1

2

3

4

Showing posts with label Langkawi Wildlife Park. Show all posts
Showing posts with label Langkawi Wildlife Park. Show all posts

Jalan-jalan di Langkawi Wildlife Park

 

Langkawi Wildlife Park
Langkawi Wildlife Park
Kalau datang Langkawi dengan anak-anak, tempat santai dan best, korang boleh datang ke Langkawi Wildlife Park. Kira macam zoo la...tapi mini zoo...walaupun mini zoo, banyak juga haiwan liar yang ada dalam ni. Selain tu, korang boleh juga nak bagi makan sesetengah binatang yang ada dalam tu kalau korang beli sekali pakej makanan haiwan masa bayar tiket.
boleh ambil makanan haiwan di sini, tapi kena bayar dulu ler
boleh ambil makanan haiwan di sini, tapi kena bayar dulu ler

harga tiket Langkawi Wildlife Park
harga tiket Langkawi Wildlife Park
Gambar atas ni harga tiket masa aku datang..masa korang datang taktau la harga masih masa ke tak..yang pasti kalau tak sama harga, mungkin lebih mahal dari ni...memang tak kan la harga nak turunπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
Map laluan dalam Langkawi Wildlife Park
Map laluan dalam Langkawi Wildlife Park
Sebelum korang nak masuk tu, ada map sebelah pintu tu, korang boleh snap, usar-usar dulu...mana la tau kot-kot tersesatπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…... Sebenarnya puas hati gak datang sini..banyak binatang yang kita boleh tengok... Tapi kali ni aku tak snap banyak sangat gambar binatang sebab aku ingatkan aku dah pernah buat posting pasal Langkawi Wildlife Park ni dalam blog aku...bila aku cari-cari, rupanya takde lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚....
boleh naik kuda
boleh naik kuda

boleh bagi makan rusa
boleh bagi makan rusa

ada laluan macam dalam hutan..buaya pun ada.. harimau pun ada
ada laluan macam dalam hutan..buaya pun ada.. harimau pun ada

ada kolam yang luas untuk ungas-ungas berterbangan
ada kolam yang luas untuk ungas-ungas berterbangan

part ni yang best, bagi makan burung atas tapak tangan jer
part ni yang best, bagi makan burung atas tapak tangan jer

iguana...ni sebab ada cermin, boleh la snap dekat-dekat
iguana...ni sebab ada cermin, boleh la snap dekat-dekatπŸ˜…πŸ˜…

kandang binatang-binatang yang rare..
kandang binatang-binatang yang rare..

ada sang kancil
ada sang kancil

ada flamingo
ada flamingo

ada burung kakak tua
ada burung kakak tua
dan banyak lain la binatang-binatang lain yang ad dalam Langkawi Wildlife Park ni. Korang kena datang sendiri tengok. Aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan kalau korang nak datang.

GPS koordinat: 6°23'16.0"N 99°51'43.1"E atau 6.387765, 99.861968

4 hari 3 malam percutian menarik di Pulau Langkawi

Kali ni aku nak cerita sikit percutian aku di Pulau Langkawi. Aku dan famili aku dah rancang percutian 4 hari 3 malam di pulau tersebut. Dah 3-4 kali jugak la aku datang bercuti kat sini. Dengan feri or dengan kapal terbang. Untuk posting aku kali ni, aku dah pilih mengunakan pengangkutan udara a.k.a kapal terbang a.k.a flight dari Pulau Pinang International Airport. Kalau mengunakan feri, biasanya aku akan naik dari Kuala Perlis. Kalau dari Kuala Perlis, takde la lama sangat untuk sampai ke Jeti Pekan Kuah.
Ok, berbalik kepada flight aku dari Penang ni, aku nak flight dalam tengahari kat Penang. Penerbangan dari Penang ke Langkawi, takde la lama sangat, lebih kurang dalam 20 minit je. Nak pi toilet pun tak sempat. Baru je terbang, tetiba pilot dah buat announcement pesawat akan mendarat sebentar saja lagi.....

Dah landing kat Langkawi International Airport, first sekali kena cari kereta sewa la. Kat Airport tu je ramai booth yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Disebabkan aku dah siap-siap cari sebelum datang ke Langkawi ni, aku pun terus call dengan orang yang aku dah deal tu. Maklumla waktu aku datang sini, waktu tu cuti sekolah. Harga memang up sikit la. So dapat la aku kereta viva dalam RM80 sehari. Tapi kalau bukan waktu cuti sekolah boleh dapat lagi murah.
Lepas dah check in hotel di Pekan Rabu, Kuah, kitorang memulakan misi berjalan-jalan yang pertama untuk hari yang pertama ni. Hari pertama ni aku set kan untuk shopping je supaya hari-hari lain tak diganggu oleh aktiviti 'shopping' ni..hihihihi....destinasi shopping kami adalah Idaman Suri, Ismail Group dan RAM.

Idaman Suri
Idaman suri ni sesuai dengan namanya yang menjadi idaman bukan saja surirumah suri yang tidak berumah pun seboleh-bolehnya akan datang sini. Datang jadi tempat wajib datang untuk orang perempuan. Pinggan mangkuk, tuala, cadar, langsir dan lain-lain yang buat mata para wanita tak akan berkedip walaupun sekali...terbeliak biji mata tengok.....
Pandangan depan Idaman Suri Langkawi
Pandangan depan Idaman Suri Langkawi

Barangan dapur, pinggan mangkuk, sudu, cawan, dll
Barangan dapur, pinggan mangkuk, sudu, cawan, dll

Barangan cenderahati, kain, tuala, cadar dll
Barangan cenderahati, kain, tuala, cadar dll
Gps idaman suri : 6°19'57.5"N 99°51'37.3"E
Boleh check google map seperti dibawah ni......


Komplek Haji Ismail Group
Lepas dan puas jalan di Idaman Suri, kami beralih arah ke Komplek Haji Ismail Group. Jangan takut nak masuk sebab tiada tiket yang perlu dibeli. Masuk je lepas tu shopping dan kena bayar la kan kalau nak beli barang dalam tu. Barang-barang yang ada kat sini lebih kurang je macam Idaman Suri. Yang menjadi tumpuan, semestinya coklat....yaaaaaa coklatttttt....yang menjadi tarikan utama bila datang ke Langkawi ni...Maka di sini la bermulanya shopping coklat. Anak aku tengok coklat yang berbukit-bukit dalam tu, semua dia nak beli.....dia nak beli tapi aku la nak bayar. Tak boleh jadi, aku hadkan coklat yang anak aku nak beli....bocor poket den.
Komplek HIG (Haji Ismail Group)
Komplek HIG (Haji Ismail Group)