Makan nasi kandar Pelita, Juru, Pulau Pinang


Nasi Kandar Pelita, Juru
 Nasi Kandar Pelita ni  ada banyak cawangan. Kalau dekat Pulau pinang, bersepah nsi kandar Pelita ni. Ada diantaranya ada yang aku dah pernah pergi. Boleh rujuk posting aku yang lepas-lepas.  Pelita yang aku pernah datang adalah Pelita Sungai Dua, Gelugor, Pelita Cai Leng Park, Pelita Jalan Padang Lalang Bukit Mertajam ...... So untuk kali ni, Pelita dekat Juru pulak.  Dekat Pelita Juru ni, kawasan makan agak luas jugak. Tapi masalah lain plak timbul...susah nak cari parking. 
ruang makan bahagian dalam Pelita Juru
Jadi, bila dah terjebak smpai ke nasi kandar ni, apa lagi jom kita tengok lauk apa yang ada di sini. Biasa aku kalau datang kedai mamak, ambil ayam jer....ambil lain, macam sotong ke, ketam ke...siap duit lebih la nak bayar. Kalau taknak makan nasi kandar pun, ada gak menu lain...pilihan di tangan sendiri.
ayam masak hitam, udang dan ketam goreng

udang goreng dan ketam goreng

lauk-lauk

lauk-lauk
Jadinya lepas dah ushar lauk apa yang ada, akhirnya lauk yang sama jugak aku pilih setiap kali masuk restoran nasi kandar. Bendi rebus wajib ada.
nasi kandar aku
So, kepada yang nak datang ke Pelita Nasi Kandar di Auto City, Juru ni, Senang je nak cari sebab Pelita ni dekat je dengan Restoran Mac Donalds. Selain tu aku sertakan juga kat korang Gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan.
gps koordiant : 5°20'16.4"N 100°25'53.3"E atau 5.337879, 100.431471

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...