Showing posts with label siakap 3 rasa. Show all posts
Showing posts with label siakap 3 rasa. Show all posts

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA

IKAN SIAKAP 3 RASA
IKAN SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (boleh kukus atau goreng) garam secukupnya
  • 100 ml air (jika anda ingin kuah nak lebih boleh tambhakan air [jika ikan dikukus])
  • 2 sb minyak
Bahan Cincang Halus:
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 cm halia muda
  • 3 ulas bawang putih
Bahan Sos:
  • 1 sk kicap manis
  • 2 sb gula pasir
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos plum (guna sos ikan)
  • 1 sb jus limau nipis
Bahan-Bahan dihiris Halus:
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 4 - 5 biji cili padi
Cara Membuat Ikan Siakap Goreng 3 Rasa:
  • pertama. sediakan kukusan dan lumuriikan dengan garam dan biarkan selamalebih kurang 10 minit. sediakan pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. kemudian, taruh ikan pinggan tersebut.
  • siapkan kuali dan panaskan minyak. selepas itu tumis bahan-bahan cincang selama 1 minit. masukkan cili kisar dangoreng hingga cili agak masak sebelum dimasukan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. kocorata.
  • selepas mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garamsecukup rasa.
  • masak kuah hingga masak dankelihatan sedikit pekat dan tuangkan diatas ikan yang telah digoreng atau dikukus.
  • terakhir, sediakan dengan nasi putih panas-panas.
  • resepi ikan siakap tiga rasa ini boleh dihidangkan untuk 3-4 org. terima kasih.

Makan malam di Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Ni kali kedua aku makan di Restoran Desa Ikan Bakar, di Kuah Langkawi... Kali pertama datang sini sebelum lockdown covid...Boleh tengok posting aku yang lepas DISINI. Disebabkan masa kali pertama datang tu, aku rasa sedap makanan di sini, jadi trip Langkawi aku kali ni, nak juga repeat makan sekali lagi di Restoran Desa Ikan Bakar ni..
boleh pilih ulam-ulaman
boleh pilih ulam-ulaman

udang, sotong, kerang, ketam boleh pilih sendiri
udang, sotong, kerang, ketam boleh pilih sendiri

ikan yang segar-segar
ikan yang segar-segar
Korang boleh pilih sendiri seafood apa yang nak korang makan...bila dah pilih, bagitau jer korang nak buat masa apa...kat sini ikan bakar memang padu....Kali ni aku pilih menu set jer..siakap aku minta buat 3 rasa manakala ikan cencaru aku minta buat bakar...sotong goreng tepung yang menu set ni, dioran guna yang sotong besar..tak fresh la sikit..kalau korang nak sotong fresh pilih sendiri yang segar-segar..Sotong tu aku buat sotong goreng tepung....
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

telur dadar
telur dadar

sup ayam
sup ayam

siakap 3 rasa
siakap 3 rasa

ulam-ulaman dan sambal belacan
ulam-ulaman dan sambal belacan

menu lengkap
menu lengkap

ikan cencaru bakar
ikan cencaru bakar
Ternyata makan sedap-sedap di Restoran Desa Permata Ikan Bakar ni...Kalau korang nak cari restoran ni, korang cari Idaman Suri...Golongan mak-mak pasti tahu Idaman Suri ni😂😂😂...Dekat simpang traffic light tu, korang belok masuk ke jalan menuju Taman Desa Permata...dekat tengah-tengah taman tu, ada macam gerai food court la...tapi bukan food court....Restoran Desa Permata Ikan Bakar ni no 5 dan 6.

GPS koordinat: 6°19'44.4"N 99°51'43.3"E atau 6.329002667007021, 99.86203999811056

https://maps.app.goo.gl/ZsM2joCdMtVjGz58A

Makan tengahari di Isya Restoran Terapung, Langkawi

Isya Restoran Terapung, Langkawi
 Isya Restoran Terapung, Langkawi

Isya Restoran Terapung, Langkawi
 Isya Restoran Terapung, Langkawi
Isya Restoran Terapung ni korang tak boleh datang sendiri-sendiri... Yang ni kalau korang ambil Mangrove Trip di Langkawi ni, restoran ni adalah antara tempat wajib yang korang akan singgah...Apa tu Mangrove tour/trip, boleh rujuk posting aku DISINI...Kalau korang ambil bot dari mana-mana company pun, tempat ni juga yang diorang akan bawa korang...kira tempat viral siakap RM1000 kalau korang masih ingat laaa😂😂😂
restoran yang agak luas dengan view yang cantik
restoran yang agak luas dengan view yang cantik
Sebelum korang makan, sampai-sampai jer, korang aku dibawah melawat sangkar ikan...ada sikit penerangan tentang ikan-ikan dalam sangkar tu...maaf aku terlupa nak ambil gambar sangkar tu....

Dah selesai tengok ikan dalam sangkar, time to makan...yang ni tak paksa, kalau taknak makan pun takpa....Tapi kalau korang nak makan, jangan main order jer ye...takut bila nak bayar nanti terus boleh pengsan😂😂😂😂...Kalau ikan yang fresh, kena tengok harga per 100gram...korang boleh agak la bajet makan kat situ...kes tak tengok harga per 100gram ni la yang jadi terkejut beruk masa nak bayar..apa taknya, siakap 3 rasa boleh sampai RM1000 oooooo...😅😅😅😅

Tapi ada jer menu yang harga dah siap-siap lock...tak perlu nak timbang-timbang ikan...contoh macam aku makan ni..dalam menu set yang aku pilih tu RM140...dalam tu ada siakap 3 rasa, telur dadar, sayur dan tomyam serta air kordial...jadi aku just bayar RM140 jer...Famili aku 5 orang, cukup jer...walaupun set tu untuk 2 orang makan...aku tambah nasi jer...

set makanan yang aku order
set makanan yang aku order
Makan sambil tengok view yang cantik...memang ngam la...ni kira first time la aku makan atas restoran terapung ni walaupun dalam banyak kali datang ke Langkawi ni😅... Kalau korang nak makan di sini, tengok menu betul-betul dan kaji bajet korang...jangan main bedal order jer😆😆😆

RESEPI SIAKAP 3 RASA

SIAKAP 3 RASA
SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahan:
  • Ikan siakap
  • Nenas (potong dadu)
  • 1 biji Bawang merah besar (potong dadu)
  • 1 biji Tomato (potong dadu)
  • Cili padi (racik bulat2 halus)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 sudu besar cili kering 
  • 3 – 4 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • Serbuk perasa, garam dan gula
Cara-cara:
  • Ikan yang dah dibasuh bersih dilumur garam dan 2sdb tepung jagung. Goreng garing2
  • Sediakan bahan potong dulu (nenas, bawang merah, tomato dan cili padi)
  • Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sehingga naik bau dan sedikit pecah minyak
  • Tambahkan cili kering kisar dan kacau2 sampai pecah minyak 
  • Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau lagi 
  • Tambahkan semangkuk kecil air. Anggaran 200ml dan tunggu sampai agak pecah minyak. Masukkan cili potong dan bawang merah yang dipotong dadu tadi
  • Masukkan nenas dan tomato dan tambah juga serbuk perasa, garam dan 1sdt gula secukup rasa. Kacau-kacau sebati dan tutup api.
  • Ikan yang dah siap goreng dimasukkan dalam pinggan dan tuang sos 3 rasa yang kita masak tadi.
  • Siap! Selamat mencuba 

Kredit resepi: Anita Sahara

Makan Malam di Restoran D' Pantai, Jalan Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan

 

Restoran D' Pantai
Restoran D' Pantai

Restoran D' Pantai
Restoran D' Pantai
Restoran D' Pantai ni terletak di Batu 6, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan. Aku pun main google je ni. Kira gamble je malam tu nak cari makan di Seremban ni. Tengok review macam sempoi jer. Jadi, apa lagi Onnnnzzz je..terus gerak ke Restoran D'Pantai ni..

Dah sampai, tengok restoran ni luas gak. Ada banyak parking kat sebelah restoran ni. Rupanya restoran ni dekat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 

Dah order makanan, layan la dulu otak-otak dengan fries sementara nak tunggu menu utama yang aku order ni sampai..

otak-otak
otak-otak

fries
fries
Aku pilih menu set la untuk makan malam aku ni. Rasa cam mahal la sikit dari yang biasa aku makan. Tapi ok la, layan jer.. kalau sedap kita datang lagi😂😂😂... Menu aku ikan siakap tiga rasa wajib kena ada, sebab tu jer la feveret anak aku. Kalau takde tu, diorang tak makan sangat😅
complete set menu aku dah sampai
complete set menu aku dah sampai😋😋😋

siakap tiga rasa
siakap tiga rasa
Nasib sedap la gak..kalau tak penah rasa datang jauh-jauh😇😇....Kepada korang yang datang ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2°45'24.2"N 101°59'44.0"E atau 2.756722, 101.995565

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

SIAKAP 3 RASA ALA THAI
SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
  • 100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
  • 2 sb minyak – untuk menumis
  • Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 – 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos plum – guna sos ikan
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sb jus limau nipis/lemon
  • 1 sk kicap manis

Cara Memasak:
  • Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing
  • Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
  • Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
  • Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
  • Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
  • Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas. 

Restoran Seafood Bujang Firefly, Sungai Lebam, Bandar Penawar, Johor

 Restoran Seafood Bujang Firefly, Sungai Lebam, Bandar Penawar yang terletak di negeri Johor (JDT) merupakan restoran yang famous terutama bagi orang luar (bukan tempatan). Lokasi yang tersorok dan jauh dari jalan utama bukanlah menjadi masalah kepada para pengunjung. Kenderaan yang menuju ke restoran Seafood Bujang Firefly ni sentiasa masuk. Bagi yang first time mungkin was-was nak masuk, cam seram plak kalau lalu terutama waktu malam..hihihi. Nasib la aku datang waktu siang. Tapi kalau malam boleh naik bot tengak firelfy dekat hutan bakau.

Restoran Seafood Bujang Firefly, Sungai Lebam, Bandar Penawar, Johor
Restoran Seafood Bujang Firefly, Sungai Lebam, Bandar Penawar, Johor

kena lalu jambatan untuk ke restoran terapung ni
kena lalu jambatan untuk ke restoran terapung ni

Restoran Seafood Bujang Firefly mula buka seawal 12 tengahari hingga ke lewat malam. Permandangan pun cantik yang berlatar belakangkan hutan paya bakau yang tersusun cantik. Ada juga bot besar untuk sesiapa yang nak round naik bot.
bot penumpang untuk siar-siar
bot penumpang untuk siar-siar

bot lalu, resotoran pun beralun-alun
bot lalu, resotoran pun beralun-alun
Dari segi makanan pula, semua sedap-sedap. Semua menu adalah menu set sama ada untuk hidangan 2 orang, 3 orang hingga ke 10 orang. Menu-menu adalah seperti berikut,

Menu Restoran Seafood Bujang FireflyMenu Restoran Seafood Bujang Firefly
Menu Restoran Seafood Bujang FireflyMenu Restoran Seafood Bujang Firefly
Menu Restoran Seafood Bujang Firefly

Menu Restoran Seafood Bujang Firefly

Setiap set dah ada menu-menu tertentu seperti siakap tiga rasa, sotong goreng tepung dan sebagainya mengikut bilangan orang makan.Paling mahal set menu untuk 10 orang makan berharga RM350. Aku pilih pakej bajet je untuk 2 orang makan, RM65.
air tembikai satu jag
air tembikai satu jag

complete set untuk pakej 2 orang makan
complete set untuk pakej 2 orang makan

telur dadar
telur dadar

sayur
sayur

tomyam
tomyam

siakap tiga rasa
siakap tiga rasa

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

pelanggan yang setia menunggu makanan
pelanggan yang setia menunggu makanan
Tempat yang sempoi, permandangan yang cantik dan makanan pun sedap. Complete pakej. Lepas makan boleh la nak ambil gambar barang sekeping dua.
Sebelum nak balik tu, boleh la kalau rajin bagi ikan talapia makan. Makanan disediakan dengan bayaran RM1 sahaja.
kolam ikan talapia ( boleh bagi ikan makan)
kolam ikan talapia ( boleh bagi ikan makan)
Kepada yang nak ke Restoran Seafood Bujang Firefly ni, boleh la cari di Sungai Lebam, Bandar Penawar, Johor. Disertakan di bawah ni adalah gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang untuk ke restoran seafood bujang firefly.
GPS Koordinat : 1°33'43.5"N 104°10'58.7"E atau 1.562094, 104.182962

Makan malam di Dsampan Restoran, Batu Uban Pulau Pinang

 Nak makan malam jenis masakan thai, yang goreng-goreng, ada tom yam di Pulau Pinang  terutama di sebelah pulau, salah satu restoran yang menyediakan makanan tersebut, korang boleh datang ke Restoran Dsampan yang terletak di Batu Uban. Di sini ada juga restoran lain yang korang boleh juga try. Antaranya Nurul Ikan Bakar, Idrus Ikan Bakar.

Dsampan Restoran, Batu Uban
Dsampan Restoran, Batu Uban
Korang boleh pilih makanan secara set yang ada ikan tiga rasa, sayur, sotong goreng tepung, tomyam dan lain-lain. Atau korang boleh jer pilih secara ala cart. Berikut adalah menu-menu yang terdapat di restoran Dsampan.
menu restoran Dsampan
menu restoran Dsampan

menu set Dsampan
menu set Dsampan
Aku try Set A. Menu set A ni yang aku makan macam kat bawah ni.
siakap tiga rasa
siakap tiga rasa

sayur
sayur

telur dadar
telur dadar

tomyam
tomyam

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung
Bagi yang nak memcuba makan di restoran Dsampan ni, bolehlah cari di Batu Uban, Pulau Pinang atau korang boleh ikut jer gps koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat : 5°21'16.8"N 100°18'44.5"E atau 5.354679, 100.312357