Warung tepi sungai (River Side Cafe), Seberang Jaya

Warung tepi sungai (River Side Cafe), Seberang Jaya

Operation hour - Warung tepi sungai (River Side Cafe), Seberang Jaya
Port makan tengahari sempoi di Seberang Jaya, korang boleh try di Warung Tepi Sungai (River Side Cafe). Bukan sekadar nama, tapi memang betul-betul bersebelahan dengan sungai Seberang Jaya. Sungai tu mengalir ke laut terus. Kaki pancing boleh la nak lepak kat sini. Bertentangan dengan warung ni juga, ada beberapa kilang, kira kawasan kilang la. Jadi, bila waktu rehat kilang, akan ada ramai la pekerja-pekerja kilang datang menjamu selera di sini.
bersebelahan dengan sungai Seberang Jaya
Kawasan parking untuk pelanggan agak luas dan selesa. Tak perlu untuk nak berebut parking. Makanan pun banyak pilihan.
pelbagai lauk makanan tengahari

ikan goreng, ayam goreng panas-panas

nasi campur aku punya
Korang boleh la nak try makan di sini. Tapi aku cadangkan datang awal sikit sebelum waktu rehat kilang. Kalau korang datang serentak dengan waktu rehat kilang, nanti kat warung tu agak ramai la sikit. Tapi kalau korang tak kisah takpe. 
Aku sertakan gps koordinat dan google map untuk panduan korang ke sini.
gps koordinat : 5°24'06.8"N 100°23'30.2"E atau 5.401877, 100.391714

No comments:

Post a Comment