1

2

3

4

Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Makan tengahari di Restoran Gulai 7 Kawah, Alor Setar, Kedah.

Recommended!....Jika anda kini berada di Alor Setar, tengah mencari-cari tempat untuk makan tengahari yang sedap dan unik, boleh la cari Restoran Gulai 7 Kawah ni. Memang kena dengan nama restoran tu sebab sajian gulai 7 kawah ni pun menang ada kat sini...siap tersusun 7 kawah dengan pelbagai jenis masakan gulai...memang terbaik la kalau korang makan gulai utara ni..cukup rasa....
Restoran Gulai 7 Kawah Alor Setar

7 kawah gulai tersedia untuk dimakan
Selain 7 kawah gulai ni, terdapat juga banyak lauk pauk yang lain yang boleh dijadikan pilihan...ada ikan bakar, ayam bakar, ulam-ulaman dan banyak lagi la ada kat sini....macam-macam adooo...kawasan makan pun agak selesa, tak lah panas sangat, cuma makan kat situ je panas-panas..hihihihi...masakan exotic macam daging rusa pun ada.....Aku nak share la sikit apa yang aku makan kat sini...aku ambil semangkuk gulai daging batang pisang, ikan keli bakar, ayam bakar, ulam-ulaman, sambal belacan.....memang sedap, menang terbaik...hagtag (#) 'aku suka'......dah macam jalan-jalan cari makan TV3 la plak aku ni..kihkihkih.....tp aku rasa JJCM TV3 ni pernah datang review kat sini....

Restoran Mikamal Alor Setar yang sempoi...mee rebus terbaik!!!

Kat mana? kat Alor Setar, Kedah...aku try mee rebus kat sini...sebab tengok review orang ramai cakap kena try pekena mee rebus mikamal kalau datang ke Alor Setar.
Restoran Mikamal Alor Setar Kedah
Restoran ni juga pernah didatangi dan dikunjungi oleh JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3...maknanya telah disahkan memang sedap...hohohoho...Restoran ni macam restoran mamak je pun dan aku rasa memang restoran mamak....tapi beza dengan restoran mamak yang lain, restoran ni ada special menu yang sedap dan sempoi.....
Pilihan Jalan-jalan cari makan TV3
Mee rebus yang aku order ni, memang cukup rasa..kuah yang pekat likat melekat...ditambah dengan cucur udang yang sedap serta daging yang lembut dan enak di makan begitu saja...ooooooo...(bukan gardenia...hihih)........Aku order gak bungkus pasembur....boleh tahan gak la pasembur ni....
Mee Rebus - gambar 1

Mee Rebus - gambar 2

Untuk yang  nak ke sini, boleh la rujuk google MAP kat bawah ni.......


Laksa Ikan Sekoq Alor Setar

Laksa ikan sekoq ni memang famous. Dah banyak kali aku dengar tapi tak pernah berkesempatan untuk nak cuba sendiri. Alang-alang aku dah ada kat Alor Setar ni, aku gagahkan diri untuk terus cari dan mencari kedai ni..sampai aku tersesat...dan akhirnya pencarian aku telah menemui jalan tak buntu (aku dah sampai la) dek kerana pangilan ikan sekoq lebih kuat memanggilku ke sini..
Bahagian depan kedai laksa ikan sekoq
Bahagian dalam kedai laksa ikan sekoq
Nampak gerai macam biasa saja, tapi kehadiran orang kat sini luar biasa...sentiasa ada orang yang datang. Maybe orang luar yang nak cuba sendiri laksa ikan sekoq nih. Banyak artikel-artikel surat khabar yang owner ni 'frame' kan dan gantung kat dinding. Ada juga plat jalan-jalan cari makan TV3 tergantung dalam kedai ni. Gambar owner dengan Dr Azizan pun ada. Sebab tu la ke'famous'an laksa ikan sekoq semankin menjadi-jadi.

Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet

Puncak Mutiara Cafe ni kiranya tempat famous la. Terletak di Kampung Pelet, Kubang Semang, Bukit Mertajam. Ramai orang akan datang sini dan kebanyakannya bukan orang tempatan. Macam tempat lain juga, yang datang banyak orang luar. Ni menunjukkan tempat tu famous.
Puncak Mutiara Cafe
Pintu depan Puncak Mutiara Cafe
Tempat ni berkonsepkan makan dalam pondok. Diorang tak cakap pun, aku je rasa konsep diorang camtu..kikikiki. Sebabnya aku tengok banyak pondok-pondok yang 'open' yang diorang sediakan untuk pilihan para pengunjung. Puncak Mutiara Cafe ni korang jangan terkejut kalau nak datang sini..tempat dia tersorok sikit. Kena lalu lorang jalan yang kecil..tetiba korang akan nampak Puncak Mutiara cafe ni kat hujung jalan. Tapi kalau korang first time nak datang, better pakai GPS je. Kat bawah sekali posting ni aku letas GPS koordinat. Kalau datang malam, korang kena bersedia dengan nyamuk. Nyamuk aku rasa diorang pun tak boleh nak control..apa taknya, restoran ni sah-sah dok dalam perkampungan nyamuk..hahahaha..Tapi kalau tak biasa gak nyamuk-nyamuk ni, boleh duduk dalam tempat aircond.

Mae Thai Cafe - Bertam

Terletak di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. GPS koordinat 5°31'00.4"N 100°27'00.8". Kedai ni kalau pegi untuk makan malam, sentiasa ada orang. Makanan kat sini berkonsepkan ala-ala masakan thai. Banyak menu pilihan kat sini. Aku taktau la apa yang special kat sini. Malam tu aku try nasi paprik dengan nasi goreng USA. 
Nasi goreng USA
telur dadar, paprik ayam, sup ayam, sambal timum
Paprik ayam
Mae Thai Cafe ni juga pernah Jalan-Jalan Cari Makan TV3 datang. 

Jalan-Jalan Cari Makan TV3 - Mae Thai Cafe, Bertam