Resepi Sotong Bakar Percik

Sotong Bakar Percik
Sotong Bakar Percik

Bahan-Bahan:
1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus

Bahan Percik:
2 batang serai – Diketuk/Kisar
*10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 – 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit

Cara Buat Bahan Percik:
Kisar bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.

Cara Memasak:
Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.
Bile sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balik kan sampai percik agak garing.
Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.


 

RESEPI RENDANG SOTONG SUMBAT

RENDANG SOTONG SUMBAT
RENDANG SOTONG SUMBAT

Sotong Sumbat Telur:
Bahan-bahan :
1-2 batang tauhu lembut - dihancurkan dengan garfu
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara:
Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.
Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya

Resepi Rendang Sotong Sumbat:
Bahan-bahan:
4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
2 helai daun limau purtu
400 ml santan pekat
2 sudu kecil kerisik
4 sudu makan minyak masak
3 keping asam keping
Garam dan gula secuup rasa

Bahan kisar sebagai pes rempah:
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai - hiris nipis
10 tangkai cili kering rebus
5 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Saya tambah (tak ada dalam resepi):
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-cara:
Kisar bahan kisar sehingga sebati.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!

Resepi Sotong Sumbat Bersos

 

Sotong Sumbat Bersos
Sotong Sumbat Bersos

Bahan-Bahan:
400g sotong – bersihkan
Inti secukupnya
1 biji bawang besar – potong bulat

Bahan Inti:
2 biji telur – dipukul sedikit
½ biji bawang besar – cincang
1 batang cili merah – cincang
1 sudu besar lobak merah – cincang
2 helai daun bawang – cincang
garam dan lada putih secukup rasa

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci kunyit
1 hiris lenkuas
1 batang serai – diracik

Bahan Sos:
3 sudu besar cili kisar
2 sk ketumbar – siap kisar
½ sk jintan manis – siap kisar
½ sk jintan putih – siap kisar
2 sudu besar kicap soya
1 keping asam gelugur
garam + gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara Memasak:
Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa. Goreng hancur (scramble) telur tadi.
Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.
Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.
Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api. Hiaskan sebelum dihidang.