Showing posts with label taman tema air. Show all posts
Showing posts with label taman tema air. Show all posts

Main Air di Desaru Coast Adventure Waterpark, Bandar Penawar, Johor

 Desaru Coast Adventure Waterpark yang terletak di  Desaru Coast, Bandar Penawar, Johor merupakan salah satu taman tema air yang ada di Malaysia yang perlu korang datang. Setakat ni Desaru Coast Waterpark ni takde la terkenal macam Sunway Logoon atau Legoland, namun Desaru Coast Adventure Waterpark ni juga ada tarikan yang semestinya korang akan suka jika berkunjung ke sini.

Pintu masuk utama Desaru Coast Adventure Waterpark
Pintu masuk utama Desaru Coast Adventure Waterpark

simpang jalan masuk ke Desaru Coast Adventure Waterpark
simpang jalan masuk ke Desaru Coast Adventure Waterpark
Masa aku datang ni pihak Desaru Coast Waterpark ada buat promosi tiket murah dan ada pulak buy 1 free 1. Jadi masa ni memang berbaloi-baloi la. Kalau korang berhajat nak datang ke sini, segala pelampong, lifejacket keselamatan atau seumpama dengannya, harap korang simpan je niat nak bawak. Sebenarnya semua tu tak dibenarkan untuk dibawa masuk. Kalau terlepas masuk pun, korang tak akan dibenarkan juga guna dalam kolam. Lifeguard bersepah dalam tu untuk pantau. Tapi jangan takut, sebenarnya pelampong, lifejacket semuanya dah disediakan.

Nak simpan barang-barang ada loker disediakan. Ada dua saiz, satu yang kecil dan satu yang besar. Sistem nak buka kunci pun canggih gak la.. lepas kita bayar kat kios, korang kena create passwoord sendiri untuk buka nanti. Kena INGAT password tu.. Kalau tak, tak boleh ambil barang korang balik. Biasanya password tu diorang akan set tarikh lahir korang dan warna kegemaran korang. Jadi possibility korang terlupa menghampiri 0%.

naik kapal swing ni pun boleh muntah ijau...hihi
naik kapal swing ni pun boleh muntah ijau...hihi

map Desaru Coast Adventure Waterpark
map Desaru Coast Adventure Waterpark
Dah masuk ke dalam Desaru Coast Waterpark ni, pertama sekali korang kena cari map macam kat atas tu. Sebabnya korang boleh plan apa korang nak main supaya habis satu waterpark korang main semua game dalam tu, baru la berbaloi-baloi....
cafe sebelah kolam kanak-kanak
cafe sebelah kolam kanak-kanak

pepperoni pizza
pepperoni pizza
Mula-mula sekali sebelum masuk kolam, aku breakfast dulu di cafe sebelah dengan kolam kanak-kanak. Di Cafe ni takde nasi, juga macam western food jer. Jadi aku beli je pizza pepperoni, cukup untuk satu family aku. Kalau nak makan menu untuk makan tengahari, nanti boleh pergi ke cafe yang satu lagi iaitu Kelong Eatery.
Kelong Eatery Cafe
Kelong Eatery Cafe

senarai menu makanan di Kelong Eatery Cafe
senarai menu makanan di Kelong Eatery Cafe

agak luas jugak Kelong Eatery Cafe
agak luas jugak Kelong Eatery Cafe

chicken grill
chicken grill
Tempat yang sempoi untuk satu family nak join, korang boleh cuba dulu di LI'L WARRIORS' HIDEOUT. Ada slide yang simple-simple untuk seisi keluarga. Budak-budak pun seronok main ni.
LI'L WARRIORS' HIDEOUT
LI'L WARRIORS' HIDEOUT
kalau korang nak feeling-feeling macam duduk tepi pantai,korang boleh berendam atau main pelampung dalam kolam air Tidal Wave (ombak buatan) sebesar 3 ekar yang dikatakan antara terbesar kat Malaysia sekarang.
Tidal Wave beach
Tidal Wave beach

Tidal Wave beach
Tidal Wave beach
kalau nak merasai feeling jantung tertinggal kat belakang, berani la mencuba rollercoaster. Rollercoaster juga merupakan salah satu tarikan di Desaru Coast Adventure Waterpark ni. Ada had ketinggian yang wajib untuk naik rollercoaster ni.
last point, rollercoaster terjun dalam air
last point, rollercoaster terjun dalam air

rollercoaster
rollercoaster
Untuk slide yang lagi mencabar, korang boleh cuba wild whirl, super twister, the tempest dan riptide. Semuanya best giler. Tapi kalau orang ramai, yang tak best nak beratur panjang je la.
the tempest dan riptide slide
the tempest dan riptide slide
Penawar River pun best jugak, santai-santai pusing Penawar River dengan Family. Korang boleh pilih la nak pakai pelampung atau lifejacket. Feeling seolah-olah kita duduk dalam sungai yang airnya jernih.
Penawar River
Penawar River

Penawar River
Penawar River
Kalau bawa anak yang takut air, jangan risau, ada korang yang cetek paras buku lali jer untuk diorang nak main air di kolam scallywags.
kolam scallywags
kolam scallywags
Best oooo main air..Jadi kepada yang nak datang ke sini (Desaru Coast Adventure Waterpark), Aku sertakan di sini lokasi  taman tema air ni. Korang boleh guna je GPS koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat : 1°32'17.0"N 104°15'46.3"E atau 1.538051, 104.262861

Bawa anak-anak main air di taman tema Fantasia Aquapark Jitra, Kedah

Pintu Masuk Utama ke Fantasia Aquapark

View secara keseluruhan Fantasia Aquapark (gambar ihsan google)
Kepada yang duduk belah-belah utara, korang pasti happy sebab kat Jitra dah ada taman tema air Fantasia Aquapark. Walaupun takde la besar mana pun kalau nak compare dengan taman tema yang femes-femes kat Malaysia ni, namun bagi aku oklah kalau nak bawa anak-anak main air. Budak-budak mesti suka la kan bab-bab nak main air ni. Kalau nak ajak balik memang cabaran dengan budak-budak yang dah seronok main air.
Pihak Fantasia Aquapark tak benarkan pengunjung bawa bekalan makanan masuk dalam taman tema air tu. KAt dalam tu dah disediakan restoran untuk pengunjung. Tapi biasalah tempat macam ni, dah tentu la makanan tu mahal-mahal. Tapi sebab dah takde pilihan, orang bedal je... mahal pun mahal lah....
kaunter beli tiket
kolam besar untuk dewasa
Camtu la lebih kurang pasal Fantasia Aquapark ni. Aku tak dapat nak ambil gambar banyak-banyak sebab malas nak pegang handphone dalam air. Takut la kalau-kalau handphone aku pun nak join mandi sekali...naya aku..hahahahha..
Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang.
gps koordiant : 6°15'15.7"N 100°26'18.7"E atau 6.254364, 100.438520