RESEPI AYAM MASAK MADU

AYAM MASAK MADU
AYAM MASAK MADU

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam
  • 4-5 biji bawang merah kecil – hiris
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 3-4 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan
  • Rempah 4 sekawan
  • Sos cili secukupnya
  • 1/2 tin sup tomato
  • 5 sudu makan madu
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
BAHAN KISAR:
  • Cili kering secukupnya
  • 3 biji bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • Lengkuas sebesar ibu jari
CARA MEMASAK:
  • Bersihkan ayam dan potong kecil. Kemudian goreng separuh masak.
  • Tumis bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, daun pandan dan rempah 4 sekawan hingga wangi dan kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar. Tumis lagi.
  • Masukkan sos cili dan sup tomato. Masak dan kacau hingga pecah minyak.
  • Jika kuah pekat, masukkan air secukupnya diikuti garam, gula, perasa dan 3 sudu makan madu.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan mendidih dalam masa yang lama. Jika kuah pekat, tambah lagi air. Pastikan kuah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • Bila ayam telah masak sempurna, masukkan hirisan daun sup dan daun bawang.
  • Tutup api dan masukkan lagi 2 sudu makan madu.
  • Siap!  

Resepi Pajeri Terung

Pajeri Terung
Pajeri Terung

Bahan-Bahan:
  • 3 biji terung panjang
  • 5 ulas bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar
  • 7 cili kering – dikisar
  • rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 sudu besar udang kering – ditumbuk
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • Santan secukupnya
  • Asam jawa
  • Garam, Gula serta Gula Melaka
Cara Membuat:
  • Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Resepi Makaroni Bakar

Makaroni Bakar
Makaroni Bakar

Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
  • 300 g daging kisar 
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang halus) 
  • 1 labu bawang holland (Dipotong dadu) 
  • 10 biji cendawan butang  (Dipotong kecil) 
  • 3 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum merah  (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau  (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum kuning  (Dipotong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah 
  • 1 sudu makan minyak jagung 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sos Putih)
  • 1 sudu makan minyak jagung 
  • 1 sudu makan tepung gandum 
  • ½ cawan susu segar
Bahan C
  • ½ paket makaroni (Direbus sehingga lembut) 
  • 125 g keju cheddar (Diparut) 
  • 5 biji telur 
  • 1 cawan susu segar 
  • 50 g daun parsli (Dicencang) 
  • 1 sudu makan minyak jagung
Cara menyediakan dan memasak:
Cara Membuat Inti:
  • Panaskan minyak jagung, kemudian tumis bawang putih dan bawang holland. 
  • Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato, garam dan serbuk lada sulah. 
  • Kacau rata sehingga daging masak. Masukkan semua capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
Cara Membuat Sos Putih
  • Panaskan minyak jagung di dalam kuali lain kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati, kemudian ketepikan.
Cara Membuat Makaroni
  • Sapukan minyak jagung di dalam mangkuk tahan panas. 
  • Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti. Tuangkan sos putih ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan inti. 
  • Kacau rata telur dan susu segar. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan taburkan keju cheddar dan daun parsli. 
  • Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180ÂșC selama 30 minit ataupun sehingga keju keperangan. Sedia dihidangkan.
kredit resepi:Chef Hanieliza 1

RESEPI KEK MARBLE BUTTER + MINYAK JAGUNG

 

KEK MARBLE BUTTER + MINYAK JAGUNG
KEK MARBLE BUTTER + MINYAK JAGUNG

Bahan-bahannya :- 
  • 150 gm butter 
  • 120 gm gula castor 
  • 100 gm minyak jagung 
  • 250 gm tepung naik sendiri (diayak)
  • 1/2 cup susu pekat manis
  • 4 biji telur gred A atau 5 biji telor gred B
  • 1 sudu makan (membukit) ovallette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu makan chocolate emulco (atau 1 sudu makan serbuk koko)
Cara-caranya:- 
  • Pukul butter dan gula castor hingga  kembang dan berwarna putih.
  • Masukkan minyak jagung dan putar.
  • Masukkan telur satu persatu dan putar.
  • Masukkan susu pekat manis & ovallette dan putar.
  • Masukkan esen vanilla dan putar.
  • Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada dua (2) bahagian. 
  • Yang sebahagian digaulkan dengan chocolate emulco. Manakala yang sebahagian lagi dibiarkan dengan warna asal. Boleh juga letak lain-lain pewarna ikut kegemaran masing-masing. 
  • Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
  • Dua biji Loyang ukuran 7”x 7” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.
  • Tuangkan adunan warna asal dan warna chocolate ke dalam loyang secara berselang seli hinggalah adunan habis. Setiap adunan sebanyak 3 sudu dan akhir sekali sebanyak 2 sudu. 
  • Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak. 
  • suhu bergantung pada oven masing-masing.