Showing posts with label Kangar. Show all posts
Showing posts with label Kangar. Show all posts

Kafe Ngopi, Jalan Kapitol, Pusat Bandar Kangar, Kangar, Perlis

 

Kafe Ngopi, Kangar
Kafe Ngopi, Kangar

deko dalaman Kafe Ngopi yang unik
deko dalaman Kafe Ngopi yang unik
Kalau korang datang ke kangar ni, jangan lupa untuk try mengopi di Kafe Ngopi yang terletak di Jalan Kapitol, Pusat Bandar kangar. Bagi aku kafe tu sendiri dah unik..bila korang masuk je ke dalam, korang akan rasa macam rumah tinggal๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...Sengaja deko di buat begitu untuk menampakan ke'rare'an berbanding kafe-kafe hipster yang lain....

Kafe Ngopi ni berkonsepkan coffee and sandwiches....serta pastry...so kalau korang nak santai-santai makan sandwich boleh la datang ke sini. Sandwich di Kafe Ngopi ni ala-ala macam di Subway...

menu sandwiches dan pastry
menu sandwiches dan pastry

menu minuman Kafe Ngopi
menu minuman Kafe Ngopi
Selepas aku makan sandwich dan minum kopi di Kafe Ngopi ni, ternyata ia bukan saja unik dari segi rupa paras kafenya, namun makanan di sini juga sedap...Aku mengorder croissant honey mustad chicken, ciabata chicken salami, hazelnut cold brew dan cappucino๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜
ni diaaaa sandwich padu!
ni diaaaa sandwich padu!

makanan dan minuman yang aku order
makanan dan minuman yang aku order
Sangat berbaloi untuk korang try. Boleh dari di Kangar ye Kafe Ngopi ni. Sebagai panduan, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 6°26'21.1"N 100°11'44.9"E atau 6.439206993832613, 100.1958063619233

https://maps.app.goo.gl/JiPwEJxHaMBfxFDn9

Makan Pasta di Oven Rimba Cafe, Kampung Padang Lati, Kangar, Perlis

 

Oven Rimba Cafe, Kampung Padang Lati, Kangar, Perlis
 Oven Rimba Cafe, Kampung Padang Lati, Kangar, Perlis

parking yang luas untuk pelanggan Oven Rimba
parking yang luas untuk pelanggan Oven Rimba
Jika ingin makan pasta di Perlis, Korang boleh la cari Oven Rimba Cafe yang terletak di Kampung Padang Lati, Kangar Perlis. Jangan cari di kawasan Bandar Kangar yer...Oven Rimba di di kawasan kampung, tepi jalan utama...Di sebabkan viral di media sosial, jadi dah tentulah ramai orang akan datang ke Oven Rimba ni.....
dessert yang boleh korang pilih
dessert yang boleh korang pilih

menu di Oven Rimba Cafe
menu di Oven Rimba Cafe

dalaman Oven Rimba Cafe
dalaman Oven Rimba Cafe
Ada banyak menu yang menarik untuk di cuba...Tapi pada kali ni aku just order spaghetti salted eggs, spaghetti aglio olio, spaghetti carbonara dan rimba pasta...manakala air pula aku try iced latte buttercream dan iced latte....
spaghetti salted eggs
spaghetti salted eggs

rimba pasta
rimba pasta

iced latte buttercream dan iced latte..
iced latte buttercream dan iced latte..

spaghetti aglio olio
spaghetti aglio olio

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara
Semua makanan sedap-sedap...berbaloi la aku dengan famili aku makan di sini...peminat pasta boleh hadirkan diri di sini.
sedapnyaaaa.....
sedapnyaaaa.....
Kepada yang nak datang ke sini aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.

GPS koordinat: 6°30'23.9"N 100°14'29.2"E atau 6.5066356909512475, 100.24146861111957

https://maps.app.goo.gl/pa9dMmQNr4nsWW7aA


Pasar Terapung JPS Perlis, Kangar Perlis

Pasar Terapung JPS Perlis
Pasar Terapung JPS Perlis

Peniaga menjual di atas sampan terapung
Peniaga menjual di atas sampan terapung
Salah satu tarikan di negeri Perlis adalah Pasar Terapung yang terletak dalam kawasan JPS Perlis di Kangar. Pasar Terapung seolah-olah macam Klonghae flooting market yang teletak di Hatyai, Thailand...Tapi di thailand lagi meriah la...

Walaupun di Perlis dengan di Klonghae adalah pasar terapung, diPerlis sampan adalah replika saja dan tak banyak pun ada di kawsan tasik perlis ni...manakala di Klonghae adalah sampan betul dan ramai peniaga yang berniaga di atas sampan....Nak pergi Hatyai jauh sangat kann....kita layan pasar terapung di Perlis ja laaa๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

sampan-sampan peniaga pasar terapung
sampan-sampan peniaga pasar terapung

orang ramai membeli di pasar terapung
orang ramai membeli di pasar terapung

lalaun sepanjang pasar terapung
lalaun sepanjang pasar terapung
Selain korang nak membeli dari sampan terapung, ada juga disediakan gerai-gerai di atas darat...jadi takda la semua kena beli di pasar terapung tu....Yang terapung tu just trendmark saja ataupun sebagai tarikan kepada pengunjung.....
ada 5-6 gerai makan di sini, boleh juga beli di sini
ada 5-6 gerai makan di sini, boleh juga beli di sini

ada khemah besar siap kerusi meja untuk makan
ada khemah besar siap kerusi meja untuk makan
Untuk memudahkan orang ramai makan, diorang sediakan satu khemah yang besar dilengkapi dengan kerusi meja untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung untuk menikmati makanan yang di beli di kawasan ni...

Selain tu, di sini juga korang boleh bagi makan ikan, naik kayak, nak bot kayuh, naik traktor train....tapi semua tu kena beli tiket lagi bang...tak free ek...

Oklah, kepada yang nak datang jalan-jalan di sini, boleh la ke JPS Kangar...Dekat depan pintu masuk JPS tu ada jambatan gantung...yang ni korang boleh naik free ja..

Jambatan gantung JPS Kangar
Jambatan gantung JPS Kangar
GPS koordinat Pasar Terapung JPS Kangar: 6°26'07.5"N 100°10'54.4"E atau 6.43541471431209, 100.1817596712145

https://maps.app.goo.gl/QYVW81YER8YkK12NA

Restoran Anjung Keli, tempat makan tengahari popular di Perlis

Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli

Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli ni memang tempat famous untuk makan tengahari di Perlis ni. Terletak di dalam daerah Kangar dan berdekatan dengan simpang 3 traffic light Jalan Behor Pulai. Tempat parking pun ada luas dan selesa namun bila waktu puncak, parking full!...

Anjung Keli ni aku dah pernah buat review dalam blog aku ni masa tu tahun 2017. Boleh rujuk post aku yang lepas DI SINI untuk baca. Makanan di Anjung Keli ni memang sedap la. Sebab tu la rasanya ramai orang datang. Banyak dah blogger buat review berkenaan Anjung Keli ni dan semuanya rekomen untuk korang cuba makan sendiri di Anjung Keli.

banyak pilihan lauk di Anjung Keli
banyak pilihan lauk di Anjung Keli

banyak juga pilihan ulam-ulaman
banyak juga pilihan ulam-ulaman
Disebabkan nama restoran ni Anjung keli, jadi aku buat keputusan nak makan ikan keli di restoran anjung keli ni๐Ÿ˜…... Tak pasti la aku kenapa restoran ni dinamakan anjung keli. Aku rasa sebab ada ikan keli la kot๐Ÿ˜๐Ÿ˜...
ni nasi campur untuk makan tengahari aku di Anjung Keli
ni nasi campur untuk makan tengahari aku di Anjung Keli
Setiap pinggan akan dilapik dengan kertas. Mungkin senang diorang nak basuh kot. Lagi satu, korang kena bayar dulu sebelum makan. Yang ni rule diorang la..Rasa macam ok gak, sebab kalau diorang nak serve setiap meja, mungkin akan lambat dan customer akan marah-marah dengan jumlah customer yang ramai pada satu-satu masa....

Kalau korang bercuti di Perlis, boleh la cuba makan di sini. Aku sertakan GPS koordiant dan google map sebagai rujukan korang untuk ke Anjung Keli.

GPS koordinat: 6°25'46.9"N 100°13'00.7"E atau 6.429690, 100.216850

Sarapan pagi di Hotel Putra Regency,Kangar Perlis

Masa aku pergi jalan-jalan kat Perlis, aku duduk kat hotel ni..landmark hotel ni senang je, dekat dengan roundabot(bulatan) Kangar. Satu-satunya hotel yang ada breakfast kat kangar, aku rasa la....sebab yang lain semua hotel bajet..hotel bajet mana ada breakfast..Time aku datang sini, Perlis banjir...so pergerakan jalan-jalan aku agak terhad la jugak...jalan naik air almost everywhere...jalan depan hotel ni pun naik air..aku dok teragak-agak nak masuk, last-last tawakal je la.....
Hotel Putra Regency
Walaupun tak boleh jalan-jalan sangat, nasib baik la breakfast kat hotel ni sedap..hampir semua aku try makan...kawasan hall breakfast pun besar dan selesa..senang nak bergerak..
pilihan makanan buffet

Kawasan yang luas dan selesa