1

2

3

4

Showing posts with label coconut shake. Show all posts
Showing posts with label coconut shake. Show all posts

Singgah makan tengahari di Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh, Sungai Buloh Selangor

Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh
Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh

menu Warung Kita
menu Warung Kita
Perjalanan aku dari utara nak ke selatan, time tengahari nak kena cari makan tengahari la..Biasa aku akan singgah jer rnr Restoran Jejantas Sungai Buloh...tapi kali ni rasa bosan pulak nak makan dekat rnr tu...Jadi aku buat keputusan exit tol Sungai Buloh untuk cari makan tengahari.. Ni yang tol Sungai Buloh yang dekat dengan hospital Sungai Buloh yer...jangan salah exit plak๐Ÿ˜๐Ÿ˜..

Warung Kita ni dekat je dari exit tol Sungai Buloh tu...jadi takde la buang masa sangat nak ke dalam yang jauh dari tol...sebab nanti nak masuk balik tol sambung perjalanan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…..

Restoran Warung Kita ni, menu sempoi je...ada ye menu tu..tapi masa aku datang ni, yang aku perasan ada satu je menu iaitu nasi kukus ayam goreng....simple jer... ayam goreng yang dipotong kecil-kecil dan di goreng panas-panas...mantappp๐Ÿ˜‹...

simple je lauknya...ayam goreng, kuah kari dan sambal
simple je lauknya...ayam goreng, kuah kari dan sambal

ayam yang dipotong dadu dan kemudianya digoreng panas-panas
ayam yang dipotong dadu dan kemudianya digoreng panas-panas

kena beratur panjang la sikit kalau datang waktu tengahari
kena beratur panjang la sikit kalau datang waktu tengahari
Air yang special dekat Warung Kita ni adalah coconut shake dan air kelapa baldi...Air kelapa baldi ni memang rare la...Jadi aku pun nak try la 2 menu minuman ni..order je dua-dua air tu๐Ÿ˜…...
air coconut shake
air coconut shake

air kelapa baldi...comel je baldi dia tu
air kelapa baldi...comel je baldi dia tu๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

air coconut shake..ada ais krim
air coconut shake..ada ais krim

dah buat banyak-banyak siap-siap, korang just ambil jer
dah buat banyak-banyak siap-siap, korang just ambil jer
Selepas dah beratur panjang...dah dapat nasi kukus ayam goreng, coconut shake dan kelapa baldi, korang kena bayar terus dekat kaunter..Diorang style bayar dulu baru makan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...
nasi kukus ayam berempah
nasi kukus ayam berempah

nasi kukus ayam berempah
nasi kukus ayam berempah

ni yang aku order untu makan tengahari aku
ni yang aku order untu makan tengahari aku

tak payah nak basuh pinggan, nak makan di kedai pun diorang bungkus je pakai kertas
tak payah nak basuh pinggan, nak makan di kedai pun diorang bungkus je pakai kertas๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Tempat makan yang agak luas dan selesa..tempat parking pun luas..tapi kalau datang waktu peak hour, memang akan ramai orang la yang datang nak makan tengahari di sini.
kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita
kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita

kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita
kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita
Kepada yang nak datang ke Warung Kita ni, boleh cari di Kampung Melayu Sungai Buloh, Sungai Buloh. Alamat Warung Kita adalah no 95, Jalan Kusta, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

GPS koordinat dan google map lokasi Warung Kita ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.2247925723075284, 101.56911932913815

Jom try minum coconut shake di Abang Rindu Coconut Shakes & Takoyaki - Permatang janggus, Permatang Pauh (Pulau Pinang)

Abang Rindu Coconut Shakes & Takoyaki
Abang Rindu Coconut Shakes & Takoyaki

Coconut Shakes
Coconut Shakes
Gerai Abang Rindu Coconut Shakes & Takoyaki ni terletak di Permatang Janggus, Permatang Pauh. Gerai tepi jalan jer...Kalau dari highway BKE lebih kurang dalam 200 meter. Air coconut shakes ni memang padu...selain coconut shakes, digerai ni juga ada juga jual takoyaki....peminat takoyaki boleh la try makan takoyaki ni...sedap jugak takoyaki diorang ni....
takoyaki yang padu
takoyaki yang padu๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

menu-menu takoyaki yang ada di sini
menu-menu takoyaki yang ada di sini
korang boleh la nak try coconut shakes dan takoyaki ni. GPS lokasi dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°23'52.9"N 100°25'03.3"E atau 5.398034, 100.417594

Mee Goreng Sempoi di Hameed Pata Mee Sotong, Esplanade Park dekat Padang Kota Pulau Pinang

 

Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong
Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong

Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong
Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong
Dah lama aku nak pekena mee goreng sotong ni di Hameed Pata Mee Sotong, Esplanade Park berdekatan dengan Padang Kota, Pulau Pinang. Last aku makan ni tahun 2017. Boleh tengok review aku dalam blog ni pasai Hameed Pata Mee Sotong ni DISINI. Kalau tak kena time korang datang, kena beratur panjang la untuk sepinggan mee goreng sotong ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜... Masa aku datang ni cam laju je sebab mee dah siap digoreng.... lepas aku dah settle beli, tengok belakang, mak aiiii...panjangnya beratur๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...
coconut shake
coconut shake
Lagi satu aku nak rekomen kat korang kalau datang Esplanade Park ni, selain Mee Goreng Sotong yang meletup sedap dan viral tu, korang kena try gak coconut shake. Memang ngam la makan mee goreng sotong dengan coconut shake....
Pelbagai gerai makanan dalam Esplanade Park ni
Pelbagai gerai makanan dalam Esplanade Park ni

kiri kanan ada gerai makanan
kiri kanan ada gerai makanan

Gerai Hameed Pata Mee Sotong
Gerai Hameed Pata Mee Sotong
Memang padu, dipersilakan untuk korang cuba mee goreng ni...tapi harus diingat, kena bersekali dengan coconut shake...baru sempoi terangkat๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Kepada yang datang sini, aku sertakan gps koordinat dan google map Hameed Pata Mee Sotong ni.

GPS Koordinat: 5°25'13.3"N 100°20'33.9"E atau 5.420364, 100.342744





Gerai Coconut Shake Batu Berendam, area A Famosa, Melaka

Gerai Coconut Shake Batu Berendam, area A Famosa
Gerai Coconut Shake Batu Berendam, area A Famosa

Gerai Coconut Shake Batu Berendam, area A Famosa
Gerai Coconut Shake Batu Berendam, area A Famosa
Coconut Shake Batu Rendam, gerai utama diorang terletak di tempat lain. Aku pernah tulis posting tempat tu. Korang boleh tengok DISINI. Tapi yang ni mungkin cawangan diorang. Gerai coconut shake ni memang strategik betul. Lokasi betul-betul di simpang jalan untuk ke A Famosa. Di sini juga korang bukan saja boleh jalan-jalan di Kota A Famosa, malahan banyak tempat menarik lagi yang korang boleh melawat. Antaranya, boleh naik menara taming sari, ada pelbagai muzium, bangunan bersejarah dan banyak lagi lah. Kalau nak shopping, Dataran Pahlawan sebelah tu jer.

Berbalik kepada coconut shake ni, Coconut Shake Batu Berendam ni antara coconut shake yang famous gak arr di Melaka ni. Jadi sambil jalan-jalan di tempat bersejarah ni, korang boleh la sejukkan tekak dengan coconut shake. Rasanya memang padu๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹.

coconut shake
coconut shake

coconut shake
coconut shake
Tempat ni kalau datang hujung minggu atau waktu cuti sekolah, menang padat la dengan orang ramai. Nak parking pun agak mencabar. Tips nak senang dapat parking, mudah jer..Korang datang awal pagi dalam pukul 9 pagi.. Masa tu tak ramai orang lagi..Datang pagi nak jalan-jalan di situ ok gak..tak panas sangat. Korang akan ambil masa lama sikit jalan-jalan kat sini.

GPS koordinat: 2°11'29.4"N 102°14'56.4"E atau 2.191496, 102.248998

RESEPI COCONUT SHAKE

 

COCONUT SHAKE
COCONUT SHAKE

Resepi 1:
Bahan-bahannya
  • 1 gelas air kelapa muda
  • 3 sudu isi kelapa muda
  • 1 scoop ais krim
  • sedikit air batu

Resepi 2:
bahan-bahannya
  • 1 litter air kelapa muda 
  • 1 cawan isi kelapa muda
  • 1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)
  • 2 tin air 'ice-cream soda'
  • ais secukupnye

Resepi 3: 
bahan-bahannya
  • 250 ml santan kelapa
  • 2 scop aiskrim vanila
  • 1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. Kisar hingga hancur. Tuang ke dalam gelas.
  • Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang
Cubalah mana yg anda suka!

Gerai Air Kelapa dan Coconut Shake, Bertam Putra Kepala Batas

 

Air Kelapa dan Coconut Shake
Air Kelapa dan Coconut Shake
Peminat air kelapa a.k.a ayaq nyok dan coconut shake, boleh cari brother ni jual di Bertam Putra Kepala Batas. Dekat je dengan Pasaraya Mydin Bertam.

Brother berniaga betul-betul depan kedai car wash. So, sambil basuk kereta korang tu, boleh layan air kelapa dan coconut shake. Sempoi-sempoi ja...

GPS gerai brother ni adalah seperti berikut:

5°31'10.4"N 100°28'45.0"E atau 5.519554, 100.479176

Makan tengahari sambil minum coconut shake di Warung Pak Enal, Melaka

Coconut Shake, Warung Pak Enal, Melaka
Kalau korang nak makan tengahari sambil minum coconut shake di Melaka, aku rekomen korang boleh cuba di Warung Pak Enal yang terletak di Bukit Katil, Melaka. Nasi campur di Warung Pak Enal ni pun macam ok gak. Banyak lauk-lauk yang korang boleh pilih.
Warung Pak Enal, Bukit Katil, Melaka

Warung Pak Enal, Bukit Katil, Melaka
Tempat parking pun agak luas dan selesa. Di fahamkan, bas-bas yang bawa rombongan-rombongan selalu singgah di Warung Pak Enal ni. Dari segi harga pun agak berpatutan jugak la.
Yang best tu sambil makan sambil minum coconut shake. Tengah panas-panas, tekak dibasahi sejuknya coconut shake....nyammmmm
coconut shake special
Gambar-gambar kat bawah ni antara aneka jenis lauk nasi campur yang ada di Warung Pak Enal nih.
pelbagai jenis lauk

pelbagai jenis lauk

ikan goreng, ulam-ulam, tempe dan lain-lain

nasi campur aku punya
Kepada yang nak makan tengahari di Warung Pak Enal ni, boleh la datang ke Bukit Katil, Melaka. Sebelah jalan besar jer. Aku sertakan juga gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 2°12'49.3"N 102°17'52.9"E atau 2.213698, 102.298037

Rugi kalau tak cuba minum Klebang Original Coconut Shake di Melaka

Klebang Coconut Shake
Kat Melaka ni, Coconut shake ni salah satu makanan/minuman yang menjadi tumpuan dan tarikan kepada pengunjung-pengunjung terutamanya yang datang dari luar Melaka. Banyak gerai-gerai coconut shake ada disekitar Melaka nih. Dalam banyak-banyak gerai tu ada dua tiga yang famous yang sentiasa menjadi buruan orang ramai. Salah satu tempatnya adalah di Klebang iaitu Klebang Original Coconut Shake.
Klebang Original Coconut Shake, Klebang Melaka
Waktu operasi Klebang Original Coconut Shake ni bermula seawal jam 11 pagi hingga 6.30 petang. Setiap hari Isnin hingga Ahad. Cuma pada hari Jumaat, diorang buka lewat sikit iaitu jam 2.30 petang hingga 6.30 petang.
Beratur panjang nak beli coconut shake

dipenuhi orang ramai semata-mata nak minum coconut shake jer
Melaka ni, biasalah, weekend or cuti umun or cuti sekolah, ramai la orang datang melawat melaka. Kalau tengo kat Klebang Original Coconut Shake ni, orang datang nak minum coconut shake jer. Bukan ada makan viral yang lain pun disini. Tapi kalau nak makan, orang ada jugak jual nasi lemak, kuih, keropok lekor. Yang bestnya, letak je makanan apapun, berebut orang ambil. Sekejap je dah habis...memang boleh buat duit betul la diorang..hahahahha
nasi lemak

walaupun ramai, tapi agak cepat juga dapat coconut shake
Kalau yang first time datang, jangan confius, yang untuk nak minum di kedai, korang kena masuk ke dalam sikit. Yang kat luar tepi jalan yang korang nampak tu, Klebang Original Coconut Shake jugak, tapi yang tu untuk take away....bungkus. Jadi, kalau nak minum terus disitu, masuk kedalam sikit. Jangan takut pasal parking sebab kat dalam tu disediakan parking yang luas untuk pelanggan diorang.
Kalau korang nak datang ke Klebang Original Coconut Shake ni, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 2°12'56.5"N 102°12'24.7"E atau 2.215686, 102.206859

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

ada coconut shake biasa, special dan double special
Sampai Melaka, jangan lupa cari coconut shake. Salah satu yang famous, ada di Batu Berendam. Coconut shake Batu Berendam.
Nak beli coconut shake Batu Berendam ni, kena beratur panjang gak ler... tapi masa aku datang ni, maybe waktu pagi lagi, so tak ramai sangat la.
Coconut Shake Batu Berendam ni ada tiga pilihan iaitu coconut shake biasa, coconut shake special dan coconut shake double special.
Diorang buka setiap hari dari Isnin hingga Ahad. Cuba waktu perniagaan hari Ahad, dari 9.30 pagi hingga 4.00 petang manakala hari lain bermula dari 9.30 pagi hingga la 10.30 malam.
Laluan hadapan gerai ni agak sibuk sikit la. Parking biasanya akan dikawal oleh anggota RELA.
coconut shake in progress

senarai harga coconut shake

buah kelapa ready to buat coconut shake
Memang sedap la coconut shake ni, korang kena pilih yang special sebab special ada ais krim. Terbaik la... Lagi satu, korang boleh gak nak beli kuih keria gula melaka Batu Berendam. Keria ni pun makanan famous di Melaka ni. Kalau rajin boleh pergi cari keria antarabangsa. Kalau mals nak pergi situ, yang sini pun ok jugak. Sambil beli coconut shake, boleh makan sekali kuih keria ni...
gerai jual kuih keria gula melaka Batu Berendam

Kuih keria
Kepada yang nak mencari coconut shake dan keria Batu Berendam ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan jalan ke sini.
gps koordinat : 2°15'06.5"N 102°15'13.8"E atau 2.251807, 102.253838