1

2

3

4

Showing posts with label mee goreng. Show all posts
Showing posts with label mee goreng. Show all posts

Resepi Mee Goreng Basah

 

Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah 

Bahan bahan: 
  • 1 pack mee kuning
  • isi ayam potong kecil (ambil bhagian kepak,peha n campur sikit dada)
  • daun kucai
  • 1 biji buah tomato - potong kasar
  • 8-9 ulas bawang putih - ditumbuk
  • segenggam cili kering (potong , rendam , kisar (time kisar letak air lebih sikit)
  • kicap manis mudim
  • 1 sudu besar Garam -5 sudu besar gula
  • 5 sudu besar Minyak masak
Cara cara:
  • Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi. pastu masukkan ayam.. goreng kejap bagi isi ayam nampak putih . lepas tu boleh la Masukkan cili kering yang dikisar tadi, lepas tu boleh terus masuk gula, garam, kicap. nak bagi warna cantik kicap jangan kedekut sangat πŸ˜’
  • tunggu sampai mendidih dan nampak macam pekat dah, rasa sikit ok tak.lepas tu Masukkan mee dan gaul sebati.
  • jangan tinggal mee tu.. gaul je sampai agak-agak bersalut dan kuah agak-agak nak kering tu.. lepas tu masukkan tomato dan daun kucai yang dah di potong tu... gaul dalam 2 minit... tutup api.. dan siap..😍😍😍😍.
p/s... jgn smpai kering tau ... 😜😜😜😜
Mee sedia dihidangkan

Kredit resepi: Cik Puan Hajar

Mee Goreng Mohammad Noorullah, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Gerai Mee Goreng Mohammad Noorullah
Gerai Mee Goreng Mohammad Noorullah
Ni antara port mee goreng yang korang kena try kalau ada di area Batu Ferringhi ni.. Gerai ni buka dari jam 12 tengahari hingga 12 malam setiap hari...Lokasi gerai ni betul-betul di simpang Jalan Batu Ferringhi. Landmark simpang tu, korang akan perasan ada Kedai Runcit Keisha.
kedudukan gerai mee goreng Mohammad Noorullah di Simpang Jalan Batu Ferringhi
kedudukan gerai mee goreng Mohammad Noorullah di Simpang Jalan Batu Ferringhi
Selain mee goreng, ada juga koay teow goreng, bihun goreng, megi goreng, mee rebus dan pasembur...Boleh nak bungkus, boleh juga nak makan di situ..ada disediakan beberap kerusi meja untuk yang nak dine in...
nampak kemas dan bersih pakcik ni buat kerja
nampak kemas dan bersih pakcik ni buat kerja
Kepada yang nak ke gerai Mohammad Noorullah ni, boleh cari di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°28'14.8"N 100°14'44.1"E atau 5.470784, 100.245587

Makan mee goreng sotong di restoran Mee Sotong depan UiTM Pulau Pinang (Permatang Pauh)

 

restoran Mee Sotong
restoran Mee Sotong

restoran Mee Sotong
restoran Mee Sotong
Ni antara specialist mee goreng la kat Penang ni terutamanya Penang sebelah tanah besar. Aku kira first time makan kat sini. Sebelum ni dok ushar (tengok) je dari jauh. Kali ni aku nekad nak singgah restoran mee sotong ni. Lokasi Mee Sotong di mudah je kalau korang nak cari. Restoran Mee Sotong ni betul-betul depan pintu utama UiTM Pulau Pinang di Permatang Pauh. Maksudnya kalau korang jumpa UiTM Pulau Pinang, maka secara tak langsung korang akan jumpa gak Restoran Mee Sotong ni😎😎😎...
set mee sotong dengan teh ais limau
set mee sotong dengan teh ais limau
Diorang ada macam set mee sotong...tapi sebenarnya set ni mee sotong dengan teh o ais limau je.. Aku pun ambil je set ni, sebab alang-alang aku nak order teh o ais kan...
teh o ais limau
teh o ais limau

2 pinggan mee goreng sotong
2 pinggan mee goreng sotongπŸ˜…

sepinggan mee goreng sotong
sepinggan mee goreng sotongπŸ˜‹πŸ˜‹
Dari kepaduan dan sedap, memang diakui padu dan sedap...memang kena la dengan selera aku ni. Aku rekomen la untuk korang try.

Selain mee goreng, ada juga pasembor, mee rebus, nasi goreng ayam/sotong dan ada juga megi goreng. Anak aku nak makan megi goreng, jadi terpaksalah order sepinggan.

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata
kesimpulannya menang sedap... aku dah makan mee goreng ni, korang bila lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Mee Sotong ni seperti dibawah:

GPS koordinat: 5°22'59.0"N 100°25'10.6"E atau 5.383044, 100.419601

Pekena mee goreng di restoran mee pokok cherry, Seri Manjung, Perak

 

restoran mee pokok cherry, Seri Manjung, Perak
restoran mee pokok cherry, Seri Manjung, Perak
Aku pernah makan di mee pokok cherry yang dekat Penang. Mee Pokok Cherry ni aku terjumpa dekat Seri Manjung, Perak. Rasanya mungkin cawangan diorang kot kat Seri Manjung ni. Bagi aku mee goreng diorang ni memang padu la... Kiranya signature dish diorang la mee goreng ni. Kalau korang datang ke sini, aku rekomen untuk korang order mee goreng. Selain mee goreng yang padu di Mee Pokok Cherry ni adalah mee rebus dan pasembor..
mee goreng
mee goreng

mee rebus
mee rebus
Selain tu ada la juga makanan lain yang korang boleh try. Ada juga 2-3 jenis makanan goreng-goreng sebagai menu tambahan di sini. Ada dua list menu yang aku sempat snap. Ada lagi yang aku malas nak snap banyak-banyakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.... Aku ambil 2 pages yang menu utama jer..
ni menu berhantu diorang...padu beb
ni menu berhantu diorang...padu beb

ni menu nasi goreng pelbagai jenis
ni menu nasi goreng pelbagai jenis
Gambar kat bawah ni antara menu-menu lain yang aku try. Not bad gak la rasanya. Kepada yang tak minat mee goreng, boleh juga order menu-menu yang lain.
ais kacang special
ais kacang special

air milo tabur
air milo tabur

nasi ayam
nasi ayam

megi goreng
megi goreng

nasi goreng
nasi goreng
Korang kalau ada dekat area Manjung ni, boleh la try makan d Mee Pokok Cherry ni. Aku pun kebetulan ternampak restoran ni, terus terjah sebab dah pernah makan mee goreng diorang di Penang. Alamat Mee Pokok Cherry Manjung ni adalah  no 18, Jalan PPMP 10, Lorong Manjung Point 4/3, 32040 Seri Manjung, Perak. Boleh juga guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 4°12'50.1"N 100°40'01.6"E atau 4.213929, 100.667121

Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah

Bahan:
  • 1 bungkus mee kuning (Celur air panas dan tos kan) 
  • 1 paket fish ball
  • 2 ekor sotong sederhana
  • Ayam (ambik isi & tulang2 sikit) 
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Kicap manis 4-5 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Cili boh 3-4 sudu besar
  • Sawi 1 ikat
  • Tomato 1 biji potong 6/8
  • Cili besar 2 biji
  • Minyak masak 3 sudu besar
  • Air (ikut masing-masing nak basah sikit atau banyak) 
  • Bahan2 ditumbuk:- Cili padi 7 biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Bawang besar 1 biji
Cara-caranya :-
1) Panaskan kuali,  masukkan minyak. 
2) Masukkan bahan yg ditumbuk. Tggu sehingga naik bau. Masukkan cili boh,  tggu mendidih atau pecah minyak. 
3) Masukkan sos cili,  kicap manis, sos tiram, ayam,  sotong, fish ball. Tunggu sehingga mendidih serta ayam masak. 
4) Masukkan mee. Gaul sebati.  Boleh tambah air kalau kuah makin berkurang. Masukkan sawi,  tomato,  cili besar. 
5) Siap untuk dihidangkan. 

kredit resepi: ziehan azizan 

RESEPI MEE GORENG BASAH BERKUAH

MEE GORENG BASAH BERKUAH
MEE GORENG BASAH BERKUAH

Bahan-bahan:
  • 1 kg mee kuning
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8 sudu besar lada kering kisar - kalau suka pedas boleh tambah beberapa sudu lagi yang korang suke
  • 2 biji tomato - belah 6
  • Taugeh
  • Sawi atau kucai
  • 2 biji telur - akak guna putih telur aje ... lebihan buat biskut ari tu, sayang kalau tak digunakan!
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Kicap manis - agak-agak ler tu seimbangkan rasa manis dan masin
  • Air atau stok air daging @ udang jika ada
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Masukkan fish cake dan fish ball. Tambah dengan air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak pulak.
  • Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.
  • Masukkan terlur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.
  • Masukkan sawi, mee dan gaul rata.
  • Masukkan taugeh dan tomato, padamkan api. Gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

RESEPI MEE GORENG BASAH SEDAP

MEE GORENG BASAH SEDAP
MEE GORENG BASAH SEDAP

Bahan-bahan : (untuk 4 orang makan)
  • 1. Mee setengah kilo
  • 2. Cili blend 1 senduk(kena banyak.. So cari yg tak pedas la)
  • *cili blend biasa dah siap blend dengan bawang putih dan merah
  • 3. Sawi
  • 4. Sotong/udang/ayam/daging ikut selera masing-masing
  • 5. Sos tiram 2 sudu besar
  • 6. Sos cili 1 sudu besar
  • 7. Kicap manis
  • (Kalau nak tambah tauhu boleh je)
Cara-cara:
  • Mula-mula tumis cili blend sampai garing.. Macam buat sambal tumis. Cili kena banyak baru kuah pekat cantik...
  • Masukkan ayam/daging. Tuggu sampai ayam masak..tuang kicap, sos tiram dan sos cili.. Tumis lagi sampai pekat.
  • Masukkan sedikit perasa kemudian masukkan mee..gaul rata...masukkan 1 cawan air panas. Baru masukkan sotong dan udang sebab tak nak overcooked..masukkan sawi...
  • Tunggu sampai udang dan sotong masak.
  • Siap!

Mee Rebus Pak Ngah di food court AEON BIG Seberang Jaya Pulau Pinang

Saja nak bagitau je Mee Rebus Pak Ngah Sungai Dua pun ada kat Aeon big ni...Yang Mee Rebus Pak Ngah yang kat Sungai Dua tu pun aku dah review...klik SINI kalau nak tengok yang kat Sungai Dua tu....
Mee Rebus Pak Ngah Sungai Dua di Food Court AEON BIG Seberang Jaya

Senarai menu dan harga
Aku order mee goreng dengan mee rebus...resepi dan rasa sama je aku rasa cam makan kat Sungai Dua tu...Bahan-bahan mentah yang digunakan diambil dari pengedar bumiputra yang halal..so boleh makan tanpa was-was..hihihihi...
Mee Goreng

Mee Rebus
Yang tak bestnya, aku order 2 gelas air suam kat kiosk yang jual air (bukan kat mee pak ngah ni), harga 2 gelas air suam tu RM1, maknanya segelas air suam 50sen.....perghhhhh
Air suam mahal (2 gelas seringgit)
5°23'20.2"N 100°24'32.7"E

Sarapan di Hotel Tabung Haji (TH) Alor Setar

Posting ni saja je aku bagitau kat korang aku lepak kat TH hotel ni. Sebab hotel ni ada kolam, nak bagi anak-anak aku mandi kolam. Keliling hotel ni penuh dengan sawah padi. Lagi satu Hotel ni dekat dengan airport Kepala Batas. Aku bukan nak story pasai hotel ni cantik ke apa...aku sebenarnya nak habaq kat hampa, sarapan kat sini tiptop terbaik...Memang standard hotel la kan...ok itu je nak habaq..bye...

Ek ek...sebelum tu aku kasi la sikit gambar-gambar yang aku sempat snap dekat tempat sarapan hotel ni...
pilihan makanan side tepi
sebelah belakang ada lagi pilihan makanan

Mee Pokok Cherry Kepala Batas

Kalau korang ada dekat-dekat area Kepala Batas, boleh la datang restoran Mee Pokok Cherry ni. Menu sempoi yang sedap kat sini, korang boleh try mee rebus, mee goreng dan pasembur. Menu lain pun ada gak, tapi kena la try yang special menu punya.
Pandangan depan Restoran Mee Pokok Cherry
Department buat air Restoran Mee Pokok Cherry
Pandangan dalam Restoran Mee Pokok Cherry
Justeru itu, tanpa membuang banyak masa, dengan pantas aku order menu special kat sini. Restoran ni restoran mamak, cuma kat sini menu lebih kepada yang goreng-goreng dan menu breakfast. Nak cari nasi kandar, kena pegi restoran mamak yang lain.

Aziz mee Pak Ngah - Mee Udang Sungai Dua

Mee udang sungai dua ni memang famous kat sini..Ada 2-3 kedai yang famous area ni...Untuk post kali ni aku nak share kedai Aziz mee Pak Ngah..lain kali aku gi kedai lain plak..Sungai Dua ni terletak dalam Negeri Pulau Pinang,..bukan kat Island tapi dia ni dok sebelah mainland...Kalau datang dari KL, lepas tol Juru, straight je sampai jumpa exit Sungai Dua...Traffic light sungai Dua tu, belok kanan..kedai tu betul2 bertentangan dengan stesen minyak petron. Kalau dari Kedah, lepas exit tol Sungai dua, terus ambil susur keluar sungai dua.....GPS koordinat nak datang sini, boleh pakai ni => 5°26'46.9"N 100°25'20.3"........
Aziz mee udang pak ngah view dari seberang jalan
berhadapan dengan stesen minyak petron
aziz mee udang pak ngah
Oleh sebab tengah bulan, gaji tak masuk lagi, aku tak order la mee udang...Sebab mee udang, udang kena timbang. Jadi mahal la sikit..so aku order yang biasa2 je..mee rebus, ada ada gak dia letak udang kecil dua ekor..jadi le tu, ada gak udang..hilang kempunan aku hahahahaha...Aku try gak order mee goreng kat sini..ada gak la dia letak udang..Sambil tu aku order gak sate..saja nak try sebab tengok macam sedap...tapi ada satu tempat kat bertam kalau nak cerita pasal sate yang sedap ni..pergh!!!! aku suka betul sate tu...tapi yang nanti aku cerita lain, next post bila aku pi melantak kat kedai tu nanti hihihihi....ni aku tempek gambar mee yang dah selamat landing dalam perut aku..semoga korang terliur..