Makan tengahari di restoran Silatulrahim, Lumut Perak

Signboard restoran Silatulrahim, Lumut

view restoran silatulrahim dari seberang jalan




Nak makan tengahari yang sedap dengan pilihan lauk pauk yang banyak di area Lumut, Perak, korang boleh try singgah di restoran Silatulrahim. Restoran Silatulrahim buka dari pukul 10 pagi hingga pukul 4.30 petang. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Jumaat cuti.
buka dari 10 pagi hingga 4.30 petang, Jumaat cuti
Waktu tengahari sentiasa penuh dengan orang ramai yang datang untuk makan tengahari di sini. Apa yang menarik di Silatulrahim ni adalah banyaknya lauk yang korang boleh makan. Ikan goreng pun banyak dengan pelbagai jenis ikan. Kari kepala ikan yang dah disediakan dalam pinggan-pinggan. Ikan pekasan juga yang dan disediakan dalam pinggan-pinggan yang memudahkan untuk orang ramai ambil. Selain itu, sebagai menepati selera kampung, tidak ketinggalan juga ulam-ulaman yang membangkitkan lagi selera para pengunjung.
Kalau nak air pulak, air yang standard yang biasanya yang selalu orang order, dah dibuat siap-siap...korang tinggal masukkan sendiri ais ke dalam gelas yang korang dah ambil tu. Tapi kalau air yang korang nak minum tu takda yang dah dibuat siap-siap, maksudnya minuman tu jarang orang order. Yang tu korang kena order asing.
orang ramai tengah makan di restoran Silatulrahim

Kari kepala ikan

ikan pekasan

ikan goreng

pelbagai jenis lau pauk, juadah tengahari

ulam-ulaman
Banyakkan lauk? Sampai pening nak makan yang mana satu tu pun taktau. So, last-last aku main ambil je....hahahahahahaha..Sambal kuinin sedap..ikan bakar pun ada gak..
minuman layan diri

sambal kuinin

ikan keli bakar
Kepada yang nak ke restoran ni untuk makan tengahari, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map.  Silatulrahim ni betul-betul di simpang yang bertentangan dengan kuarters TLDM.
gps koordinat : 4°12'34.9"N 100°36'49.2"E atau 4.209688, 100.613678

No comments:

Post a Comment