1

2

3

4

Showing posts with label pasembur. Show all posts
Showing posts with label pasembur. Show all posts

RESEPI KUAH PASEMBOR

pasembor
pasembor

BAHAN:
  • 1/2  kilo ubikeledek
  • 125 gm udang kertas halus
  • 125 gm kacang tanah
  • 10-15 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 bawang besar @ 15-20 biji bawang merah
  • 4 cawan air
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 ketul gula melaka
  • 2 sudu besar asam jawa + 1/2 cawan air..ambil jus
  • 5-8 keping biskut merry
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna merah oren (jika guna ubi warna putih)
CARA CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Ubi keledek dibuang kulit,direbus sehingga lembut dan dilenyek ketika ia masih panas panas lagi. Boleh juga dikisar dengan air ubi.
  2. Jika menggunakan udang boleh dibuang kulitnya atau pun dibiarkan begitu saja. Hanya basuh bersih bersih,panaskan minyak dan goreng ia sehingga 1/4 masak.
  3. Kacang Tanah digoreng dengan sedikit minyak. Asing sedikit kacang anggaran 1/4 bahagian.
  4. Goreng cili kering hingga rangup.
  5. Bawang putih dan bawang merah digoreng layu
  6. Satukan udang, 3/4 kacang tanah,cili kering,bawang dan kisar halus. Baki 1/4 kacang kita masukkan masa terakhir kisaran dan kisar sekali saja..supaya ia tidak kasar.
  7. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi bersama keledek ke dalam periuk.Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  8. Apabila kuah dah mendidih kecilkan api, masukkan air asam jawa dan gula.
  9. Rendam biskut merry,lenyekkan ia dan masukkan dalam kuah yang sedang renih.
  10. Masukkan beberapa titis pewarna jika warna kuah kurang 'oren'dan perasakan dengan garam.
  11. Kuah sedia dalam 35-45 minit. Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah.
Kredit resepi: Allahyarham Mamak Haji

Cara (resepi) Membuat Rojak / Pasembur

Rojak / Pasembur
Rojak / Pasembur

Bahan Cucur (Keras):
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 camt serbuk penaik
  • 3/4 camt garam
  • 1/2 camt gula
  • 155-165 ml air
  • 1 labu bawang besar, dicincang halus
  • 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
  • minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Cucur (Lembut):
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 camt serbuk penaik
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 1 camt gula
  • 1/4 camt garam
  • 125 ml air
  • 1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
  • 450 gm keledek - direbus empuk
  • 2.5 liter air
  • 2 camt serbuk cili
  • 3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
  • 1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
  • 2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
  • Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
  • kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
  • serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
  • masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
  • selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
  • kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
  • masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
  • kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
  • last sekali bolehlah dimasukkan bijan

Menikmati kelazatan cendol di Ansari Famous Cendol Taiping Perak

Satu lagi cendol sempoi di Taiping selain Cendol Bismillah. Ansari Famous Cendol yang terletak berdekatan je dengan Cendol Bismillah. Ada macam-macam jenis cendol, cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung....Biasanya akan ada ramai orang yang datang sini. Meja sentiasa penuh, ikut nasib la kalau ada meja kosong.
Pandangan depan kedai Ansari Famous Cendol Taiping Perak

Beratur nak order cendol
Cendol ni nak makan kat kedai or nak bungkus pun boleh...Tapi harga untuk bungkus lebih sikit la sebab bungkus cendolnya banyak sikit. So disebabkan aku duduk jauh, tak boleh nak bungkus la takut sampai rumah terus cair. Aku order makan kat situ dua mangkuk cendol kacang yang sempoi mengpoi....
Cendol kacang

close up cendol (maaf gambar blur sikit)
Selain cendol, diorang juga jual pasembor. Tapi petang masa aku sampai tu, nasib aku tak baik pasembor dah habis...tak sempat nak merasa makan pasembor...masa tu baru pukul 4 petang dah habis sold out.....
Menu Ansari Famous Cendol Taiping Perak

Bagi sesiapa yang mencari Ansari Famous Cendol ni, boleh la guna gps koordinat or google map macam kat bawah ni...harap-harap dapat membantu korang memcari Ansari Famous Cendol ni.....

4°51'10.8"N 100°44'19.8"E

Pasembur Padang Kota, Pulau Pinang

Kalau datang ke Penang ni, selain nasi kandar, mesti orang akan cari pasembur. Tempat pasembur yang orang akan cari, mesti pasembur Padang Kota..Kiranya tempat ni memang famuos la.....sambil makan, sambil menikmati permandangan laut..Ada gak Kota peninggalan penjajah dekat-dekat sini...korang boleh la pi tengok nanti pas makan pasembur..hihihi..
kawasan food court Padang Kota

Pasembur - pilihan mana korang nak makan
Kawasan food court tu mengadap ke laut, aku terlupa nak belanja korang gambar yang mengadap laut...Kalau korang masuk je area food court ni, korang akan di serbu dengan ramai orang...ok jap, korang jangan rasa macam korang artis or diva apa ke...diorang bukan nak minta sain or nak bergambar dengan korang.....diorang ni semua serbu sebab nak ambil order hahahaha..kalau yang tak biasa datang, maybe korang akan berlagak diva or akan lari lintang pukang...kuikuikuikui.....

Mee Rebus Lekir, Perak

Mee Rebus Lekir memang terbaik. Sangat sedap.Menu utama kat sini mee rebus tapi makanan yang lain pun banyak jugak, .macam kedai makan lain...Tempat ni kat Lekir, Sitiawan, Perak. Kalau korang kebetulan lalu di sini, jangan lupa singgah untuk mencuba mee rebus ni..kuahnya tak cair sangat, tak pekat sangat...jangan lupa jugak cuba rojak penang aka pasembur..kalau kat sini panggil rojak peang..tapi kalau kat penang, rojak penang ni pasembur lah...kalau kat sebelah selatan ataupun selain belah utara, kebanyakan tak tahu pasembur tu menatang apa?..aku penah try order pasembur kat negeri-negeri sebelah selatan, diorang macam blur...hahahaha....
Signboard Mee Rebus Lekir

Ruangan dalam dengan deko yang unik

Bismillah Cendol Taiping, Perak

Bismillah cendol ni memang antara tempat yang orang akan cari-cari bila dah sampai kat Taiping ni..Kiranya nak cakap tempat ni famous la..jual cendol je pun, ada cendol biasa, cendol pulut, cendol kacang, cendol pulut kacang. Pasembor je menu yang lain sikit..tapi masa aku sampai pasembor ni dah habis, tinggal cendol je...tu pun dan habis gak. Diorang tengah masak lain...sambil tunggu cendol tengah masak, beratur beb orang tunggu...punya la setia walaupun kena tunggu lama sikit nak masak cendol.
Bismillah Cendol Taiping since 1993

Alamat Bismillah Cendol 

Esplanade park Penang - food court

Kalau nak makan mee sotong, pasembur, coconut shake terbaik, boleh la datang kat Esplanade park ni..Tempat ni dekat dengan Padang Kota Lama..mesti mau cuba kalau dah sampai sini. Balik boleh buat modal cerita kat kawan-kawan..kihkihkih..
The Esplanade park -Penang
Banyak gerai-gerai makanan dalam tu..korang boleh tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum buat keputasan nak pi yang mana dulu..tapi aku suggest pi cari mee sotong dulu. Kalau nasib tak baik, beratur panjang beb..
Gerai Mee Sotong
Mee Sotong in action
Nak minum terbaik, boleh try coconut shake....shake shake uoll..pergh! mai mai mai cuba try...
                                                                      coconut shake

Mee Pokok Cherry Kepala Batas

Kalau korang ada dekat-dekat area Kepala Batas, boleh la datang restoran Mee Pokok Cherry ni. Menu sempoi yang sedap kat sini, korang boleh try mee rebus, mee goreng dan pasembur. Menu lain pun ada gak, tapi kena la try yang special menu punya.
Pandangan depan Restoran Mee Pokok Cherry
Department buat air Restoran Mee Pokok Cherry
Pandangan dalam Restoran Mee Pokok Cherry
Justeru itu, tanpa membuang banyak masa, dengan pantas aku order menu special kat sini. Restoran ni restoran mamak, cuma kat sini menu lebih kepada yang goreng-goreng dan menu breakfast. Nak cari nasi kandar, kena pegi restoran mamak yang lain.