Showing posts with label makan malam. Show all posts
Showing posts with label makan malam. Show all posts

Makan malam di Cafe Yunus, Kampung Morten, Melaka

 

Yunus Cafe
Yunus Cafe

tugu Kampung Morten
tugu Kampung Morten
Selesai naik river cruise, terus cari kedai makan untuk makan malam. Cari yang dekat-dekat jer dengan river cruise ni. Aku ternampak la Cafe Yunus ni... bertentangan dengan Yunus Cafe ni adalah sungai tempat laluan river cruise yang aku naik tadi...

Tengok macam menarik jer kedai makan ni, jadi try jer la di sini...lagi pun dah lapar giler ni..

menu Cafe Yunus
menu Cafe Yunus

menu Cafe Yunus
menu Cafe Yunus

menu Cafe Yunus
menu Cafe Yunus
Ada banyak la makannan kalau tengok dalam list menu tu... Untuk malam tu, aku pilih untuk makan asam pedas ikan kembong, bihun goreng, lempeng, nasi goreng daging, fries....
milo tabur
milo tabur

nasi goreng daging
nasi goreng daging

fries
fries

lempeng
lempeng

bihun goreng
bihun goreng

asam pedas ikan kembung
asam pedas ikan kembung
Kepada yang nak try makan di Yunus Cafe ni, boleh la rujuk GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2.2039453498901147, 102.25005038237016

https://maps.app.goo.gl/wSxvxPb9YzVXVUy56


Makan malam western food di Barracks Cafe, Tanah Rata, Cameron Highlands

 

Barracks Cafe waktu malam
Barracks Cafe waktu malam

Barracks Cafe waktu siang
Barracks Cafe waktu siang
Barracks Cafe ni terletak di Tanah Rata Cameron Highland, Pahang. Barracks Cafe ni kebanyakan menu diorang adalah berkonsepkan western food. Yang menjadikan cafe ni rare adalah bentuk bangunan dan persekitaran cafe ni adalah berkonsepkan kem tentera zaman dulu-dulu...

Bangunan tu ada bangunan berek tentera ataupun tempat tentera bermalam. Di depan Barracks Cafe ni ada beberapa kenderaan tentera lama menjadi hiasan depan cafe ni.

dalam bangunan barracks cafe
dalam bangunan barracks cafe

gambar-gambar perang dalam album gambar
gambar-gambar perang dalam album gambar

gambar-gambar di gantung di sepanjang dinding dalam bangunan barracks cafe
gambar-gambar di gantung di sepanjang dinding dalam bangunan barracks cafe
Masa aku sampai di Barracks Cafe ni, hujan lebat la pulak...jadi tak dapat nak ambil gambar yang cantik-cantik sikitπŸ˜‚...

Antara menu-menu makanan yang ada di Barracks Cafe ni adalah seperti dalam senarai menu seperti gambar di bawah ni.

menu minuman Barracks Cafe
menu minuman Barracks Cafe

menu makanan Barracks Cafe
menu makanan Barracks Cafe
Menu yang akan makan di sini adalah grilled sirlion steak, fish and chip (butter fish), spicy salmon aglio olio dan chocolate brownies...Sekadar nak mencuba western food diorang ni..tapi harga boleh tahan gak laπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜Ž
chocolate brownies
chocolate brownies

grilled sirlion steak
grilled sirlion steak

fish and chip (butter fish)
fish and chip (butter fish)

teh ais dan air panas
teh ais dan air panas

spicy salmon aglio olio
spicy salmon aglio olio
Dari segi rasa, ok lah, not bad gak...boleh la korang nak try..cuma harga kayangan la sikit..mungkin bagi aku yg B40 kotπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…...
Kaunter Barracks Cafe
Kaunter Barracks Cafe
Kalau korang nak try makan malam di sini, boleh cari Barracks Cafe ni di Tanah Rata, Cameron Highlands. Cafe ni betul-betul di sebelah jalan yang nak masuk ke Heritage Hotel. Aku sertakan juga GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang untuk ke Barracks Cafe ni.

GPS koordinat: 4.469959119886282, 101.37426881296051


Makan malam di restoran Der' Village Kichen's, Bertam Kepala Batas

restoran Der' Village Kichen's, Bertam Kepala Batas
 restoran Der' Village Kichen's, Bertam Kepala Batas

Pusing-pusing Bertam, Kepala Batas, terjumpa dengan restoran Der' Village Kichen's. Jadi tanpa buang masa, terus aku terjah ke dalam restoran ni. Tengok menu macam banyak juga menu yang ada di sini. Ada western food, ada makanan goreng-goreng, ada juga makanan set seperti siakap 3 rasa, tomyam, kailan ikan masin dan sebagainya. Boleh rujuk dalam buku menu seperti di bawah ni.
menu restoran Der' Village Kichen's
menu restoran Der' Village Kichen's

menu restoran Der' Village Kichen's
menu restoran Der' Village Kichen's

menu restoran Der' Village Kichen's
menu restoran Der' Village Kichen's
Menu dah macam ok dah, cuma harapnya owner dapat improve service bagi cepat sikit, baru la best sikit nak order. Aku order untuk makan malam aku nasi ayam, nasi goreng cina dan daging masak halia. Hari lain kita try menu lain plak.
nasi goreng ayam
nasi goreng ayam

nasi goreng cina
nasi goreng cina

daging masak halia
daging masak halia
Kepada korang yang teringin nak makan di restoran Der' Village Kichen's ni, boleh la datang dengan merujuk kepada gps koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat :5°30'57.3"N 100°26'56.8"E atau 5.515920, 100.449100

Makan malam di Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang Langkawi

Restoran Haji Ramli Pantai Cenang Langkawi

ikan-ikan segar, boleh pilih sendiri untuk dimasak
Restoran Haji Ramli terletak di kawasan paling mendapat tumpuan pelancong di Langkawi iaitu di Pantai Cenang. Agak sibuk di Pantai Cenang terutamanya pada waktu malam. Banyak restoran-restoran di sepanjang Pantai Cenang ni. Risau gak nak masuk sebarangan restoran, takut makanan tak halal. Tapi restoran Haji Ramli ni menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong.
Restoran haji Ramli ni macam restoran nelayan la. Banyak menu yang korang boleh pilih dan juga ikan, sotong, ketam dan lain-lain makanan laut boleh pilih sendiri yang segar-segar.
Ikan yang segar-segar ni korang boleh pilih nak masak macam mana pun. Nak bakar pun boleh. So, aku pilih ikan siakap. Biasanya aku minta untuk masak tiga rasa, tapi kali ni aku minta diorang bakar ikan siakap tu. Sotong goreng tepung memang wajib ada la...yang tu memang feveret aku....yang lain-lain tu aku order samping sebagai pelengkap selera.
Ikan siakap Bakar (tak letak sambal, kalau sambal lagi sedap)

sotong goreng tepung

tomyam

sayur kailan ikan masin

telur dadar
Kepada yang nak makan malam di restoran Haji Ramli ni, boleh la datang ke Pantai Cenang, Langkawi. Bagi yang tak biasa dengan Langkawi, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai pnduan dan rujukan korang.
gps koordinat : 6°17'47.0"N 99°43'24.8"E atau 6.296396, 99.723546

Antara tempat-tempat makan menarik di Penang

Senarai ni aku dapat dari masej yang orang forward (viralkan) dalam group WhatsApp. Jadi aku copy paste kan dalam blog aku ni sebab macam berguna gak la untuk korang nak cari tempat makan menarik di Penang ni. Kebanyakkan tempat dalam list tu aku dah pernah terjah (ada dalam blog ni)...semoga bermanafaat.

Breakfast

Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor
Pasar Awam Taman Tun Sardon, P227 Hilir Pemancar, Gelugor, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqd92jk

Nasi Kandar Kg Melayu
Nasi Kandar Kampung Melayu, Lintang Kampung Melayu, Ayer Itam, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqdp0g3

Roti Canai Agryll Road
Roti Canai Jalan Argyll, Jalan Argyll, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqg4exc

Heritage Transfer Road Roti Canai
Roti Canai Trasfer Road, Jalan Transfer, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqg4f3x

Astaka Rope Walks
Astaka Lorong Kulit, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqf9jt9

Lunch

Nasi Kandar Deen Maju
Deen Maju, 170 Jalan Gurdwara, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqg0bd5

Nasi Kandar DEEN, Jelutong, Penang
Restoran Deen, Jalan Jelutong, Jelutong, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqdsv6u

Lidiana Nasi Melayu (Masjid Terapung Tanjung Bungah)
Kedai Makan Lidiana- Nasi Melayu, Persiaran Tanjung Bungah, Tanjong Bungah, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zr1gem8

Nasi Padang Transfer Road
Restoran Nasi Padang Minang, 92 Jalan Transfer, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqg4fse

@Nasi Campur Melayu, Stadium Bandaraya - Also Mee Udang and etc
Astaka Jalan Perak, 210A Lilitan Stadium, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqf9pdn

HAMEEDIYAH RESTAURANT
Hameediyah Restaurant, 164A Lebuh Campbell, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqg47wq

Hameed Pata Special Mee Sotong
Hameed Pata Mee Sotong, 19 Lebuh Pantai, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqg6er7

Kak Ani Nasi Campur Gulai Sembilang
Ani Nasi Campur Gulai Sembilang, Jalan Ahmad Nor, Jelutong, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqdufn6

Nasi 7 Benua
Nasi 7 Benua, 231 Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zq3cshc

Laksa Janggus
Laksa Janggus, Lorong Kg. Perlis 10, Balik Pulau, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zq0ntzw

Cargas Cafe Nasi Campur
Cargas Cafe, 6 Jalan Bayan Lepas, Bayan Lepas, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zq17yh5

Dinner

Ayu Mee Udang
Ayu Mee Udang, Lengkok Kampung Masjid 1, Bayan Lepas, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zq0fb13

Astaka Padang Brown(padang broom)
Medan Selera Padang Brown, Jalan Perak, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqfc868

Pak Hussein Tomyam, Bayan Baru.
Pak Hussin Tomyam, Lilitan Bayan, Bayan Lepas, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zq3c198

Gurney Drive Food Court
Pusat Penjaja Anjung Gurney, Persiaran Gurney, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqfw6eg

Kassim Mustafa Nasi Dalca
Restoran Kassim Mustafa, 12 Lebuh Chulia, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqg3bv5

Sup Hameed
Sup Hameed, 48 Jalan Penang, George Town, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqg5hcr

Restaurant Kapitan - The Best Tandori
Restoran Kapitan, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zqg6025

Restoran Pen Mutiara - Kari Kepala Ikan
Restoran & Hotel Pen Mutiara, P220 Jalan Bayan Lepas, Bayan Lepas, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zq44hm7

Nurul Ikan Bakar
Nurul Ikan Bakar Special, Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Gelugor, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zq6wswq

Sany Char Koay Teow
Sany Char Koay Teow, Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas, drive there using Waze: https://waze.com/ul/hw0zq4pd3k

Sila mai Penang :)

Makan malam roti bakar arang ARANGO PARK di Kepala Batas Pulau Pinang.

ARANGO roti bakar arang
ARANGO roti bakar arang selain korang boleh makan untuk sarapan pagi di ARANGO sarapan pagi,  Tempat sarapan pagi dengan tempat makan malam ARANGO ni tak sama ek. Sarapan pagi tempat lain, makan malam tempat lain. Untuk makan malam ni, lokasinya di tapak tempat letak kereta berhanpiran simpang tiga bertentangan dengan bangunan wisma persekutuan. Bertentangan dengan jalan yang satu lagi, adalah mee pokok cherry. Disebabkan ARANGO ni dekat parking, ARANGO ni juga dikenali sebagai ARANGO PARK.
Jadi pada sesiapa yang nak makan roti bakar telur meleleh yang rare sikit, boleh la datang cuba di ARANGO ni. Ada banyak menu pilihan disediakan. Kawasan untuk ARANGO makan malam ni pun agak luas dan selesa. Malam-malam ramai juga orang yang datang ke sini. Cara nak order, kena pi ambil menu sendiri kat kaunter. tulis dalam satu kertas yang disediakan menu pilihan korang. Pasti kan korang tulis betul-betul ni meja korang sebelum hantar ke kaunter. Aku dah terkena bila aku order empat menu je, tetiba datang menu double dengan menu yang aku tak order pun. Puncanya, ada customer di meja lain tulis no meja main cincai-cincai. Kebetulan no meja yang dia tulis seakan-akan no meja aku. kan dah terkona....hahahaha..
Empat menu ARANGO yang aku order tu, korang boleh tengok di bawah ni....
ARANGO sosej (aku order 2 set)

ARANGO mambo lamb grill

ARANGO hot cheezy special
Banyak lain menu lain yang menarik dan sedap. Semua menu tu korang boleh rujuk dalam senarai menu yang aku sempat snap seperti di bawah ni....
senarai menu 1

Senarai menu 2

Senarai menu 3
ARANGO PARK ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula 7 malam hingga 11.30 malam. Sebagai panduan tambahan lokasi ARANGO PARK (makan malam ni), aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang cari. 
GPS ARANGO PARK Kepala Batas : 5°30'48.2"N 100°26'08.4"E

Makan malam 'open air' di Restoran Lemboy, Manjung, Perak

Restoran Lemboy di Manjung, Perak ni berkonsepkan 'open air' iaitu makan secara terbuka tanpa bumbung. Maksudnya boleh tengok langit terus macam restoran Bendang Kitchen di Alor Setar, Kedah. Kaunter bayar, dapur dan segala operasi  restoran Lemboy ni beroperasi dalam sebuah kontena yang telah diubahsuai.
Restoran Lemboy menggunakan kontena yang telah diubahsuai

makan berkonsepkan open air (tanpa bumbung)
Restoran Lemboy yang terletak berhadapan dengan stesen bas Seri Manjung ni memang menjadi tumpuan ramai dan sentiasa menjadi review para blogger termasuk aku..hahahaha..Walaupun sentiasa ramai orang datang, parking bukan lah satu masalah kerana Lemboy menyediakan parking yang luas dan selesa untuk para pelanggan diorang. Service pun laju..tak lama sangat nak tunggu makanan sampai..sangat cepat dan pantas.
Parking yang luas dan selesa
Makanan pun sangat sedap. Nak order western pun boleh, nak order yang goreng-goreng pun boleh. Untuk menu aku malam ni, aku order nasi goreng kampung yang lain dari yang lain sebab ada udang goreng besar dan sotong goreng tepung. Part western, aku order chicken chop, fries dan mushroom sup beserta garlic bread.
nasi goreng kampung

chicken chop

mushroom sup beserta garlic bread

fries
Kalau korang nak mencuba sesuatu yang berlainan, boleh la datang ke restoran Lemboy ni. Lokasi berhadapan dengan stesen bas Seri Manjung, bersebelahan dengan Jalan Kayu Manis. Lokasi secara lebih tepat, boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.....
4°11'50.7"N 100°39'59.4"E