Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Burger Premium, Shiikaii Port, depan Ibusawat TM Kepala Batas, Pulau Pinang

 

Shiikaii Port
Shiikaii Port

gerai tepi jalan depan bangunan Ibusawat TM
gerai tepi jalan depan bangunan Ibusawat TM

gerai shiikaii port - gerai burger premium
gerai shiikaii port - gerai burger premium
Shiikaii Port ni adalah gerai tepi jalan yang jual burger....yang rare sikit gerai ni dari gerai burger jalanan yang lain, Shiikaii Port ni jual burger premium la...agak mahal sikit, tapi sekali makan mau tersandar jugak laaπŸ˜…πŸ˜…....mungkin cheese yang diorang letak tu banyak gila yang membuat kita ceapt kenyang....tapi budak-budak suka la cheese ni...

Ada beberapa jenis burger yang diorang jual..aku pun dah lupa nama-nama burger yang diorang jual tuπŸ˜…...tapi setiap satu ada rasa yang tersendiri la....Aku beli beberapa jenis burger tu, saja nak try..tapi bukan aku makan sorang ek, ni kira beli untuk satu family buat raso-raso😁....

Gambar-gambar kat bawah ni, burger yang aku beli tu, tapi maaf aku tak ingat nama-nama burger yang aku beli tu😎

burger premium 1
burger premium 1

burger premium 2
burger premium 2

burger premium 3
burger premium 3

burger premium 4
burger premium 4
Jadi kalau korang nak try burger-burger ni, boleh la datang ke Shiikaii Port ni yang terletak di Kepala Bata Pulau Pinang. Sebagai rujukan korang , aku serta GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang.

GPS koordinat: 5°31'00.2"N 100°25'52.4"E atau 5.516733668676872, 100.431224998078

https://maps.app.goo.gl/tX4o28f6KqnU41ry6


Layan air kelapa muda & coconut shake Maklom Sungai Dua, Penang

 

air kelapa muda & coconut shake Maklom sg dua
air kelapa muda & coconut shake Maklom sg dua
Terasa dahaga tekak di tengahari, jika lalu di Maklom, Sungai Dua, boleh la singgha warung Air Kelapa Muda original & coconut shake ni. Tepi jalan jer
warung coconut shake
warung coconut shake

air coconut shake
air coconut shake
Kalau lapar, di sini juga ada jual bihun sup dan juga sup gearbox. Kalau korang nak try coconut shake ni, boleh la singgah sini. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°27'01.8"N 100°24'21.0"E atau 5.450488, 100.405843

https://maps.app.goo.gl/zXRbGFwAeVF9MREC6


Makan tengahari di Restoran Minah, Taman Tun Sardon, Pulau Pinang

 

Restoran Minah, Taman Tun Sardon
Restoran Minah, Taman Tun Sardon
Kalau datang ke Pulau Pinang, semestinya kebanyakan orang akan terjah restoran nasi kandar. Rugi la kan kalau tak cari nasi kandar. Penang ni adalah tempat original nasi kandar. Tak sama rasanya kalau makan nasi kandar di luar dari Penang ni😎😎😎....

Tapi kalau korang nak kelainan sikit, takmau makan nasi kandar, aku boleh cadangkan Restoran Minah yang terletak di Taman Tun Sardon. Restoran bukan restoran nasi kandar. Restoran Minah ni nasi campur biasa dengan pelbagai lauk dan ulam-ulaman. 

beratur panjang jugak la kalau datang waktu peak hour
beratur panjang jugak la kalau datang waktu peak hour

restoran pun luas gak dan selesa
restoran pun luas gak dan selesa
Peak hour, agak ramai la jugak yang datang. Mungkin parking akan full. Tempat parking pun tak banyak depan restoran ni. Kalau tak cukup parking di depan restoran, ada yang parking je kat tepi jalan. Bab parking ni korang pandai-pandai la sendiri nak adjustπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…...

pelbagai pilihan lauk
pelbagai pilihan lauk

ulam-ulaman pun ada
ulam-ulaman pun ada

Kalau datang ramai-ramai or datang satu family, korang boleh pilih lauk style hidang. Kalau datang sorang-sorang, better korang letak je lauk dalam pingan nasi korang...orang penang cakap kuah taruh ataih!πŸ˜‚πŸ˜‚...

Disebabkan aku datang satu family, jadi aku pilih la lauk asing-asing.... jimat la sikit😎
hidangan makanan tengahari aku
hidangan makanan tengahari aku
Sedap la jugak makan di Restoran Minah ni. Aku rekomen la untuk korang cuba. Boleh cari Restoran Minah ni Di Taman Tun Sardon. Korang boleh juga cari guna google map dan gps koordinat seperti yang aku share di bawah ni....

GPS koordinat : 5.3699991383841335, 100.30986112094534

Jalan-jalan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang

Bukit ini dahulunya dibuka oleh penjajah untuk menanam tamanan strawberry. Tetapi sekarang ini digunakan orang Malaysia dan para pelancong untuk untuk melihat keindahan bandaraya Georgetown dari atas bukit dengan bertemankan cuaca yang sejuk.
Suhunya sejuk boleh mencecah 21 darjah Celcius. Jadi memang nyaman untuk korang nak datang melawat. Apa lagi kalau korang berehat sambil minum kopi panas di atas bukit ini sambil melayan panorama kawasan bandar dan laut Penang.
kereta kabel bukit bendera di puncak bukit
kereta kabel bukit bendera di puncak bukit
stesen kaki Bukit Bendera, beli tiket di sini.
stesen kaki Bukit Bendera, beli tiket di sini.
Selain tu, korang juga boleh menaiki trem, melawat muzium burung hantu, menjamu selera atau bersolat di masjid kecil di sini. Tarikan lain di Bukit Bendera, korang boleh cuba The Habitat ataupun Muzium Kamera.
ada cafe di atas ni - cliff cafe
ada cafe di atas ni - cliff cafe

permandangan bandaraya Goerge Town
permandangan bandaraya Goerge Town
Pada zaman penjajah dulu, satu-satunya jalan ke sini ialah dengan berkuda. Tapi kini korang boleh ke sini dengan mudah. Kereta kabel Swiss yang moden dan berhawa dingin bersedia membawa ratusan orang yang beratur di stesennya.
Ada juga yang nak lebih extreme dengan jungle trekking untuk ke atas bukit. Ada laluan khas untuk korang lalu. 
Kalau korang datang waktu cuti sekolah, korang kena hadap la dengan orang ramai sehinggakan beratur nak nak train pun boleh sampai sejam lebih.
GPS koordinat Bukit Bendera : 5°24'30.5"N 100°16'38.4"E atau 5.408464, 100.277330

D'Peknga, Street Food Coner, hadapan Bazar Chenang, Pantai Cenang Langkawi

Malam-malam cari makan di area Pantai Cenang, at last terjumpa kedai D' Peknga ni. Kedai D' Peknga ni betul-betul di hadapan bangunan Bazar Chenang. Bangunan yang sama juga adalah sebuah hotel ADYA. Ada makanan goreng-goreng, western food, satay dan ada juga minuman jus buah yang fresh.
Jus buah yang fresh
Jus buah yang fresh

Berhadapan Bazar Chenang
Berhadapan Bazar Chenang

gerai satay dan makanan goreng-goreng/western food
gerai satay dan makanan goreng-goreng/western food

Kalau korang nak tahu, makanan apa yang ada di sini, boleh tengok dalam buku menu yang aku sempat snap untuk korang. AKu pilih untuk makan nasi goreng ikan masin besereta telor dadar, nasi goreng kampung beserta telor mata, chichken chop, fish and chip dan fries
senarai menu
Senarai menu

satay
Satay

fries
fries

fish n chip
Fish N  Chip

chicken chop

Nasi goreng kampung telur mata
Nasi goreng kampung telur mata

nasi goreng ikan masin + telur dadar

telur dadar
telur dadar

Lepas makan boleh lajak masuk ne bazar chenang. Bagi yang tercari-cari tempat makan menarik di Pantai Cenang ni, boleh dah datang ke sini berpanduakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 6°17'28.9"N 99°43'37.9"E atau 6.291361, 99.727181

Menikmati permandangan Bandaraya Pulau Pinang (city route) dan kedamaian pantai (beach route) dengan PENANG HOP-ON HOP-OFF TOUR BUS

Salah satu tarikan percutian di Pulau Pinang adalah PENANG HOP-ON HOP-OFF TOUR BUS. Bas dua tingkat (double decker) yang bahagian tingkat atas dibahagikan kepada tempat berbumbung dan tanpa bumbung. Kalau cuaca tak panas, tak hujan, aku cadangkan duduk la kat bahagian yang tak berbumbung tu, baru la rare sikit. Kalau tak rasa cam naik bas biasa je la.
Penang hop-on hop-off tour bus

Tingkat atas bas berbumbung

Tingkat atas bas tanpa bumbung
Korang boleh pilih sama ada nak naik bas City route ataupun Beach route. City route ni bas akan pusing kawasan bandar. Boleh tengok-tengok bangunan bersejarah, tempat-tempat famous, komtar dan lain-lain. Untuk city route ni, ada 13 tempat perhentian (stop01 - stop13). Stop01 ni dekat Gurney Drive. Kat sini adalah titik mula bas dan boleh pilih laluan City route or Beach route di sini. Hanya di stop01 je boleh pilih ye korang. Kalau korang sebagai contoh nak ke Beach route, tapi sekarang korang berada di laluan City route, maka korang kena naik dulu bas City route hingga ke stop01. Kat stop01 baru tukar ke Beach route. Macam kes aku, aku nak naik Beach route, tapi aku berada di stop07 (Chowrasta) City route. So, aku naik di situ hingga ke stop01.
Secara ringkasnya untuk laluan City route, stop01(Gurney Drive) => stop02(Botanical Garden) => stop03(Penang Hill) => stop04(Kekloksi) => stop05(Times Square) => stop06(Komtar) => stop07(Chowrasta) => stop08(Unesco Heritage) => stop09(Clan Jetties) => stop10(Cruise) => stop11(St. George) => stop12(Blue Mansion) => stop13(Kelawei).
Stop07 Chowrasta - City route
Bagi yang inginkan permandangan yang mendamaikan, boleh naik Beach route. Laluan ni adalah laluan disepanjang pantai hinggs ke Taman Rimba. Beach route ni ada lebih kurang 9 tempat perhentian. Berbeza dengan City route, Beach route mengunakan jalan yang sama pergi dan balik. Maksudnya kita akan lihat pantai yang sama dengan pantai yang kita lihat masa kita menuju ke stop22( check point akhir).
Secara ringkas, laluan Beach route, stop01(Gurney Drive) => stop14(Straits Guay) => stop15(Flamingo) => stop16(Miami Beach) => stop17(Holiday Inn) => stop18(Hard Rock) => stop19(Tropical Spice) => stop20(National Park) => stop21(Entopia) => stop22(Taman Rimba). Kemudian berpatah balik hingga ke stop01.
map laluan city route (merah) dan beach route (hijau)
Dari segi tiket pula, aku bagi harga pemegang mykad la ye. Ada tiga jenis tiket yang ada sama ada kita nak yang 24 jam, 48jam atau pun single trip. Harga untuk ketiga-tiga jenis tiket ni adalah seperti di bawah:

kategori 24 jam
dewasa - RM19
kanak-kanak - RM12

kategori 48 jam
dewasa - RM32
kanak-kanak - RM20

kategori single trip
dewasa - RM10
kanak-kanak - RM5

***kanak-kanak bawah 5 tahun- FREE

Bagi kategori 24jam dan 48jam, bermaksud kita boleh hop on, hop off bas sebanyak mana yang korang suka dengan syarat mesti la dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut pilihan tiket. Maknanya boleh turun disetiap hentian dan naik semula mengunakan tiket yang sama. Untuk kategori single trip pula, apabila korang dah turun, untuk naik semula korang akan dikenakan tiket semula.
Tiket ni nak beli kat mana? paling mudah, korang naik je dulu bas. Akan ada sorang staf akan entertain korang (bukan pemandu bas) berkenaan pembelian tiket ni. Akhir sekali aku sediakan sedikit video tour hop-on hop-off bus ni.

Makan nasi kandar pelita di Jalan Padang Lalang, Bukit Mertajam (BM)

Peminat-peminat nasi kandar, mai nak habaq kat hampa semua, ni diaaaaaa nasi kandar pelita Bukit Mertajam...sempoi taktau nak habaq lagu mana....Restoran nasi kandar pelita ni banyak cawangan, merata dok ada satu penang ni...depa ni sdn bhd...tapi makanan depa sempoi walaupun depa banyak cawangan....aku dok mai sini 2-3 dah, tapi tak berkesempatan nak post dalam blog ni...ni masa terluang dok ada, aku tulih pi la kat hampa kot-kot hampa nak baca....jangan dok meluat sudah la aku tulih loghat penang....
ni diaaa nasi kandar pelita Bukit Mertajam

Ni dia alamat nasi kandar pelita Bukit Mertajam
Mau kata dok saja-saja kat rumah tu, tup-tup terlintas kat hati hampa nak pekena nasi kandar, boleh la mai sini..yang dok area ni saja...mau kata hampa dah ada kat area tanjung/pulau, hampa better pi cari nasi kandar kat sana la...nak mau ada lagi sempoi nak habaq nasi kandaq...
Ni aku share kat hampa nasi kandaq yang aku pekena kat pelita BM ni.......
nasi kandar ikan kari + sayur kobis + kuah campur

Nasi kandar ayam masak hitam + sayur kentang + kuah campur

nasi kandar ayam goreng + kuah kari je

mai-mai pilih lauk nasi kandar
Ok la...bagi orang luaq yang tak besa dengan jalan Penang, mai aku tempek kat hampa gps koordinat dan google map...harap-harap hampa senang la nak cari Pelita BM ni....

5°21'54.6"N 100°26'30.9"E

Galeri Wonderfood - muzium makanan Pulau Pinang

Orang Malaysia memang suka makan! Malah secara purata orang Malaysia boleh makan sehingga enam sajian sehari. Sesuatu hari tipikal bermula dengan sarapan pagi kemudiannya snek ringan sebelum makan tengahari dan diikuti makan tengahari sebenar. Semangkuk mi juga mungkin dimakan diantara 4 petang hingga 5 petang diikuti dengan makan malam sebagai sajian utama untuk sesuatu hari dan selepas itu makan lewat malam pada kira-kira pukul 10 malam. Para penjaja memang berniaga mengikut jadual itu di mana ada yang berniaga di sebelah pagi dan yang lain hingga malam. Walau bagaimanapun, dikebanyakan bandaraya besar, memang mudah mencari makanan penjaja pada bila-bila masa. 

Pola Makanan rakyat Malaysia ini, boleh kita lihat di muzium makanan (wonderfood) yang terletak di Pulau Pinang. Di muzium ini, disajikan perlbagai makanan popular yang dipamerkan dalam bentuk reptika yang sangat besar. Berikut adalah antara bahan-bahan pameran yang ada di sini. Nak tengok semua kena datang la yer......jom jom jom...

Pintu depan wonderfood penang

Lokasi wonderfood penang - deretan kedai

kena beli tiket dulu
Nasi kandar adalah sajian india-muslim berasal dari Pulau Pinang yang merangkumi nasi dan pilihan aneka kari dan hidangan sampingan india yang lazat. Di zaman Malaya sebelum merdeka, penjaja seorang diri berjalan merentasi jalanan berdebu mengandar bakul-bakul yang berat yang mengandungi makanan masakan rumah dan nasi. Sajian daging yang dijaja termasuklah ikan goreng, daging hiris, ayam goreng, hati berkuah, telur ikan, udang goreng atau sotong goreng. Sajian sayur-sayuran pula biasanya teriri daripada terung, terung ungu, bendi atau peria. Satu kombinasi sos kari yang harum dituang pada nasi untuk menghasilkan perisa lazat pada nasi. Di masa kini nasi kandar boleh ditemui di restoran-restoran terbuka yang besar.

KFC / PIZZA HUT Bertam Kepala Batas KINI DIBUKA!!

Kedudukan yang strategik, keluar tol Bertam, terus boleh nampak KFC ni yang bertentangan dengan TESCO Bertam. Banguan KFC ni berkembar dengan PIZZA HUT...so orang Bertam boleh la datang menikmati PIZZA HUT ni...kat pekan Kepala Batas lama ada gak KFC dan PIZZA ni, cuma sekarang di Bertam ia lebih besar.
KFC dan PIZZA HUT Bertam Kepala Batas

Kaunter order KFC
Makan mana-mana KFC or Pizza hut ni standard lama mana-mana cawangan pun..cuma aku pos kat sini sebab nak habaq kat korang dua fast food ni dah dibuka untuk orang ramai.
Zinger burger

dinner plate + cheese wedges
5°31'01.6"N 100°26'39.2"E

Nasi Kandar Al Nur Seberang Jaya

Ok la...boleh la...alternatif kalau nak makan nasi kandar kat Seberang Jaya, Pulau Pinang ni...Kalau kat Pulau Piang ni, kira everywhere ada je restoran nasi kandar, tapi the most famous nasi kandar biasanya located kat sebelah Pulau...jarang ada di sebelah tanah besar ni...Kalau malas nak pegi ke Pulau tu, agak-agak nak lepas gian makan nasi kandar, boleh la cuba kat Al Nur ni....
Restoran Nasi Kandar Al Nur, Bandar Sunway Seberang Jaya
Boleh gak nak order makan yang goreng-goreng kat sini, roti-roti (canai. telur, tisu, sardin etc). Lauk pauk, kuah-kuah kari pun kira ok la gak...pendek kata, kalau makan tu, dah boleh rasa kekandaran nasi kandar..hihihihihi..
Pelbagai aneka lauk pauk

sayur dan kari-kari seperiuk
Gambar kat bawah ni adalah gambar nasi kandar yang aku pilih...citarasa aku la....jangan tiru aku..kihkihkihkih....