1

2

3

4

Showing posts with label rojak. Show all posts
Showing posts with label rojak. Show all posts

Resepi Rojak Tauhu

Rojak Tauhu
 Rojak Tauhu

Bahan Rojak:
  • Tauhu (Goreng/bakar separuh masak)
  • Kangkong (celur).
  • Tauge (celur).
  • Timun.
Bahan untuk Kuah Rojak:
  • Cili kering 10 tangkai (blend halus)
  • Sos Cili 1/2 cawan.
  • Belacan 2 inci.
  • Gula Merah 1 Cawan.
  • Gula pasir 1/2 cawan.
  • Kicap pekat manis 1/3 cawan.
  • Air masak 1 cawan.
  • Tepung Jagung 3 sudu besar.
Cara membuatnya:
  • Campur semua bahan kecuali tepung jagung.
  • Masak sampai gula semua cair dan mendidih. Lepas tu masukkan tepung jagung, kacau² sampai pekat likat dan sejukkan.
  • Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas Tauhu, taugeh, timun dan kangkung dan gaul rata.

Resepi Mee Rojak Ayam

Mee Rojak Ayam
Mee Rojak Ayam 

resepi cucur ranggup mabeles:
  • 1cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • sedikit gula
  • garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • air
  • kunyit
  • bawang merah dipotong kecil
  • daun kucai
  • tauge
cara-cara:
  • masukkan semua dalam satu bekas...air tu agak-agak la ye..adunan jangan cair sangat dan jangan pekat sangat..macam nak buat cucur pisang gitu la..kalau cair nanti masa nak goreng akan makan minyak...biarkan adunan selama sejam dalam bekas tertutup dan boleh goreng dalam minyak yang panas... 
rojak ayam + mee
bahan-bahan yang diperlukan:
  • mee kuning
  • telur rebus
  • ayam goreng
  • cili potong
  • cucur rangup
  • sengkuang
  • salad
  • tahu goreng
  • timun dan tauge
  • kuah rojak
resepi kuah rojak:(untuk 5 orang)
  • 3 biji bawang besar (sederhana saiznya)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2@3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 cawan kacang tanah di goreng kemudian dibuang kulit dan ditumbuk/kisar jangan terlalu hancur dan jangan terlalu kasar ye
  • sedikit gula melaka
  • garam dan gula
  • 10 keping biskut merie dihancurkan 
  • 2 sudu udang kering
  • air secukupnya
  • sedikit air asam jawa
cara-cara buat kuah rojak:
  • Goreng kacang tanah hingga masak. Kemudian buang kulitnya (saya guna\belakang cawan untuk buang kulitnya kemudian tampi tuk membuang kulit-kulit kacang yang tidak digunakan lagi.
  • Kisar bawang besar,bawang putih, halia dan udang kering.
  • Tumis bahan kisar dan cili kisar dalam minyak panas sehingga ia pecah minyak dan masukkan air sedikit dahulu kemudian baru masukkan kacang tanah yang ditumbuk serta biskut marie yang dihancurkan. kalau pekat boleh tambah air lagi ye..kuah rojak tidak terlalu pekat ye ia agak cair sedikit dari kuah sate.
  • Akhir sekali perisakan dengan garam, gula melaka dan gula. Gula melaka jangan isi banyak agak warna jadi cantik dan tak hitam sangat dah dikira ok.. kalau rasa tawar boleh tambah gula dan garam dan masukkan sedikit air asam jawa.
  • Untuk pengetahuan kuah rojak ni agak manis sedikit ye.
Kredit resepi: Tahrunnisah Jali

Resepi kuah rojak buah

kuah rojak buah
kuah rojak buah

Bahan:
  • 1 botol sos cili
  • 1 botol kicap lemak manis 
  • 350 gm gula
  • 3 keping nisan besar (agak-agak je kalau guna gula melaka @ merah)
  • sedikit blacan
  • cili kering blend ( ikut suka )
Cara:
  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk periuk (kecuali bijan dengan kacang)
  • boleh masukkan air dalam botol-botol tu untuk habis kan sisa-sisa sos dan kicap..
  • masak guna api sederhana saja... masak sampai pekat... 
  • dah pekat baru boh bijan tadi, kacau tutup api...
  • seimbangkan rasa...
  • bijan di sangai (suka hati nak letak ke tak)
  • kacang tanah di goreng ( blend kasar nak makan baru letak)

kredit resepi : Tg Khuzanika‎

Cara (resepi) Membuat Rojak / Pasembur

Rojak / Pasembur
Rojak / Pasembur

Bahan Cucur (Keras):
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 camt serbuk penaik
  • 3/4 camt garam
  • 1/2 camt gula
  • 155-165 ml air
  • 1 labu bawang besar, dicincang halus
  • 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
  • minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Cucur (Lembut):
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 camt serbuk penaik
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 1 camt gula
  • 1/4 camt garam
  • 125 ml air
  • 1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
  • 450 gm keledek - direbus empuk
  • 2.5 liter air
  • 2 camt serbuk cili
  • 3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
  • 1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
  • 2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
  • Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
  • kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
  • serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
  • masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
  • selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
  • kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
  • masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
  • kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
  • last sekali bolehlah dimasukkan bijan