1

2

3

4

Showing posts with label Taiping. Show all posts
Showing posts with label Taiping. Show all posts

Nando's AEON Mall Taiping, Taiping Perak

 

Nando's AEON Mall Taiping
Nando's AEON Mall Taiping
Peminat Nando's boleh cari restoran nando's di AEON Mall Taiping. Standard la kan restoran ni..aku tak payah la nak beria  sangat nak explain kat korang...sapa tak kenal nando's ni kan.... kategori famos jugak la...
salad ranggup
salad ranggup

ayam, wedges dan garlic bread
ayam, wedges dan garlic bread
Meh ler datang sini...sos nando's ni agak masam sikit. Tapi ada je peminat yang suka masam-masam ni.

GPS koordinat: 4°52'23.4"N 100°43'48.8"E atau 4.873169984314082, 100.73020224076781

https://maps.app.goo.gl/VgDECfa9KL543UGg6

Setelah sekian lama, aku kembali try makan Yong Tau Foo belakang bomba di Taiping, Perak

yong tau foo
yong tau foo
Yong tau foo belakang bomba di Taiping ni memang padu...kiranya kalau korang nak makan yong tau foo yang sedap, boleh cari di Taiping, Perak....Di Taiping ni memang famous la yong tau foo belakang bomba ni...Sebenarnya adalah dah pernah review yong tau foo belakang bomba ni...boleh check posting aku berkenaan dengan yong tau foo ni yang aku tulis pada tahun 2018....kini aku kembali lagi untuk makan lagi yong tau foo😀😀😀
korang boleh pilih mana yang berkenan di hati
korang boleh pilih mana yang berkenan di hati

Seri Kenangan Yong Tau Foo
Seri Kenangan Yong Tau Foo
Ada 3-4 gerai yang jual yong tau foo ni...aku pilih nak try makan di Seri Kenangan yong tau foo pulak. Masa aku datang dulu, aku try gerai yang lain...di sini pun sedap...di tambah pulak dengan kuahnya yang pekat likat melekat....fuh...boleh request nak kangkung kalau korang nak...sotong pun ada...tapi aku tak ambil sotong la...😎
tempat famous, mesti la ramai orang datang
tempat famous, mesti la ramai orang datang
Gerai-gerai yong tau foo di sini sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin memcuba makan yong tau foo yang padu nih...tempat famous la katakan....Yong tau foo ni jugak menjadi salah satu daya penarik di Taiping ni...Sangat rekomen untuk korang mencuba...padu!

GPS koordinat yong tau foo belakang bomba: 4°51'00.7"N 100°44'36.0"E atau 4.850196, 100.743324

Sarapan pagi bihun sup di Medan Selera Wakaf Taiping, Perak

 

Medan Selera Wakaf Taiping
 Medan Selera Wakaf Taiping
Kalau korang nak sarapan pagi yang bersup-sup seperti bihun sup, koay teow sup, mee sup di area Taiping, korang boleh cari di Medan Selera Wakaf Taiping. Medan selera ni macam tersorok sikit. Medan Selera Wakaf Taiping ni terletak di Jalan Masjid, Bandar Taiping, Perak. Selain sup-sup, ada juga menu mee rebus. Diorang buka waktu sarapan jer...kalau lambat sikit korang datang, makanan pun tinggal saki baki jer.
layan teh ais
layan teh ais

mee rebus kuah likat pekat melekat
mee rebus kuah likat pekat melekat

bihun sup ayam
bihun sup ayam
Kalau korang nak datang, korang boleh rujuk google map dan gps koordinat yang aku sertakan di bawah ni.

GPS koordinat: 4°50'55.9"N 100°44'18.3"E atau 4.848850, 100.738406

Kafe Kopi Satu Satu Sembilan, Taman Tupai Mas, Taiping Perak

Kafe Kopi Satu Satu Sembilan
Kafe Kopi Satu Satu Sembilan

Kafe Kopi Satu Satu Sembilan
Kafe Kopi Satu Satu Sembilan
Peminat kopi boleh cari kafe Kopi Satu Satu Sembilan ni yang terletak di no 119, Jalan Sultan Idris, Taman Tupai Mas, 34000 Taiping, Perak. Aku rasa Satu Satu Sembilan tu alamat kafe ni kot😅.. Kafe ni dalam kawasan taman perumahan. Kafe ni pun sebenarnya bangunan rumah je. Taman perumahan ni betul-betul sebelah taman tasik taiping. Tapi kalau yang 1st time nak datang tu, kena pakai waze or google map la...
menu 1 kopi satu satu sembilan
menu 1 kopi satu satu sembilan

menu 2 kopi satu satu sembilan
menu 2 kopi satu satu sembilan
Kafe ni memang menu kopi je aku tengok. Korang kalau nak minum santai-santai, boleh la datang sini. Menu makanan tak banyak sangat. Dessert macam kek, cupcake adalah kalau korang nak makan.
kek dan cupcake
kek dan cupcake
Aku datang nak minum kopi jer. Aku try kopi karemal dan kopi hazelnut. 
nidiaaa kopi satu satu sembilan aku
nidiaaa kopi satu satu sembilan aku😁😋
Kepada korang yang nak try kopi satu satu sembilan ni ataupun kafe ni diorang panggil juga sebagai kafe adaruang, boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 4°50'37.7"N 100°45'07.6"E atau 4.843800, 100.752115

Makan Nasi Lemak Di Warong Muhibbah, Taiping Perak

Warong Muhibbah, Taman Tupai Mas, Taiping
Warong Muhibbah, Taman Tupai Mas, Taiping
Nak makan nasi lemak sedap? Korang boleh datang ke Warong Muhibbah yang terletak di Jalan Tupai berdekatan dengan Taman Tupai Mas, Taiping, Perak. Warong Muhibbah ni juga tak jauh dari Taman Tasik Taiping. Sebelum korang nak jalan-jalan taman tasik ke, nak masuk zoo taiping ke, boleh la singgah dulu sarapan pagi nasi lemak di Warong Muhibbah ni✌✌✌...
senarai menu Warong Muhibbah
senarai menu Warong Muhibbah

Warungnya sederhana tetapi menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang disajikan di situ memang enak memenuhi selera.Warung ini terkenal dalam kalangan penduduk Taiping dan sekitarnya, malah terkenal dalam kalangan mereka di luar Taiping, khususunya di sebelah utara.

Nasi lemak ni nasi lemak berlauk. jadi korang boleh pilih la jenis lauk yang korang suka, ada sambal bilis, sambal sotong, ayam goreng, udang, daging dan lain-lain. Menu sarapan aku di Warong Muhibbah ni aku pilih nasi lemak lauk daging, udang dan juga bilis beserta telur mata.

nasi lemak ikan bilis telur mata
nasi lemak ikan bilis telur mata

nasi lemak daging
nasi lemak daging

nasi lemak udang
nasi lemak udang 

Disebabkan keenakan nasi lemak di warung ini, tidak hairanlah walaupun hanya warung sederhana di tepi jalan, ia amat popular. Setiap hari ia dipenuhi oleh pelanggan baik dari Taiping atau luar Taiping untuk bersarapan pagi. Warung nasi lemak ini dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengahari. Sejak awal pagi sebaik perniagaan bermula ramai sudah berbaris untuk menjamu selera. Kebanyakannya makan di warung berkenaan tetapi ada juga yang beli bungkus untuk dibawa balik. Pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan ramai daripadanya adalah pelanggan tetap.

Jika korang berhajat untuk sarapan nasi lemak di warong muhibbah ni, korang boleh la cari di Taman Tupai Mas, Taiping. Aku serta juga di sini GPS koordiant dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 4.839216952494752, 100.7489293943075

Melawat Zoo Taiping, Perak

 Zoo Taiping ni dah banyak kali aku pergi dan dah pernah sekali aku tulis dalam blog aku ni. Boleh refer posting yang lepas tu kat SINI. Masa tu tahun 2018. Kali ni aku datang lagi. Tapi kali ni datang waktu pendemik covid-19. Bezanya kena jaga SOP la. Tapi seronok la jalan-jalan bawa anak-anak tengok binatang dalam zoo ni.

Banyak juga binatang dalam zoo Taiping ni. Kawasan pun luas gak. Aku cadangkan bila korang masuk je zoo Taiping ni, naik terus train tour.. Train ni akan bawa korang pusing satu zoo. Lepas tu baru la korang plan untuk jalan kaki tour zoo. At least kalau tak larat nak jalan, korang dah habis pusing dengan train. Naik train ni free je. Tak macam zoo lain, train kena bayar asing, tak termasuk dalam tiket.

Gambar kat bawah ni antara binatang yang aku sempat snap yang ada di Zoo Taiping ni...

zirafah
zirafah

badak sumbu
badak sumbu

buaya tembaga
buaya tembaga

singa
singa
Best Zoo Taiping ni. Boleh la bawa anak jalan-jalan. Lokasi Zoo Taiping ni adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 4°51'18.0"N 100°45'03.7"E atau 4.854995, 100.751031

Jom try Mee Udang Nur Zetty, di Changkat Jering, Taiping, Perak

 Landmark restoran Mee Udang Nur Zetty senang jer. Mee Udang Nur Zetty ni dekat dengan EXIT tol PLUS Changkat Jering, Taiping. Walaupun dekat dengan EXIT tol Changkat Jering, tapi restoran Mee Udang Nur Zetty ni bukan betul-betul tepi jalan. Agak ke dalam sikit dari jalan utama. Dari jalan utama takan nampak. Cuma korang boleh cari signboard tujuk arah restoran ni je kat tepi jalan tu.

restoran Mee Udang Nur Zetty
Restoran Mee Udang Nur Zetty

restoran Mee Udang Nur Zetty
restoran Mee Udang Nur Zetty
Aku terjumpa restoran ni pun bila terbaca satu blog yang peminat setia mee udang Nur Zetty ni. Dia memang rekomen makan mee udang di sini. Katanya sangat sedap dan selalu repeat untuk makan mee udang di sini.

So, atas recommendation tersebut, maka aku pun mulakan misi mencari restoran mee udang nur zetty ni. Menu yang padu korang boleh try Mee Udang Bandung atau Mee Udang Special. Dua-dua sedap dan tak pernah rasa kecewa. Selain tu ada macam-macam lagi menu antaranya mee sup, nasi goreng puyuh, nasi goreng udang...

Mee Udang
Mee Udang

nasi goreng udang
nasi goreng udang

Sekiranya korang nak datang ke sini, boleh rujuk alamat, gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

Restoran Nur Zetty Mee Udang

No 19, Batu 7, Jalan Trong,

34850 Changkat Jering, Perak

11.00 AM - 12.00 AM

ISNIN TUTUP

GPS koordinat Restoran Mee Udang Nur Zetty : 4°46'57.1"N 100°43'19.6"E atau 4.782540, 100.722110

SUSHI KING, AEON JUSCO Taiping

SUSHI KING dalam AEON JUSCO Taiping
Pengemar-penggemar makanan sushi, boleh la datang ke sushi king yang terletak dalam JUSCO yang terletak di Kamunting, Taiping. Korang boleh makan puas-puas di sini tapi ikut bajet la. Lepas makan boleh shopping dalam JUSCO ni. Kat bawah ni antara sushi-sushi yang aku makan.
sushi

sushi


sushi
Semua sushi korang ambil sendiri atas tray yang bergerak terus ke meja korang. Tray ni bersambung dengan dapur sushi. Akan sentiasa di topup oleh chef sushi. Tapi kalau jenis sushi yang korang nak tu takde dalam tray yang bergerak, korang boleh order lain.
pilih-pilih sushi

lalu setiap meja
Kepada yang nak kesini, korang cari je JUSCO Kamunting, Taiping. Pastu cari SUSHI KING di tingkat bawah JUSCO tu.
GPS Koordinat : 4°52'22.7"N 100°43'44.8"E atau 4.872974, 100.729110

Yong Tau Foo Belakang Bomba, Taiping Perak

beberapa kedai yong tau foo

Kak Lia Yong Tau Foo
Yong Tau Foo belakang bomba di Taiping, Perak memang tempat famous yang patut korang cuba jika berada di Taiping.
Kenapa belakang bomba? Sebabnya gerai makan ni memang di belakang balai bomba pun. Tempat ni memang menjadi tumpuan orang ramai untuk makan yong tau foo. Selain tu makan lain pun ada juga la...
Antara banyak-banyak gerai yong tau foo, aku pilih gerai no 17 iaitu Kak Lia Yong Tau Foo sebab ramai je aku tengok orang datang ke kedai Kak Lia ni...
pilih-pilih mana nak makan

Yong Tau Foo
Jika korang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordiant untuk korang dan juga google map sekali sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordianat : 4°51'01.9"N 100°44'35.0"E atau 4.850539, 100.743042

Makan western food di Raintown Brother Western, Kamunting Perak

Raintown Brother Western, Kamunting
Masa aku lalu depan restoran ni, hati terus rasa macam nak singgah makan. Nama restoran ni yang rare, lain dari yang lain yang hati aku terdetik nak tahu apa yang special dengan restoran Raintown Brother Western ni. So far memang banyak menu disediakan dan rekaan dalaman kedai cantik sangat. Menu hidangan mereka buat kita tak tahu nak pilih yang mana. Tempat ini memang sesuai untuk korang sekeluarga atau datang bersama rakan-rakan. Harganya setiap hidangan yang disajikan berpatutan dengan saiz portion yang memang buat korang kenyang sangat. Kalau korang tak habis boleh lah kongsi. 
deko-deko dalam restoran Raintown Brother Western
Dalam banyak-banyak menu yang ada dalam list, aku pilih nak makan burger malam tu. Burger diorang pun sedap gak la aku rasa. Nanti-nanti kalau datang lagi, aku nak cuba menu lain plak. Dengar-dengar western sini memang sedap. Selain menu utama western food, korang boleh try juga makan koay teow kerang. Aku rekomen untuk korang cuba. Memang sedap dah terbaik. Aku siap order satu lagi sebab rasa macam tak cukup makan satu jer...hihihihi.  Rasa koay teow kerang di Raintown Brother Western ni macam rasa makan koay teow doli. Kat Taiping memang famous la dengan koay teow doli.
burger

koay teow kerang

minuman aku order

Tengok pun dah mengiurkan, kalau korang berhajat nak singgah, aku sertakan lokasi restoran ini : No.15, Lorong PK 7, Jalan Stesyen Kawasan Perusahaan Kamunting, 34600 Taiping, Perak. Boleh hubungi nombor berikut untuk sebarang pertanyaan atau tempahan 017-513 5494, 016-5192305 atau 013-4486184. Waktu operasi bermula dari pukul 4:00 PM – 11:30 PM. Beroperasi setiap hari kecuali hari selasa. Selasa cuti. Aku sertakan juga gps koordinat dan google map sebagai rujukan.

gps koordinat Raintown Brother Western : 4°53'50.5"N 100°42'47.6"E


makan malam di The BBQ Garage, Kamunting Taiping

The BBQ Garage, Kamunting
Restoran The BBQ Garage yang terletak di Kamunting, Taiping dalam negeri Perak ni menyediakan menu utama yang berkonsepkan makanan barat ataupun kita panggil western food. Bila aku sampai sini, tetiba aku konpius sikit nama kedai ni...sebabnya kat signboard luar tepi jalan, tulis The BBQ Garage yang sebesar-besar alam. Pastu kat tepi dinding restoran tu pulak tulis Deli Cafe...Maybe The BBQ Garage dengan Deli Cafe tu merujuk kepada restoran yang sama kot...aku rasa....huznuzonnn..
dua tingkat restoran, boleh pilih nak makan di atas atau di bawah

pandangan tingkat bawah dari tingkat dua restoran
The BBQ Garage ni dari segi deko-deko dalaman agak unik sikit..lain dari yang lain.. Restoran ni jugak ada dua tingkat. Korang boleh pilih nak makan kat tingkat satu or dua. Kita famous jugak la restoran ni, ramai dah orang review dekat restoran ni dalam blog-blog dan vlog ataupun channel pasal makanan di youtube. Aku pernah tengok The BBQ Garage dalam channel apatah aku tak ingat.
Ok berbalik kepada restoran ni, masa aku datang sini, dalam pukul 10 malam. So kira makan malam la kan..hihihi...tak pasti plak aku restoran ni start buka pukul berapa. 
Ada banyak menu western yang sedap-sedap di sini. Aku cuma order satu je, meatball cheesy. Menu-menu lain korang boleh refer buku menu yang aku sempat snap. Selain tu, di The BBQ Garage ni juga, ada menu shell out...alaahhh yang makan seafood atas kertas tu...

menu western di The BBQ Garage
meatball cheesy
menu minuman

air yang aku order
Kepada yang ingin datang makan di restoran ni, aku sediakan untuk korang gps koordiant dan juga google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat The BBQ Garage : 4°53'59.1"N 100°41'05.4"E