RESEPI Roti Jala Pandan Bersama Sos Manis ๐—ฅ๐—ผ๐˜๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€

๐—ฅ๐—ผ๐˜๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€
๐—ฅ๐—ผ๐˜๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ผ๐˜€ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air daun pandan (blend air +6 helai daun pandan)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu teh gula (optional)
  • 3 sudu bsr minyak
  • pewarna hijau
Cara membuatnya:-
  • Campur semua bahan2 & kacau. Blend hingga sebati
  • Masukkan adunan ke dlm botol muncung 3. Panaskan kuali non stick dgn api kecil. Jalakan melintang dulu, kemudian menegak. Biarkan beberapa saat, x perlu diterbalikkan. Angkat
  • Posisikan roti jala menjadi diamond..iaitu bucu ke atas. Lipat sebelah kanan & kiri ke tgh. Lipat pula di bahagian atas sedikit supaya lebih kemas & gulungkan sampai habis
  • Tinggalkan sedikit adunan utk membuat sos dlm 1/2 @ 1 cawan. Campur 1/2 cawan santan, 1/2 cawan gula & 1 cawan air. Sukatan ini saya agak2 saje. Masak di atas api kecil & kacau sentiasa hingga sedikit pekat & berlikat..
kredit resepi: Nor Afida

RESEPI SAMBAL JAWA

SAMBAL JAWA
SAMBAL JAWA

Bahan:
  • cabai melaka*
  • Ikan bilis*
  • Tomato*
  • Bawang merah*
  • Belacan*
  • Garam 
  • Gula
  • Sedikit serbuk perasa
Cara-cara:
  • Goreng yang bertanda * dahulu sampai garing.. 
  • Dah siap gorng tumbuk cabai/bawang/ikan blis/belaca
  • dah lumat baru masukkan tomato, lepas tu lenyek-lenyekkan saja 
  • last sekali gaulkan garam/gula/serbuk perasa.. 
  • Garam jangan banyak sangat ye ๐Ÿ˜‰siappp... 
kredit resepi: Nadrah Mehat

Resepi Gulai Ayam versi Terengganu

 

Gulai Ayam versi Terengganu.
Gulai Ayam versi Terengganu.

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 125ml santan pekat
  • 3 sudu rempah kari
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 20 ml air asam jawa
  • 3 biji kentang – belah empat
  • Garam, gula, gula melaka secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan Kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm kunyit hiidup
Bahan Tumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
 CARA-CARA:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan tumis serta cili kisar. Tumis hingga naik bau serta garing.
  • Setelah garing, masukkan rempah kari yang dicampur sedikit air. Masukkan juga bahan kisar, kacau rata hingga naik minyaknya.
  • Selepas itu masukkan ayam bersama kentang. Masukkan pula air asam jawa. Biar masak seketika.
  • Kemudian masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan pula, garam, gula, gula melaka secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat kuahnya.
  • Siap… dan hidangkan!!

RESEPI SAYUR TIMUN MASAK LADA HITAM

SAYUR TIMUN MASAK LADA HITAM
SAYUR TIMUN MASAK LADA HITAM

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 Biji Timun batang
  • 3 ekor ikan selayang
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu lada hitam yang di tumbuk
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah
  • garam
  • serbuk perasa
CARA MEMBUATNYA:
  • Basuh timun kemudian buang kulitnya dan potong nipis-nipis.Masuk kan santan yang di campur air kedalam periuk.
  • Rebuskan ikan selayang dan ambil isinya kemudian tumbuk isi ikan bersama bawang merah bersama lada hitam.
  • Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam santan didalam periuk tadi ,panaskan ia serta kacau selama 3 minit.
  • Masukan timun dan garam serta serbuk perasa.SELAMAT MENCUBA..
Info: 
Untuk kelihatan cantik sebelum timun di potong ambil garfu kemudian gariskan di keliling batang timun tadi supaya nampak cantik dan berselera.

Resepi Ikan Bawal Hitam Sambal Kicap

Ikan Bawal Hitam Sambal Kicap
Ikan Bawal Hitam Sambal Kicap

Bahan-Bahan:
  • Ikan Bawal Hitam
Bahan A:
  • 4 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 ulas Bawang Besar – dikisar
  • 4 sudu cili kering yang telah dikisar
Bahan B:
  • 2 sudu Sos Tomato
  • 2 sudu Kicap Manis
  • 2 sudu Kicap Masin
  • 1 asam keping
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:
  • Ikan bawal dibersihkan dan dipotong
  • Gaul ikan bersama garam dan kunyit, kemudian digoreng.
  • Tumbuk bahan A dan ditumis hingga naik bau. Masukkan cili kering yang dikisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan bahan B, bawang besar kisar, asam keping dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
  • Biarkan seketika, hingga agak pekat boleh lah diangkat.

RESEPI KARI IKAN MERAH

 

KARI IKAN MERAH
KARI IKAN MERAH

Bahan-bahan: (7 orang)
  • 1 ekor ikan merah - dibersihkan dan dipotong
  • 10 batang bendi
  • 2 batang terung
  • 3 biji tomato
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar - dijiris
  • 6 biji bawang merah - dihiris
  • 4 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 1/2 in halia - dihiris
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 2 pelepah daun kari
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 1 cawan serbuk kari
  • 1 cawan air
  • 6 cawan santan
  • Garam secukup rasa
Cara-cara:
  • Ikan dibersihkan dan toskan.
  • Tumis semua bahan yang dihiris hingga wangi.
  • Masukkan daun kari, halba dan jintan manis. Kacau rata.
  • Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Tuangkan sedikit air. Kacau hingga naik minyak.
  • Masukkan santan dan garam kacau mendidih.
  • Masukkan ikan dan terung. Kemudian masukkan bendi, tomato dan cili potong.
  • Perasakan garam secukupnya.
  • Biar mendidih dan tutup api.
  • Sedia dihidang.
Sumber: resepicampakcampak

RESEPI TELUR GORENG KICAP PEDAS

TELUR GORENG KICAP PEDAS
TELUR GORENG KICAP PEDAS

Bahan:
  • Telur 4 biji
  • Sebiji Bawang besar dihiris halus*
  • Cili padi 7 biji dihiris*
  • Setengah biji Tomato dipotong dadu*
  • Kicap*
  • 4 biji Limau kasturi dibelah 2
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  • Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
  • Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
  • Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.

RESEPI TELUR PECAH HANCUR MELETOP

 

TELUR PECAH HANCUR MELETOP
TELUR PECAH HANCUR MELETOP

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 4 s/mkn cili yg telah dikisar bersama dgn bawang merah & putih
  • 3 s/mkn cili sos
  • 1 s/mkn gula merah
  • 2 s/mkn gula pasir
  • garam secukup rasa
Cara-caranya :
  • tumis cili kering hingga masak
  • masukkan cili sos
  • masukkan gula merah, gula pasir & garam
  • rasa dah meletop, pecah kan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan .. korang kaup manja telur tu dlm kuali baru jadi hancur-hancur tu. ~>> Nak jd hancur halus-halus, masa korang dah pecahkan telur, terus aje gaul telur tu dangan sambal, siap
  • sedia untuk dihidang 
Kredit resepi: Aleen Aireish

RESEPI TELUR GORENG KICAP PEDAS

TELUR GORENG KICAP PEDAS
TELUR GORENG KICAP PEDAS

Bahan:
  • Telur 4 biji
  • Sebiji Bawang besar dihiris halus*
  • Cili padi 7 biji dihiris*
  • Setengah biji Tomato dipotong dadu*
  • Kicap*
  • 4 biji Limau kasturi dibelah 2
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  • Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
  • Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
  • Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
  • Siap 

RESEPI KARI TELUR AYAM

KARI TELUR AYAM
KARI TELUR AYAM

Beberapa biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya

BAHAN-BAHAN:
  • bunga cengkeh
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • rempah kari daging
  • kerisik
  • santan - terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
  • Garam
  • Air- ikut citarasa nk kuah pekat &banyak mana
Bahan dikisar/ditumbuk:
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
CARA PENYEDIANNYA
  • bahan yg ditumbuk tadi digaul dgn rempah dlm satu mangkuk dan dibancuh dgn sedikit air.
  • panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau...
  • kemudian masukkan campuran rempah tadi yg digaul dgn bahan yg ditumbuk..
  • Biar sampai garing dan naik minyak. Lps tu , masukkan santan tadi..masukkan air utk ikut tahap kepekatan yg dikehendaki..
  • masukkan kerisik ..gaul bagi sebati ..Akhir sekali masukkan telur ayam rebus tadi.masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa.Tutup api dan sedia dihidangkan...