RESEPI SAMBAL GORENG JAWA

SAMBAL GORENG JAWA
SAMBAL GORENG JAWA

Bahan Hiris/ Potong:
  • soo hoon sebungkus kecil - digunting dan direndam
  • 5 keping tempe - dihiris kecil dan nipis
  • 5 biji kentang sederhana besar - hiris tebal dan kecilikan 
  • bilis - di goreng
  • 3 keping tauhu basah - potong kotak kecil
  • 2 biji bawang besar - hiris
  • 3 keping tauhu kering - digunting bentuk kotak dan direndam
Bahan Kisar:
  • 10 biji bawang merah
  • 15 tangkai cili kering/padi
  • 5 biji bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci serai
  • 1/2 cawan ikan bilis - direndam terlbih dahulu
Bahan Tambahan:
  • 1/4 cawan asam jawa
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • kicap lemak manis
  • gula dan garam secukupnya
Cara Buat Sambal Goreng Jawa:
  • kentang yang sudah di potong tadi di goreng kemudian toskan airnya. selepas tu goreng tauhu basah, tempe, dan ikan bilis
  • siapkan kuali dan panaskan minyak goreng semua bahan kisar. kemudian kacau sehingga harum dan naik bau. masukan juga bawang besar yang sudah dihiris.
  • masukan semua bahan yang sudah di potong dan di goreng tadi. tetapi sedikit demi sedikit ya. bila semua bahan dah masuk kacau rata sekali lagi. masukan juga soo hoon yang direndam tadi dan tauhu kering.
  • masukan asam jawa, kicap lemak manis, dan santan pekat. kemudian masukan juga gula, garam, dan perasakan. kemudian kacau terus sehingga kering.
  • bila sudah kering sambal goreng jawa siap dihidangkan

resepi ayam goreng cili kering

ayam goreng cili kering
ayam goreng cili kering

Bahan:
  • 7@8 ketul ayam-bersihkan dan potong kecik
  • 1/2 sudu kecik serbuk kunyit
  • Garam n perasa
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 2 sudu mkn cili sos
  • 10 tangkai cili kering-gunting pendek
  • 2 biji bwng besar-belah 2 & hiris
  • 4 ulas bwng putih-hiris
  • 5@6 tangkai daun kari
Cara:
  • Gaul ayam dengan garam,perasa,serbuk kunyit,sos tiram dan cili sos dan kemudian goreng ayam tersebut..
  • Bila siap semua ayam di goreng...tinggalkn sedikit minyak dalam kuali yang sama..tumis semua bhn hiris..cili kering dan daun kari hingga naik bau..
  • Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.. 
Kredit resepi: mazliza ahmad via mahn  

RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan patin disiang , cuci dgn tepung dan asam jawa (gunakan limau untuk hilangkan bau hanyir dengan lebih pantas)
  • 20 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
  • kunyit hidup 2 inci
  • tempoyak ikut kepekatan
  • daun kesum
  • 2 batang bunga kantan
Cara Membuat:
  • Tumbuk cili api dan kunyit.
  • Bila hancur masukkan tempoyak dalam lesung biar sebati dgn cili lalu dilumur pada ikan dan diperap sebentar biar sebati.
  • Masukkan ikan di dalam periuk kemudian masukkan air dan letakkan atas diatas api.
  • Masak hingga mendidih .
  • Masukkan garam , bunga kantan dan daun kesum. Masak sehingga mendidih.
  • Sedia untuk dihidang.
P/s : Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak memang sedap jika dimakan bersama nasi panas.

Untuk sesiapa yang sukakan tempoyak boleh ditambah tempoyak sebelum dihidang.Lebih enak jika dihidang bersama teo ais .