Resepi ayam goreng cili kering

ayam goreng cili kering
ayam goreng cili kering

Bahan:
  • 7@8 ketul ayam-bersihkan dan potong kecik
  • 1/2 sudu kecik serbuk kunyit
  • Garam n perasa
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 2 sudu mkn cili sos
  • 10 tangkai cili kering-gunting pendek
  • 2 biji bwng besar-belah 2 & hiris
  • 4 ulas bwng putih-hiris
  • 5@6 tangkai daun kari
Cara:
  • Gaul ayam dengan garam,perasa,serbuk kunyit,sos tiram dan cili sos dan kemudian goreng ayam tersebut..
  • Bila siap semua ayam di goreng...tinggalkan sedikit minyak dalam kuali yang sama..tumis semua bahan hiris..cili kering dan daun kari hingga naik bau..
  • Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.. 
kredit resepi: mazliza ahmad via mahn  

Resepi donut gemuk gebus

 

Donut gemuk gebus
Donut gemuk gebus

Bahan-bahan:
  • 2 sudu majerin 
  • 1 biji telur 
  • 1 paket yis
  • 5 sudu gula
  • 3 sudu susu pekat
  • 3/4 cawan air suam
  • 3 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
Cara-cara:
  • Cair kan majerin..biar sejuk..pukulkan telur dan campur dalam majerin yang dah cair tadi
  • Larutkan gula dan susu dalam air suam. Bila dah larut letak yis tunggu yis aktif.
  • Letak secubit garam dalam tepung..masukkan campuran telur dengan majerin dalam tepung dahulu kemudian uli tepung guna campuran yis tadi..
  • Biarkan doh sejam. Pastikan mangkuk doh ditutup ye..
  • Selepas sejam tumbuk-tumbuk manja doh..kemudian boleh bentuk kan..
  • Tunggu lagi 20 minit atau sehingga gebu seperti gambar..
  • Kemudian goreng... siap!
👍 Selamat mencuba...!

Kredit resepi: Fadhila Akma

RESEPI APAM BALIK

APAM BALIK
APAM BALIK 

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk apam balik:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnya
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk apam balik:
  • Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  • Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  • Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  • Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN SEDAP

NASI GORENG IKAN MASIN
NASI GORENG IKAN MASIN

BAHAN:
  • Semangkuk nasi sejuk
  • Telur
  • Isi ikan masin kurau dipotong kecil
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih ketuk
  • Cili padi ikut citarasa
  • 3 sb sos tiram
  • Sayur Kailan 
  • Kalau nak letak kobis pun boleh
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
CARANYA:
  • Masukkan telur, goreng dan hancurkan telur terrsebut. ○Kemudian tumis bawang-bawang hingga naik bau dan keperangan. 
  • Masukkan nasi. 
  • Masukkan ikan masin dan cili padi hiris dan tumiskan seketika. 
  • Masukkan sos tiram. 
  • Kacau sebati. 
  • Gaul rata dan goreng selama 5 minit. 
  • Akhirnya masukkan sayuran dan goreng hingga sayur layu.