAMBAL TEMPE BILIS

sambal tempe bilis
sambal tempe bilis

Bahan-bahanya: 
  • 2 paket tempe 
  • Segenggam ikan bilis
  • (Goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing)
Bahan-bahan SAMBAL:
  • 200gm cili hidup @ basah*
  • 2-3 biji cili api merah*
  • 2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara memasak:
  • Blender bahan yang bertanda*.
  • Panaskan minyak  dan tumis cili blender tadi. Kalau nak sambal cepat masak masukkan gula terus lepas tumis.
  • Jangan lupa letak asam keping (kalau tak nak letak pun  tak apa), tunggu sampai naik minyak. 
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Bolehlah nak tambah gula lagi kalau nak manis.
  • Bila sambal dah masak biarkan sejuk, pastu baru gaulkan dengan tempe dan ikan bilis
  • bolehlah dihidangkan untuk dimakan dengan nasi panas.