1

2

3

4

Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Nando's AEON Mall Taiping, Taiping Perak

 

Nando's AEON Mall Taiping
Nando's AEON Mall Taiping
Peminat Nando's boleh cari restoran nando's di AEON Mall Taiping. Standard la kan restoran ni..aku tak payah la nak beria  sangat nak explain kat korang...sapa tak kenal nando's ni kan.... kategori famos jugak la...
salad ranggup
salad ranggup

ayam, wedges dan garlic bread
ayam, wedges dan garlic bread
Meh ler datang sini...sos nando's ni agak masam sikit. Tapi ada je peminat yang suka masam-masam ni.

GPS koordinat: 4°52'23.4"N 100°43'48.8"E atau 4.873169984314082, 100.73020224076781

https://maps.app.goo.gl/VgDECfa9KL543UGg6

Makan laksa di Kedai Makan Laksa Pokok Limau, Kuala Kangsar, Perak

kedai makan Laksa Pokok Limau, Kuala Kangsar
kedai makan Laksa Pokok Limau, Kuala Kangsar
Antara port makan laksa telur sarang di Kuala Kangsar, korang boleh try makan di kedai makan Laksa Pokok Limau yang beralamat di Jalan Besar Utara Selatan, Kampung Bendang Susur, Kuala Kangsar, Perak. 

Walau bagaimanapun, selain laksa, terdapat juga makanan goreng-goreng yang lain. Kalau family/kawan korang yang tak makan laksa, boleh order menu lain. Tapi kalau datang ke sini, wajib la makan laksa sebab menu tu adalah menu utama di sini.

2 pinggan laksa telur sarang, 1 laksa telur rebus, 1 laksa biasa
2 pinggan laksa telur sarang, 1 laksa telur rebus, 1 laksa biasa

laksa telur sarang
laksa telur sarang
Memang sedap dan padu laksa ni. Habis licin aku makan, kuah pun hirup sampai habisπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚... Disebabkan sorang anak aju tak makan laksa, jadi order la jugak mee goreng...nak sejukkan tekak, terorder plak ABC jagungπŸ˜…
mee goreng
mee goreng

air batu campur jagung
air batu campur jagung
Kepada korang yang berhajat nak makan laksa Kuala kangsar ni, boleh la datang ke Laksa Pokok Limau ni. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 4.778756454799447, 100.94999239424217

https://maps.app.goo.gl/v1KgRwVo6xmQbCbs6

Warung roti canai tepi jalan, Kampung Selinsing, Semanggol, Perak

warung roti canai Kampung Selinsing
warung roti canai Kampung Selinsing
Sambil jalan-jalan makan angin di Kampung Silinsing ni, tetiba rasa lapar, nak sarapan roti canai...banyak gerai-gerai roti canai di tepi-tepi jalan kalau korang masuk dari Simpang Tiga ke Kampung Selinsing ni.

Aku singgah la kat salah satu warung ni..roti pun sedap...jadi layannnnnn jer...

https://maps.app.goo.gl/K5QLrfgtBkinYJgy7

Setelah sekian lama, aku kembali try makan Yong Tau Foo belakang bomba di Taiping, Perak

yong tau foo
yong tau foo
Yong tau foo belakang bomba di Taiping ni memang padu...kiranya kalau korang nak makan yong tau foo yang sedap, boleh cari di Taiping, Perak....Di Taiping ni memang famous la yong tau foo belakang bomba ni...Sebenarnya adalah dah pernah review yong tau foo belakang bomba ni...boleh check posting aku berkenaan dengan yong tau foo ni yang aku tulis pada tahun 2018....kini aku kembali lagi untuk makan lagi yong tau fooπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€
korang boleh pilih mana yang berkenan di hati
korang boleh pilih mana yang berkenan di hati

Seri Kenangan Yong Tau Foo
Seri Kenangan Yong Tau Foo
Ada 3-4 gerai yang jual yong tau foo ni...aku pilih nak try makan di Seri Kenangan yong tau foo pulak. Masa aku datang dulu, aku try gerai yang lain...di sini pun sedap...di tambah pulak dengan kuahnya yang pekat likat melekat....fuh...boleh request nak kangkung kalau korang nak...sotong pun ada...tapi aku tak ambil sotong la...😎
tempat famous, mesti la ramai orang datang
tempat famous, mesti la ramai orang datang
Gerai-gerai yong tau foo di sini sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin memcuba makan yong tau foo yang padu nih...tempat famous la katakan....Yong tau foo ni jugak menjadi salah satu daya penarik di Taiping ni...Sangat rekomen untuk korang mencuba...padu!

GPS koordinat yong tau foo belakang bomba: 4°51'00.7"N 100°44'36.0"E atau 4.850196, 100.743324

Makan petang di Restoran Al Ansaar Tomyam di Simpang Pulai, Perak

Restoran Tomyam Al Ansaar, Simpang Pulai
Restoran Tomyam Al Ansaar, Simpang Pulai
Singgah di restoran Al Ansaar Tomyam ni sebab aku dah rasa lapar bila turun dari Cameron Highland. Disebabkan aku turun ni dah petang, lebih kurang jam 4 aku sampai ke Simpang Pulai, jadi aku decide nak makan yang goreng-goreng ala thai je lah...kebetulan Al Ansaar Tomyam ni ada masakan ala thai, jadi tanpa berlengah, terus ler mengorder makananπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
sayur kangkung belacan
sayur kangkung belacan

nasi goreng daging, telur dadar
nasi goreng daging, telur dadar

sup ayam
sup ayam
Di restoran ni juga ada disediakan masakan lauk tengahari masakan melayu style....Masa aku sampai ni, makan tengahari masih ada..cuma aku dah aim nak macam masakan ala thai, so aku tak ambil la masakan tengahari tu...
Masakan melayu untuk makan tengahari
Masakan melayu untuk makan tengahari
Jika korang nak try makan di sini, boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°31'42.6"N 101°07'46.0"E atau 4.528490, 101.129450

Warung Kak Yam, Simpang Pulai, Perak

Warung Kak Yam, Simpang Pulai
Warung Kak Yam, Simpang Pulai

Warung Kak Yam, Simpang Pulai
Warung Kak Yam, Simpang Pulai
Perjalanan aku nak ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai, berhenti sekejap di Warung Kak Yam, Simpang Pulai untuk makan tengahri. Warung Kak Yam ni, betul-betul di laluan untuk naik bukit Cameron Highlands, sebelum stesen minyak petronas...Walaupun, aku boleh je nak makan di Cameron Highlands, sebab dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands hanya ambil masa kurang lebih 1 jam sahaja, namun memandangkan kebarangkalian untuk nak hadap jem di Cameron Highlands sangat tinggi, sebab tu la aku makan tengahari siap-siap kat bawah niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
ada pelbagai pilihan jugak lauk tengahari
ada pelbagai pilihan jugak lauk tengahari

ni la nasi makan tengahari aku
ni la nasi makan tengahari aku
Kepada yang nak singgah ke sini sebelum naik ke Cameron Highlands, boleh la singgah di Warung Kak Yam ni...GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°31'59.6"N 101°08'06.1"E atau 4.533218, 101.135014

Pizza Hut Delivery (PHD) Kamunting, Perak

Pizza Hut Delivery (PHD) Kamunting
Pizza Hut Delivery (PHD) Kamunting

Kaunter Pizza Hut Delivery (PHD) Kamunting
Kaunter Pizza Hut Delivery (PHD) Kamunting
Ni ada satu cerita, di kamunting ni ada pizza hut! tapi pizza hut ni bukan untuk dine-in...kesemuanya adalah takeaway sahaja...jadi, korang beli dan bawa balik rumah ler makan di rumah...

Antara menu-menu adalah seperti berikut:

menu wings street kombo
menu wings street kombo

menu set pizza
menu set pizza

dan menu-menu lain yang ada di kaunter
dan menu-menu lain yang ada di kaunter
Kepada yang nak beli pizza di sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map lokasi Pizza Hut Delivery di Kamunting ni..

GPS koordinat: 4°52'30.2"N 100°43'40.2"E dan 4.875045, 100.727821

Kafe Zus Coffee di Kamunting, Perak

Kafe Zus Coffee di Kamunting
Kafe Zus Coffee di Kamunting

Kafe Zus Coffee di Kamunting
Kafe Zus Coffee di Kamunting
Zus Coffee yang aku singgah ni adalah Kafe yang terletak di Kamunting, Perak.. Kafe ni betul-betul di corner lot kedai...Peminat-peminat coffee boleh la singgah sini...dan seperti biasa, kebanyakkan yang singgah ke sini adalah kaum hawa....Kafe-kafe hipster macam ni memang feveret la bagi kaum hawa ni😁😁😁😁
air creamy manggo dan air iced buttercreme latte
air creamy manggo dan air iced buttercreme latte
Banyak lagi menu menarik yang korang boleh try terutamanya jenis-jenis coffee diorang ni. Boleh la singgah kalau nak try. 

GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°52'28.5"N 100°43'40.1"E atau 4.874574, 100.727808

Makan Sate Kajang di restoran D' Putra Sate Kajang, Klebang Ipoh Perak

restoran D' Putra Sate Kajang
restoran D' Putra Sate Kajang
Kepada peminat sate kajang yang berada di area Chemor, Klebang, Ipoh, boleh la cari restoran D'Putra Sate Kajang . Di restoran ni ada perlbagai jenis sate selain sate ayam dan sate daging... Yang bestnya saiz satu di restoran ni besat-besar...puas hati makan ooooo....dan juga sedap, sate yang tak kering sangat dan ber juicyπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜
sate ku order tengah di bakar
sate ku order tengah di bakarπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜Ž
Memang sempoi la sate ni...cer tengok saiz sate yang aku order tu.....padu beb!
sate ayam dan sate daging
sate ayam dan sate daging
Kepada korang yang berada di area Klebang ni, moh le kita terjah restoran D'Putra Sate Kajang ni...GPS koordinat dan google Map lokasi restoran D'Putra Sate Kajang di seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°41'05.9"N 101°06'47.1"E atau 4.684968, 101.113087

makan masakan ala thai di restoran Halimah Tomyam 2, Seri Manjung, Perak

 

Restoran Halimah Tomyam 2, Seri Manjung
Restoran Halimah Tomyam 2, Seri Manjung
On the way aku nak ke selatan ikut jalan dalam ataupun kalau korang guna highway WCE, terasa lapar la pulak...rasa nak makan petang..Kebetulan aku lalu di area Manjung ni, jadi aku cari la restoran yang sempoi-sempoi di sini. Ada banyak juga pilihan restoran kat sini...dalam banyak-banyak tu aku pilih restoran Halimah Tomyam 2 sebab aku nak makan masakan ala thai kat sini...yang simple-simple jer..makanan goreng-gorengπŸ˜‰πŸ˜‰..
menu Halimah Tomyam 2
menu Halimah Tomyam 2

menu Halimah Tomyam 2
menu Halimah Tomyam 2
Ikutkan menu kat atas tu, banyak jugak la masakan ala thai yang ada di sini...Dari menu-menu tu, aku order nasi goreng kampung, nasi goreng daging, nasi goreng ayam kunyit dan tomyamπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
nasi goreng ayam kunyit
nasi goreng ayam kunyit

nasi goreng kampung, telur mata
nasi goreng kampung, telur mata

nasi goreng daging
nasi goreng daging

tomyam
tomyam
Makanan pun sedap-sedap...jadi berbaloi la singgah makan petang aku di restoran Halimah Tomyam 2 ni... Kalau korang nak try makan di sini, boleh cari di Seri Manjung, Perak. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°12'42.0"N 100°40'04.2"E atau 4.211652, 100.667835

Senarai Pasar malam sekitar Ipoh, Perak - beserta hari beroperasi

 Kepada peminat-peminat pasar malam sekitar Ipoh, korang boleh rujuk list dekat bawah ni senarai pasar malam beserta hari beroperasi. Semua pasar malam ni start beroperasi dari jam 5 petang hingga jam 10 malam.

  1. Pasar Malam Tasek Damai - Jalan Tawas Baru 6 - Ipoh - Isnin
  2. Pasar Malam Taman Perpaduan - Tingkat Perpaduan 1 - Ipoh - Selasa
  3. Pasar Malam Taman Jati  - 1243, Jalan Jati, Taman Meru 3C - Ipoh - Selasa
  4. Pasar Malam Taman Baru Putra - 27, Medan Putra 1, Bandar baru Putra - Ipoh - Rabu
  5. Pasar Malam Taman Bercham Raya - 2, Dataran Perpaduan 12, Taman Bercham Jaya - Ulu Kinta - Sabtu
  6. Pasar Malam Taman Anda - Ipoh - Sabtu
  7. Pasar Malam Bandar Baru Menglembu - 70, Persiaran Kledang Timur 17a, Taman Bandar Baru - Ipoh - Selasa dan Khamis
  8. Pasar Malam Taman Ampang  - Ipoh - Jumaat
  9. Pasar Malam Taman Rasi - Jalan Menglembu Utara 1, Taman Gelombang - Menglembu - Selasa
  10. Pasar Malam Taman Rapat Setia Baru - Jalan Teoh Kim Swee, Taman Rapat Setia Baru - Ipoh - Rabu
  11. Pasar Malam Sri Rapat - Jalan Harilela 1a, Taman Sri Wan - Ipoh - Khamis
  12. Pasar Malam Silibin - 437-453, Jalan Silibin, Taman Sri Wan - Ipoh - Isnin dan Khamis
  13. Pasar Malam Chemor - Chemor - Jumaat
  14. Pasar Malam Sri Kinta - 28, Jalan Sri Kinta 15, Kampung Sri Kinta - Ipoh - Sabtu
  15. Pasar Malam Taman Temara - Jalan Pengkalan Barat 18 - Ipoh - Jumaat
  16. Pasar Malam Desa Aman - No 1, Hala Pegoh Aman 3, Taman Desa Aman - Ipoh - Ahad
  17. Pasar Malam Taman Bersatu - Ipoh - Jumaat
  18. Pasar Malam Pekan Razaki - Ipoh - Jumaat
  19. Pasar Malam Bandar Lahat Baru - Lahat - Selasa
  20. Pasar Malam Station 18 - Susunan Stesen 18, Taman Pengkalan Jaya - Ipoh - Isnin
  21. Pasar Malam Bercham - Hala Bercham Timur 11,Taman Pakatan - Ipoh - Rabu
  22. Pasar Malam Taman Rasi Jaya - Menglembu - Jumaat
  23. Pasar Malam SPPK - Jalan Pegoh, Taman Pengkalan Jaya - Ipoh - Selasa
  24. Pasar Malam Gunung Rapat - 27, Selasar Rokam 11, Taman Ipoh Jaya - Ipoh - Isnin
  25. Pasar Malam Tambun - Jalan Tambun, Sunway City - Ipoh - Isnin
  26. Pasar Malam Soon Choon - Ipoh - Sabtu
  27. Pasar malam Persiaran Putra 4 - Bandar baru Putra - Ipoh - Jumaat
  28. Pasar Malam Klebang Jaya - Chemor - Rabu
  29. Pasar Malam Klebang Jaya - Chemor - Ahad
  30. Pasar Malam Klebang Restu - Chemor - Jumaat
  31. Pasar Malam Taman Mas - Chemor - Khamis
  32. Pasar Malam Meru Permai - Lengkok Meru Permai 1 & 2 - Ipoh - Rabu
  33. Pasar Malam Bandar Baru Menglembu - Menglembu - Ipoh - Isnin
  34. Pasar Malam Bandar Baru Medan Ipoh - Ipoh - Selasa
  35. Pasar Malam Simpang Pulai - 79, Persiaran Sengat Baru 2, Taman bersatu - Ipoh - Selasa
  36. Pasar Malam Taman SPPK - Jalan Pegoh, Taman Pengkalan Jaya - Ipoh - Khamis
  37. Pasar Malam Taman Ipoh Timur - 13, Jalan Medan Ipoh 6, Taman Ipoh Timur - Ipoh - Sabtu
  38. Pasar Malam Taman Rasi - Ipoh - Sabtu
  39. Pasar Malam Taman Pertama  - Jalan Taman Ng Weng Hup, Taman Pertama - Ipoh - Jumaat
  40. Pasar Malam Desa Kencana, Bercham - Ipoh - Ahad
  41. Pasar Malam Bandar Baru Cyber - Ipoh - Rabu
  42. Pasar Malam Taman Tanjung Perdana - Ipoh - Isnin
  43. Pasar Malam Desa Pinji - Ipoh - Khamis
  44. Pasar Malam Medan Gopeng - 11 A, Medan Gopeng 4, Medan Gopeng - Ipoh - Ahad

Berhenti rehat sekejap di RNR Gunung Semanggol arah selatan

RNR Gunung Semanggol arah selatan
RNR Gunung Semanggol arah selatan

RNR Gunung Semanggol arah selatan
RNR Gunung Semanggol arah selatan
Kalau dari arah utara nak ke selatan, RnR Gunung Semanggol ni antara tempat yang selalu orang singgah la...Dekat sini bukan saja ada food court RnR, ada juga restoran KFC dan juga restoran Ramly... Kalau restoran Ramly ni memang rare la..jangan jumpa...
kacang rebus ni memang wajib beli la kalau singgah di RnR
kacang rebus ni memang wajib beli la kalau singgah di RnR

banyak juga barang makanan kudap-kudapan
banyak juga barang makanan kudap-kudapan
Selain aku beli kacang rebus tu buat bekal makan sambil drive, aku makan gak la yang berat sikit kat rnr ni sebelum nak gerak ke selatan..aku try makan koay teow goreng...koay teow goreng ni padu gak la bagi aku
koay teow goreng telur mata
koay teow goreng telur mata
GPS koordinat dan google map RNR Semanggol seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°59'23.4"N 100°39'53.4"E atau 4.989837, 100.664838

Jom makan roti canai di Restoran Roti Canai Din, Taman Klebang Putra, Chemor Perak

Restoran Roti Canai Din
Restoran Roti Canai Din

Restoran Roti Canai Din
Restoran Roti Canai Din
Port nak makan roti canai di Taman Klebang Putra, Chemor di Perak ni, korang boleh la try di Restoran Roti Canai Din. Tapi kalau nak sarapan Restoran Roti Canai Din buka pada hari Ahad saja. Hari lain diorang buka dari jam 5.30 petang sehingga 12 tengah malam. Hari Jumaat diorang cuti....

Roti canai disini sedap...rotinya pun lembut...kuah dal pun padu...Ada banyak menu roti canai yang korang boleh cuba...Antaranya adalah roti canai cheese meleleh, roti canai telur, roti canai telur cheese, roti canai  planta, roti canai bom...

senarai menu di Restoran Roti Canai Din
senarai menu di Restoran Roti Canai Din

mee rebus
mee rebus
Selain roti canai, menu lain yang ada di sini adalah laksa, mee kari, mee rebus dan sup daging (bihun sup etc)...Aku beli roti canai bungkus je di sini...Disebabkan ramai orang order roti canai, jadi tokey dah pesan awal-awal, order roti canai bungkus aku tu lambat sikit...jadi to kill the time while waiting my roti canai order, aku order la plak mee rebus tapi makan di restoranπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜πŸ˜πŸ˜....

Memang sedap dan padu..korang pun kena try...aku sertakan kat bawah ni GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Roti Canai Din ni..

GPS koordinat: 4°41'03.5"N 101°06'44.6"E atau 4.684297, 101.112393

Warung roti canai, Kampung Parit 1, Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol

 

sambil makan roti canai, boleh layan permandangan sawah padi
sambil makan roti canai, boleh layan permandangan sawah padi

Warung roti canai, Kampung Parit 1, Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol
Warung roti canai, Kampung Parit 1, Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol
Warung roti canai ni agak ke dalam sikit dari jalan besar, Jalan Gula. Landmark jalan untuk masuk ke laluan ke warung ni adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah. Bila jumpa sekolah tu, korang kena alert la untuk masuk kelaluan ni.. Ni laluan jalan sawah pagi (jalan tali air), tapi jalan dah bertar, cuma kalau berselisih kereta tu mencabar gak laπŸ˜…
akak penebar roti canai
akak penebar roti canai

roti canai gemul-gemuk
roti canai gemul-gemuk
Korang boleh beli bungkus atau boleh je terus makan di warung ni. Warung ni cuma ada roti canai je la.. takda menu lain.. Kalau makan di warung ni, boleh la layan suasana pagi sawah padi..Boleh juga namapak gunung semanggol dari sini...
permandangan sawah padi, gunung semanggol, jalan tali air
permandangan sawah padi, gunung semanggol, jalan tali air
Lokasi warung ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 4°56'50.8"N 100°37'16.5"E atau 4.947445, 100.621254