Showing posts with label makan sedap. Show all posts
Showing posts with label makan sedap. Show all posts

4 hari 3 malam percutian menarik di Pulau Langkawi

Kali ni aku nak cerita sikit percutian aku di Pulau Langkawi. Aku dan famili aku dah rancang percutian 4 hari 3 malam di pulau tersebut. Dah 3-4 kali jugak la aku datang bercuti kat sini. Dengan feri or dengan kapal terbang. Untuk posting aku kali ni, aku dah pilih mengunakan pengangkutan udara a.k.a kapal terbang a.k.a flight dari Pulau Pinang International Airport. Kalau mengunakan feri, biasanya aku akan naik dari Kuala Perlis. Kalau dari Kuala Perlis, takde la lama sangat untuk sampai ke Jeti Pekan Kuah.
Ok, berbalik kepada flight aku dari Penang ni, aku nak flight dalam tengahari kat Penang. Penerbangan dari Penang ke Langkawi, takde la lama sangat, lebih kurang dalam 20 minit je. Nak pi toilet pun tak sempat. Baru je terbang, tetiba pilot dah buat announcement pesawat akan mendarat sebentar saja lagi.....

Dah landing kat Langkawi International Airport, first sekali kena cari kereta sewa la. Kat Airport tu je ramai booth yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Disebabkan aku dah siap-siap cari sebelum datang ke Langkawi ni, aku pun terus call dengan orang yang aku dah deal tu. Maklumla waktu aku datang sini, waktu tu cuti sekolah. Harga memang up sikit la. So dapat la aku kereta viva dalam RM80 sehari. Tapi kalau bukan waktu cuti sekolah boleh dapat lagi murah.
Lepas dah check in hotel di Pekan Rabu, Kuah, kitorang memulakan misi berjalan-jalan yang pertama untuk hari yang pertama ni. Hari pertama ni aku set kan untuk shopping je supaya hari-hari lain tak diganggu oleh aktiviti 'shopping' ni..hihihihi....destinasi shopping kami adalah Idaman Suri, Ismail Group dan RAM.

Idaman Suri
Idaman suri ni sesuai dengan namanya yang menjadi idaman bukan saja surirumah suri yang tidak berumah pun seboleh-bolehnya akan datang sini. Datang jadi tempat wajib datang untuk orang perempuan. Pinggan mangkuk, tuala, cadar, langsir dan lain-lain yang buat mata para wanita tak akan berkedip walaupun sekali...terbeliak biji mata tengok.....
Pandangan depan Idaman Suri Langkawi
Pandangan depan Idaman Suri Langkawi

Barangan dapur, pinggan mangkuk, sudu, cawan, dll
Barangan dapur, pinggan mangkuk, sudu, cawan, dll

Barangan cenderahati, kain, tuala, cadar dll
Barangan cenderahati, kain, tuala, cadar dll
Gps idaman suri : 6°19'57.5"N 99°51'37.3"E
Boleh check google map seperti dibawah ni......


Komplek Haji Ismail Group
Lepas dan puas jalan di Idaman Suri, kami beralih arah ke Komplek Haji Ismail Group. Jangan takut nak masuk sebab tiada tiket yang perlu dibeli. Masuk je lepas tu shopping dan kena bayar la kan kalau nak beli barang dalam tu. Barang-barang yang ada kat sini lebih kurang je macam Idaman Suri. Yang menjadi tumpuan, semestinya coklat....yaaaaaa coklatttttt....yang menjadi tarikan utama bila datang ke Langkawi ni...Maka di sini la bermulanya shopping coklat. Anak aku tengok coklat yang berbukit-bukit dalam tu, semua dia nak beli.....dia nak beli tapi aku la nak bayar. Tak boleh jadi, aku hadkan coklat yang anak aku nak beli....bocor poket den.
Komplek HIG (Haji Ismail Group)
Komplek HIG (Haji Ismail Group)

Jom makan Char Koay Teow Sungai Dua, Pulau Pinang

Kalau datang Penang, makanan yang selalu disebut-sebut selain nasi kandar, salah satunya char koay teow....antara tempat yang famous yang selalu orang cakap adalah char koay teow Sungai Dua...memang sedap char koay teow ni..sos tu yang menjadi rahsia sedap ke tak sedap char koay teow ni...Kalau tengok step nak goreng memang senang, tapi yang part sos tadi tu la yang diorang takan bagitau orang ramai....
Signboard Char Koay Teow Sungai Dua

Kisah Char Koay Teow Sungai Dua dalam Utusan Malaysia yang di"frame"kan

Makan tengahari sedap di Anjung Keli Perlis

Anjung Keli ni memang famous la...dah banyak kali dah masuk TV...sekarang ni masuk blog aku plak, akan menambahkan lagi kefamousan Anjung Keli ni..hahhahahaha..Manusia punya la ramai datang sini, korang mesti terkejut tengok...parking yang luas yang Anjung Keli sediakan penuh dengan kereta yang nak datang semata-mata nak makan kat sini.
Bahagian hadapan Anjung Keli

ni semua kereta yang parking ni, nak pergi makan kat Anjung Keli (Parking Anjung Keli)
Walaupun masa aku pergi ni parking full, orang tengah penuh, tapi makanan banyak yang dah nak habis...first sekali lauk yang mesti korang ambil adalah keli...sebab nama kedai Anjung Keli, mesti keli tu yang special kat sini...tapi memang ternyata keli sambal yang aku ambil tu memang terbaik...

Sarapan pagi di Hotel Putra Regency,Kangar Perlis

Masa aku pergi jalan-jalan kat Perlis, aku duduk kat hotel ni..landmark hotel ni senang je, dekat dengan roundabot(bulatan) Kangar. Satu-satunya hotel yang ada breakfast kat kangar, aku rasa la....sebab yang lain semua hotel bajet..hotel bajet mana ada breakfast..Time aku datang sini, Perlis banjir...so pergerakan jalan-jalan aku agak terhad la jugak...jalan naik air almost everywhere...jalan depan hotel ni pun naik air..aku dok teragak-agak nak masuk, last-last tawakal je la.....
Hotel Putra Regency
Walaupun tak boleh jalan-jalan sangat, nasib baik la breakfast kat hotel ni sedap..hampir semua aku try makan...kawasan hall breakfast pun besar dan selesa..senang nak bergerak..
pilihan makanan buffet

Kawasan yang luas dan selesa

Makan malam dekat Nurul Ikan Bakar Special di Pulau Pinang

Makan malam sempoi kat Penang ni, antara termpat yang korang boleh try cuba test adalah Nurul Ikan Bakar yang terletak berhampiran lebuhraya Tun Dr. Lim Chong dekat Gelugor. Ramai orang datang sini..Parking luas jugak la...tapi walaupun kawasan parking agak luas, memandangkan ramai yang datang, susah gak la nak cari parking...tapi korang sabar kejap...InsyaAllah ada nanti...penat je korang datang tapi sebab takde parking, korang patah balik tak jadi makan kat sini....
Nurul Ikan Bakar Special

Ikan-ikan/makanan laut semuanya fresh
Makanan laut yang terdapat kat sini semuanya fresh dan segar. Banyak menu yang korang boleh pilih berdasarkan makanan laut ni....Menu yang aku paling suka kalau datang sini adalah sotong goreng tepung dan siakap tiga rasa....Sotong goreng tepung memang terbaik...biasanya menu yang first sampai dulu, sotong goreng tepung ni la....ni yang agak parah sikit..terpaksa menahan nafsu agar sotong goreng tepung ni tak habis sebelum complete menu sampai....tapi biasaya nafsu akan tercabar dan tercalar gak la....tak boleh tahan....dalam masa 5 minit je dah lincin pinggan...hahahahaha..Siakap tiga rasa memang sedap...antara kedai yang pandai buat siakap tiga rasa ni....ikan yang ranggup, sos yang cukup rasa....
Menu-menu lain pun sempoi gak...ikut citarasa korang nak makan apa...kat sini antara yang terbaik dan famous la kat Penang....
Kat sini aku belanja korang gambar-gambar menu yang aku sempat snap untuk korang tengok dan terliur.....tapi harus diingat....bukan menu ni saja yang ada kat sini...ni yang aku order jer...

Nasi Ayam Zakaria Permatang Pauh

Terdapat pilihan untuk yang memang nak merasai keenakkan nasi ayam. Sebelum ni aku dah pernah cerita pasai TAT nasi ayam dan maksu nasi ayam seberang jaya . Mungkin korang boleh cuba gak la kat sini. Sedap gak la nasi ayam kat sini..Selain itu korang boleh try juga mihun sup, moi sup dan koew teow sup sebagai menu tambahan.
kedai nasi ayam Zakaria

view dalam kedai nasi ayam Zakaria
Kedai makan ni terletak kat Kawasan Permatang Pauh (Pulau Pinang)..Kalau korang dari Highway BKE, exit permatang pauh (Sekolah Kebangsaan To' Kandu), ambil kanan....dalam 100 meter ke depan, korang akan nampak kedai ni belah kanan. (boleh refer gps koordinat dan google map kat bawah)
Walaupun kedai ni nampak biasa jer, tapi resepi nasi ayam turun temurun yang diwarisi oleh keluarga Zakaria ni sangat sedap...cuma aku nak bagi cadangan sikit la kat owner, buat la sikit renovation bagi nampak cantik kedai ni...bukannya apa....biar la kesedapan makanan selari dengan suasana kedai...baru ummmph....
nasi dan sup

ayam terbaik dengan sos kicap dan sos cili
GPS koordinat:  5°23'57.1"N 100°25'02.1"E

 google map nasi ayam zakaria

Maksu Cafe Nasi Ayam Seberang Jaya

Nasi Ayam ni terletak di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Menu utama kat sini nasi ayam ler kan. Selain tu ada gak lain menu lagi macam bihun sup dan kor teaw  sup, tapi yang ramai orang oder semestinya nasi ayam. 
Nasi Ayam Cafe Mak Su Seberang Jaya
Nasi Ayam Cafe Mak Su Seberang Jaya - pandangan dari luar
Nasi ayam kat sini sedap gak la. Ayam digerong panas-panas. Sos kicap dan sos cili korang kena letak sendiri ikut selera korang. Dua-dua sos ni diorang dah letak siap-siap atas meja dalam botol plastik.

Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet

Puncak Mutiara Cafe ni kiranya tempat famous la. Terletak di Kampung Pelet, Kubang Semang, Bukit Mertajam. Ramai orang akan datang sini dan kebanyakannya bukan orang tempatan. Macam tempat lain juga, yang datang banyak orang luar. Ni menunjukkan tempat tu famous.
Puncak Mutiara Cafe
Pintu depan Puncak Mutiara Cafe
Tempat ni berkonsepkan makan dalam pondok. Diorang tak cakap pun, aku je rasa konsep diorang camtu..kikikiki. Sebabnya aku tengok banyak pondok-pondok yang 'open' yang diorang sediakan untuk pilihan para pengunjung. Puncak Mutiara Cafe ni korang jangan terkejut kalau nak datang sini..tempat dia tersorok sikit. Kena lalu lorang jalan yang kecil..tetiba korang akan nampak Puncak Mutiara cafe ni kat hujung jalan. Tapi kalau korang first time nak datang, better pakai GPS je. Kat bawah sekali posting ni aku letas GPS koordinat. Kalau datang malam, korang kena bersedia dengan nyamuk. Nyamuk aku rasa diorang pun tak boleh nak control..apa taknya, restoran ni sah-sah dok dalam perkampungan nyamuk..hahahaha..Tapi kalau tak biasa gak nyamuk-nyamuk ni, boleh duduk dalam tempat aircond.

De Pauh Garden

Restoran ni kalau datang sini dah macam pegi kenduri kawin. Punya la banyak manusia dok menjamu selera walaupun restoran ni pada aku agak mahal sikit. Kalau hujung2 bulan tu payah sikit la nak masuk..poket pokai..tapi makanan kat sini not bad gak la..sedap gak..Ada banyak menu dalam ni...cakap je nak apa, semua ada..macam-macam adaaaaaaaaaaa......Antara makanan yang ada disini: Nasi campur, nasi goreng, nasi ayam, nasi lemak, seafood, tomyam, western, burger, kamping golek, ala cart tu ala cart ni dan lain-lain.
ramai orang dalam kedai
dalam kedai
Ni ada la aku try makan chicken chop, mee hailan dan nasi goreng ayam. ok gak tapi harga kita jangan tengok la..tak sama cam makan kat warong hohohohoho....