1

2

3

4

Showing posts with label ikan bakar. Show all posts
Showing posts with label ikan bakar. Show all posts

RESEPI PARI BAKAR PEDAS

PARI BAKAR PEDAS
PARI BAKAR PEDAS

Bahan-bahan:
Ikan Bakar:
15 btg cili kering ( atau lebih ) potong & rendam
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cm belacan
1 biji tomato
Kisar semua bahan hingga halus
1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut ngan asam jawa tanpa air. Ada orang rendam 5 minit dalam air kapur utk hilangkan hancing.
Bila hendak guna ikan pari dicuci bersih
beberapa helai daun pisang
3 biji atau lebih limau kasturi
( utk perah atas ikan )
Daun ketumbar ( racik kasar )
Garam

Bahan Pencicah (Sambal Kicap): 
Cili padi 5-10 tangkai – Ikut selera
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
1 sudu gula merah
Garam secukuprasa
Serbuk Perasa – Jika suka
Sedikit jus limau

Cara Membuat:
Ikan Bakar:
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. Gaul rata jangan sampai hangus.
Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
Alas daun pisang diatas alat pembakar. Letak sedikit sambal kemudian letak ikan. tutup ikan dengan sambal skali lagi. Bakar ikan hingga masak.
Perahkan limau dan taburkan daun ketumbar bila hendak hidangkan. Sedap dicicah dengan sambal kicap.

Sambal Kicap:
Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih tersebut sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan.
Tumbuk cili padi, bawang putih tadi bersama gula pasir dan gula merah, garam dan perasa. Bila sudah siap ditumbuk, bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau. Sedia untuk dihidang.

Resepi ikan bakar portugis

ikan bakar portugis
ikan bakar portugis

Bahan A : (blender semua ni)
  • 8 biji Bawang merah (boleh adjust berapa bijik pun yg korang nak
  • 1 biji Bawang besar
  • 2 sudu cili giling
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecik garam
  • 2 biji buah keras(optional)
  • 2 Hiris lengkuas (optional)
  • 2 batang serai
*optional tu kalau tak ada, tak naik rasa sedap dia..tak letak pun tak apa

Bahan b: 
  • goreng bwg putih utk buat jadi minyak bwg putih
  • 3sudu besar Minyak masak
  • 3/4bijik bwh putih (ketuk)
Bahan c:
  • 2 3 4 5 helai daun kunyit untuk balut ikan
Bahan d:
  • 2 3 4 5 helai daun limau purut dihiris halus..nak tabur bila ikan nak siap masak nanti..nak kasik naik,bau wangi..
Bahan e:
  • 1ekor Ikan talapia (ikut suka la nak ikan apa pun)
  • Limau nipis ni korang potong..sental dekat ikan..kasik hilang hanyir..
Cara masak:
  • Panaskan periuk ajaib/magik ke apa ke..
  • Alas daun kunyit
  • Tabur bahan-bahan yangg blend tadi
  • Curah minyak bawang
  • tabur daun limau purut siap-siap
  • Tutup periuk ajaib...
  • Bakar la ikut suka lama mana korang nak
kredit resepi: ‎Aimie Mokhtars‎ via Masak Apa Hari Ni(MAHN)

Jom makan ikan bakar di Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang

 

Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang

Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Port makan malam sempoi di Sungai Dua, Pulau Pinang ni, korang boleh try di Restoran Adrianna Ikan Bakar 'Citarasa Sebenar Kuala Perlis'. Korang boleh pilih sendiri ikan-ikan segar untuk dijadikan hidangan.

Aku first time datang sini untuk makan malam... ingatkan biashe-biashe jer, rupanya sedapnya luar biase!😁... Kat bawah ni adalah menu yang aku order untuk makan malam aku...

siakap ikan bakar
siakap ikan bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

telur dadar
telur dadar

sup ayam
sup ayam

sambal belacan padu!
sambal belacan padu!

kangkung belacan
kangkung belacan

hidangan lengkap makan malam aku
hidangan lengkap makan malam aku
Kepada yang nak try makan di sini, boleh la cari di Sungai Dua, Pulau Pinang. Kalau dari highway dari Seberang Jaya, ambil susur keluar Sungai Dua. Kena u turn sikit. Senang cerita aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang.

GPS koordinat: 5.447461940471587, 100.41785068793051 atau 5°26'51.0"N 100°25'04.3"E

https://maps.app.goo.gl/pb16gnvt6HG7JuWW9

Resepi ikan Bakar sambal

 

ikan Bakar sambal
ikan Bakar sambal

Bahan- bahan :
  • Ikan pari Tuka saiz sederhana
  • Daun pisang
  • 4 biji Bwg besar*
  • 3 ulas Bwg putih*
  • 10 tangkai cili kering* (nak pedas boleh tambah cili padi merah)
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 2 btg serai*
  • 3 biji buah keras*
  • 20gm belacan*
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula melaka
  • Msg
Untuk hiasan:
  • Limau kasturi/limau nipis
  • Cencaluk/limau je ler
Cara-cara:
  • Blend semua bahan bertanda*
  • Tumis sampai pecah minyak, kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan msg, siap.
  • Tuang sambal atas ikan pari yg dibakar atas griil/pan..
 Kredit resepi: Anna Aziz

Resepi Ikan Bakar Sempoi

Ikan Bakar
Ikan Bakar

Bahan-bahannya:
  • 500 g ( pelbagai jenis ikan)
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
Untuk Air Asam:
  • 100 ml jus asam jawa
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil gula melaka
  • 1 biji bawang besar dicincang kasar
  • 10 biji cili padi dihiris halus
  • 4 biji cili merah dihiris halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
Cara Penyediaanya:
  • Mula-mula siang ikan. Buang isi perut dan insang. Buat beberapa torehan yang dalam pada kedua-dua belah ikan agar mudah ketika diperap.
  • Letakkan pada pinggan dan lumurkan serbuk kunyit dengan serbuk perasa pada seluruh ikan. Perap selama 10 minit.
  • Masak ikan di atas gril, penyalai atau pemanggang dengan suhu yang tinggi hingga masak sepenunhnya dan bahagian luar menjadi sedikit rangup.
  • Untuk air asam pula, tambahkan jus asam jawa, air, gula Melaka, masak hingga mendidih. Selepas itu biarkan sejuk hingga menjadi suhu bilik.
  • Kemudian, masukkan bawang yang telah dicincang, cili padi, cili merah dan daun ketumbar.
  • Nikmati ikan bakar dengan air asam.

Restoran Ikan Bakar Sri Anjung, Teluk Kumbar, Pulau Pinang

 

Restoran Ikan Bakar Sri Anjung, Teluk Kumbar
Restoran Ikan Bakar Sri Anjung, Teluk Kumbar

Restoran Ikan Bakar Sri Anjung, Teluk Kumbar
Restoran Ikan Bakar Sri Anjung, Teluk Kumbar
Macam mana aku jumpa restoran ni? haaaaa....ceritanya begini...Al kisahnya aku dengan family check in hotel lexis kat teluk kumbar ni....hotel ni sesuai kalau korang datang nak staycation...kalau korang nak berjalan-jalan, tak sesuai nak check in lexis ni...dah la mahal😅, pastikan setiap masa berada dalam hotel jer...takan boring sebab dalam bilik korang ada private pool!

Disebabkan nak makan kat hotel ni mahal, jadi kena la cari kedai makan yang dekat-dekat dengan hotel...tu yang terjumpa dengan Restoran Ikan Bakar Sri Anjung ni....aku jalan kaki jer dari hotel aku...korang boleh pilih nak makan situ or take away..... disebabkan aku nak spend masa lama dalam hotel, so aku just beli take aways jer..makan dalam hotel sambil mandi pool😆😆😆😆

menu nasi goreng/mee goreng takda ya
menu nasi goreng/mee goreng takda ya
menu kat sini ada menu nasi putih saja....menu goreng-goreng tak ada di sini....nasi putih tu maksudnya korang kena beli sekali lauk dia la..macam siakap tiga rasa, ikan bakar, sayur....haaaaa...camtu ler menu diorang....

So selesai la makan makan aku....sedap juga makanan di Restoran Ikan Bakar Sri Anjung ni....Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke sini...

GPS koordinat: 5°17'12.3"N 100°14'05.2"E atau 5.286747689344288, 100.23477033057978

https://maps.app.goo.gl/qY3QcLAMaEGBFpKH6

Ikan Bakar Kuala Perlis, di Kepala Batas Pulau Pinang?

Ikan Bakar Kuala Perlis, Kepala Batas
Ikan Bakar Kuala Perlis, Kepala Batas
Peminat Ikan Bakar Kuala Perlis yang duduk area Kepala Batas dan kawasan sekitarnya tak perlu lagi nak travel jauh-jauh semata-mata nak makan ikan bakar kuala perlis. Kuala Perlis memang terkenal la dengan ikan bakar yang ohsem. Kini restoran ikan bakar citarasa kuala perlis kini berada di Kepala Batas, Pulau Pinang. Lebih spesifik lagi, ianya berada di Kampung Permatang Tiga Ringgit!
tempat yang agak luas, parking pun ok
tempat yang agak luas, parking pun ok

senarai harga makanan laut
senarai harga makanan laut

boleh pilih ikan fresh-fresh
boleh pilih ikan fresh-fresh
Korang boleh pilih ikan @ makanan laut yang fresh. Kemudian bagitau je nak masak apa. Harga yang aku tunjuk tu mungkin berubah, mungkin kekal ikut isu semasa la..sekarang ni masa aku tulis ni, ada isu harga minyak naik😇😇😇
ikan siakap bakar
ikan siakap bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

sayur kangkung
sayur kangkung

sup ayam
sup ayam

set sambal belacan, sos, air asam, kuah kari dan ulam
set sambal belacan, sos, air asam, kuah kari dan ulam
Daripada pengalaman yang aku makan ni, rasa boleh nak repeat lagi...ikan bakar pun sedap..sup sedap..petai bakar lagi....perghh padu...

Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari di Permatang 3 Ringgit, Kepala Batas. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°32'10.8"N 100°26'09.4"E atau 5.536342, 100.435935

https://maps.app.goo.gl/WYyQdo5XsCrExtvx9

Makan malam di Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Ni kali kedua aku makan di Restoran Desa Ikan Bakar, di Kuah Langkawi... Kali pertama datang sini sebelum lockdown covid...Boleh tengok posting aku yang lepas DISINI. Disebabkan masa kali pertama datang tu, aku rasa sedap makanan di sini, jadi trip Langkawi aku kali ni, nak juga repeat makan sekali lagi di Restoran Desa Ikan Bakar ni..
boleh pilih ulam-ulaman
boleh pilih ulam-ulaman

udang, sotong, kerang, ketam boleh pilih sendiri
udang, sotong, kerang, ketam boleh pilih sendiri

ikan yang segar-segar
ikan yang segar-segar
Korang boleh pilih sendiri seafood apa yang nak korang makan...bila dah pilih, bagitau jer korang nak buat masa apa...kat sini ikan bakar memang padu....Kali ni aku pilih menu set jer..siakap aku minta buat 3 rasa manakala ikan cencaru aku minta buat bakar...sotong goreng tepung yang menu set ni, dioran guna yang sotong besar..tak fresh la sikit..kalau korang nak sotong fresh pilih sendiri yang segar-segar..Sotong tu aku buat sotong goreng tepung....
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

telur dadar
telur dadar

sup ayam
sup ayam

siakap 3 rasa
siakap 3 rasa

ulam-ulaman dan sambal belacan
ulam-ulaman dan sambal belacan

menu lengkap
menu lengkap

ikan cencaru bakar
ikan cencaru bakar
Ternyata makan sedap-sedap di Restoran Desa Permata Ikan Bakar ni...Kalau korang nak cari restoran ni, korang cari Idaman Suri...Golongan mak-mak pasti tahu Idaman Suri ni😂😂😂...Dekat simpang traffic light tu, korang belok masuk ke jalan menuju Taman Desa Permata...dekat tengah-tengah taman tu, ada macam gerai food court la...tapi bukan food court....Restoran Desa Permata Ikan Bakar ni no 5 dan 6.

GPS koordinat: 6°19'44.4"N 99°51'43.3"E atau 6.329002667007021, 99.86203999811056

https://maps.app.goo.gl/ZsM2joCdMtVjGz58A

Makan tengahari di Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu, Penaga, Pulau Pinang

Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu
 Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu

Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu
 Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu
Aku jumpa kedai makan ikan bakar ni hasil dari menggoggle ler...Saja je nak cari kedai  makan tengahari yang sempoi-sempoi sikit area Penaga ni...and then, aku terjumpa Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu ni...Kedai ni betul-betul dekat dengan simpang 3 traffic light Pasir Gebu...Simpang Pasir Gebu ni Kalau masuk simpang tu, korang boleh pergi pantai merdeka.
antara juadah masakan makan tengahari
antara juadah masakan makan tengahari

ada ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar
ada ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar
Ok la...no bad gak masakan di sini...ikar bakar, ayam bakar pun nampak menarik...sotong pun gemuk-gemuk...tapi aku layan talapia ikan bakar jer kat sini...yang talapia ni pun padu beb...sedap....
talapia ikan bakar
talapia ikan bakar

aku makan simple2 jer..tapi sedap
aku makan simple2 jer..tapi sedap
Kalau korang nak try makan di Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu ni, boleh la usha-usha di Penaga, tepi jalan jer kedai makan ni..boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni sebagai panduan.

GPS koordinat: 5°32'49.5"N 100°22'40.3"E atau 5.547094, 100.377861

Makan tengahari di Tokwan Ikan Bakar, Kepala Batas, Pulau Pinang

Tokwan Ikan Bakar, Kepala Batas
Tokwan Ikan Bakar, Kepala Batas

Tokwan Ikan Bakar, Kepala Batas
Tokwan Ikan Bakar, Kepala Batas
Salah satu port menarik untuk makan tengahari di Kepala Batas, korang boleh try di Restoran Tokwan Ikan Bakar. Tengahari memang antara port yang kerap dikunjungi oleh orang ramai. Masakan lauk pauk tengahari pun banyak...jadi banyak pilihan la untuk pelanggan nak pilih...

Yang paling ada menu bakar-bakar...ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar, daging bakar...daging hariau menangis pon adooo....

tengok sototng bakar tu...meleleh air liur oooo...ada harga kat tepi pinggan..kalau rasa mampu, rembat la sepinggan
tengok sototng bakar tu...meleleh air liur oooo...ada harga kat tepi pinggan..kalau rasa mampu, rembat la sepinggan😋😋

deretan masakan lauk pauk masakan tengahari
deretan masakan lauk pauk masakan tengahari

ni ada lagi.....boleh pilih yang mana suka
ni ada lagi.....boleh pilih yang mana suka

masakan kari pun banyak...
masakan kari pun banyak...

sambal belacan, air asam, ulam-ulaman
sambal belacan, air asam, ulam-ulaman
Itu antara masakan-masakan yang aku sempat snap gambar...ada pelbagai pilihan...ambil masa gak la nak pilih untuk nak makan apa😁😁😁.. 

A few minute later (baca macam cerita katun spongebob😂😂😂).........

So, hasil pemikiran aku untuk menu tengahari aku ni, maka aku pilih untuk makan seperti dalam gambar-gambar di bawah ni...

daging harimau menangis
daging harimau menangis😋

ikan bakar
ikan bakar😋

cendawan goreng
cendawan goreng😋

gulai kawah daging
gulai kawah daging

sup (maaf dah tinggal kuah)
sup (maaf dah tinggal kuah😁😁😁)

sayur taugeh
sayur taugeh
memang padu, memang sedap..korang boleh la nak cuba makan di sini...Kalau nak tahu lokasi yang lebih spesifik, boleh rujuk google map dan GPS koordinat seperti di bawah.

GPS koordinat: 5.509893375016859, 100.4322732463534