Restoran nasi kandar Mohamed Raffee Pulau Tikus

Restoran Mohamed Raffee (nasi kandar)

beratur panjang tunggu giliran nak ambil nasi kandar
 Kali ini aku nak kongsikan mengenai Restoren Nasi Kandar Mohamed Raffee yang terletak di Pulau Tikus, Pulau Pinang. Ianya boleh dikategorikan antara nasi kandar yang paling sedap di Pulau Pinang. Mohamed Raffee ni nasi kandar turun temurun yang dah bertapak lama dah di Pulau Pinang. Lokasi asal Mohamed Raffee ni terletak di Batu Gantong.
Restoran ni beroperasi 24 jam. So, bila-bila masa jer korang boleh datang makan. Kalau datang malam sejuk sikit la berbanding tengahari...orang penang cakap panas lit-lit, mau terbakaq kulit ooooo.
Restoran Mohamed Raffee ni pun macam restoran nasi kandar yangfamous yang lain-lain jugak, kalau nak makan tu, korang kena hadap la beratur panjang untuk pilih nasi kandar. Ikut nasib korang la...masa aku datang ni, time aku masih tak panjang lagi. Jadi takde la mama sangat aku nak beratur. Lepas aku dah settle, tudiaaaa macam keretapi oooooo punya panjang...maybe aku datang waktu peak hour orang nak makan malam kot....
Apa yang special sini? aku rasa maybe ayam goreng diorang kot di samping kari yang terlajak sedap, tapi agak pedas sikit laa. Lagi satu yang jarang restoran nasi kandar style macam ni offer adalah roti canai. Biasanya diorang akan fokus dengan nasi kandar jer. Nasi kandar pun tak menang tangan nak layan customer. Tapi di Mohamed Raffee ni diorang provide roti canai... So selain nasi kandar, korang boleh pekena juga roti canai.
lauk-lauk nasi kandar

satu periuk besar kari

Add captionayam goreng style potong besar-besar
Banyak kan lauk nasi kandar diorang...Yang bersepah-sepah tu, korang abaikan la ek... mana-mana restoran nasi kandar pun sama jer. Dah memang style macam tu..hahahahaha.. Dah settle ambil nasi kandar, dah pilih lauk dah semua bagai, korang boleh la nak pilih duduk luar or dalam... Aku pilih lepak makan kat luar jer..sejuk sikit la sebab aku datang malam.
nasi kandar kuah campur, ayam goreng, bendi rebus

nasi kandar kuah campur, ayam goreng, bendi rebus
Kepada yang nak datang ke sini, Korang boleh cari Restoran Mohamed Raffe ni di Pulau Tikus. Pulau Tikus ni salah satu area di Pulau Pinang. Bukan bermaksud korang kena naik bot untuk sampai ke Pulau Tikus. Dan satu lagi, jangan rasa tempat tu banyak tikus pulak...hahahaha... Bagi orang yang biasa dengan jalan di penang ni ok la kot aku rasa... Parking agak terhad sikit la. Aku sertakan sekali gps koordinat dan google map untuk rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°25'49.0"N 100°18'45.9"E atau 5.430264, 100.312738

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...