1

2

3

4

Showing posts with label cendol. Show all posts
Showing posts with label cendol. Show all posts

Cuaca panas ni, jom pekena cendol di Haji Chendul & Coconut Shake, Lebuh Acheh, George Town, Pulau Pinang

 

Haji Chendul & Coconut Shake
Haji Chendul & Coconut Shake

Haji Chendul & Coconut Shake
Haji Chendul & Coconut Shake
Restoran cendol ni kira rare la...ala-ala heritage...banyak barang-barang lama yang diorang display dalam restoran ni....Restoran Haji Chendul & Coconut Shake ni terletak di Lebuh Acheh, George Town, Pulau Pinang dan bersebelahan dengan masjid melayu lebuh acheh.
antara barangan antik yang dipamerkan
antara barangan antik yang dipamerkan
Di Haji Chendul & Coconut Shake ni menu utama tentunya cendol dan coconut shake...Yang ni wajib la korang order..tambah-tambah pulak minum waktu tengahari yang panas lit-lit, dapat basah tekak dengan benda-benda sejuk, memang shaduuu la beb...Tapi aku just order cendol jer, coconut tak order pun😁😁😁...Tapi order gak la rojak buah untuk kudap-kudapan..
cendul yang padu
cendul yang padu

2 mangkuk cendol
2 mangkuk cendol

rojak buah
rojak buah
Selain tu, ada juga menu-menu lain di sini..antaranya seperti dalam gambar menu dibawah.
menu Haji Chendul & Coconut Shake
menu Haji Chendul & Coconut Shake

menu Haji Chendul & Coconut Shake
menu Haji Chendul & Coconut Shake
Menu mee goreng, koay teow goreng pun ada di Haji Chendul & Coconut shake ni walaupun tak tersenarai dalam gambar menu kat atas tu.

Jadi boleh la korang datang sini santai-santai minum cendol lepas penat jalan-jalan dekat street art penang tu, then singgah solat di masjid acheh sebelah Haji Chendul & Coconut Shake ni...

GPS koordinat dan google map Haji Chendul & Coconut Shake seperti kat bawah ni.

GPS koordinat: 5.414591523747861, 100.33648535290808

Menikmati Cendol Songkok Tinggi Gazebo di Kampung Jiboi Baru, Negeri Sembilan

 

Cendol Songkok Tinggi Gazebo, Kampung Jiboi Baru
Cendol Songkok Tinggi Gazebo, Kampung Jiboi Baru

Cendol Songkok Tinggi Gazebo, Kampung Jiboi Baru
Cendol Songkok Tinggi Gazebo, Kampung Jiboi Baru
Tempat ni pun macam famous gak. Aku google nak makan cendol di Negeri Sembilan ni, keluar Cendol Songkok Tinggi ni... Masa aku datang tu, ramai gak la kereta silih berganti parking nak minum cendol songkok tinggi ni. Jadi aku rasa betul la kot ke'famous'an diorang ni😅...

Kedai tepi rumah jer. Ada la 2-3 bijik gazebo bawah pokok rendang. Aku nak try la cendol diorang sedap ke tidak..... aku ambil cendol pulut dan cendol jagung...

cendol pulut
cendol pulut

cendol jagung
cendol jagung
Nak kata sedap sangat pun, takde la sangat...tekak aku biasa-biasa saja la... mungkin dah pernah rasa yang lagi padu dari yang ni kot... Tapi enjoy la makan cendol bawah pokok.

Selain cendol, ada gak la menu lain. Boleh tengok menu lain tu dalam menu kat bawah ni. Aku try la nak makan mee rebus johor, jemput-jemput ikan bilis dan roti bakar.

Menu Cendol Songkok Tinggi Gazebo
Menu Cendol Songkok Tinggi Gazebo

mee rebus johor
mee rebus johor

roti bakar
roti bakar

jemput-jemput ikan bilis
 jemput-jemput ikan bilis
Nak makan santai-santai petang-petang, boleh la nak datang sini. Alamat lengkap Cendol Songkok Tinggi Gazebo ni adalah Jalan Gedung Lalang 1, Kampung Jiboi Baru, 70400 Ampangan, Negeri Sembilan. GPS koordinat dan google map adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 2°44'05.7"N 101°58'18.5"E atau 2.734928, 101.971808


Cendol padu di Haji Shariff Cendol, Bandar Seremban, Seremban

Haji Shariff Cendol
Haji Shariff Cendol
Siapa sangka di tengah-tengah Bandar Seremban ni ada kedai jual cendol yang padu. Bangunan ni dari jauh pun dah boleh nampak. Bangunan warna hijau. Parking pun senang gak. Tapi kena bayar la sikit.

Berbalik kepada cendol, ada pelbagai jenis cendol ada di sini, antaranya cendol pulut, cendol jagung dan lain-lain. Selain tu, diorang juga ada jual rojak pasembor.

cendol biasa
cendol biasa

cendol jagung
cendol jagung

4 mangkuk cendol
4 mangkuk cendol

6 mangkuk cendol
6 mangkuk cendol
Ramai juga yang datang ke sini. Kalau nak makan rojak, kena datang awal sikit. Kalau lambat dah habis. 

Selalu kalau nak cendol padu, belah-belah utara je banyak. Ni kira rare la ada cendol di tengah-tengah bandar Seremban. Sangat rekomen untuk korang cuba. Boleh cari Haji Shariff Cendol ni guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 2.727287755899143, 101.94003537117402

Restoran Cendol Pulut Haji Johari, Napoh, Jitra

 

Restoran Cendol Pulut Haji Johari
Restoran Cendol Pulut Haji Johari

Restoran Cendol Pulut Haji Johari
Restoran Cendol Pulut Haji Johari
Restoran Cendol Pulut Haji Johari ni terletak di KM17.3 LEBUHRAYA UTARA SELATAN PEKAN, Napoh, 06000 Jitra, Kedah. Restoran ni kira macam RnR la bagi yang nak bercuti ke arah utara. Biasanya orang yang nak pergi ke Padang Besar ataupun nak ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis ataupun nak jalan-jalan ke Perlis. Di sini ada disediakan surau dan tandas untuk para pelanggan diorang. Selesa la jugak. 

Di restoran ni biasanya orang akan order cendol la. Ada macam-macam jenis cendol. Cendol tapao pun ada😋😋... Yang aku paling suku di restoran ni adalah cucur udang diorang. Memang terbaik dengan kuah kacang yang mantap dan padu, menambahkan lagi selera...

Aku pernah review pasal Restoran Cendol Pulut Haji Johari ni. Masa tu tahun 2017. Boleh rujuk posting tersebut dalam blog ni DISINI.

cucur udang kuah kacang
cucur udang kuah kacang

yang ni cendol tapai, tapi dah dikacau-kacau dah (tak sempat snap diawal kejadian..hihih)
yang ni cendol tapai, tapi dah dikacau-kacau dah (tak sempat snap diawal kejadian..hihih)

Selain tu, ada banyak lagi la menu di restoran cendol pulut haji johari ni. Makanan tambahan lain yang aku order adalah nasi ayam penyet, laksa dan moi sup daging. Memang sedap. Laksa pun padu gak la. Recommeded...
laksa
laksa

moi sup daging
moi sup daging

nasi ayam penyet
nasi ayam penyet
Kepada yang nak singgah di Restoran Cendol Pulut Haji Johari ni, korang boleh cari di Napoh, sebelah jalan jer... atau korang boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 6°21'51.5"N 100°25'22.0"E atau 6.364297, 100.422790



Cara-cara Buat Cendol

Cendol
 Cendol

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu tepung jagung
  • 3 cawan air pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Sedikit perwarna hijau
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
3. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Cara Buat Air Cendol:
1. 1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (tak perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama sedikit).
2. Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan (dimasak lama, lebih kurang 1 jam).
4. Untuk melikatkan campur dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
5. Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, dan bahan tambahan lain ikut citarasa anda.

Jom pekena Ais Tingkap di Lebuh Tamil, George Town Pulau Pinang

 Ais Tingkap hanya boleh dapat di Pulau Pinang sahaja. Terletak di Lebuh Tamil, George Town, sering menjadi tumpuan dan kunjungan orang ramai terutamanya orang luar dari Pulau Pinang. Ais Tingkap ni adalah air sirap yang ditambah dengan selasih, ais kepal, isi kelapa dan sedikit semburan ( semburan ni aku taktau padia... kot-kot korang singgah sini tolong tanya sat depa ni). Ais Tingkap ni aku pernah dah review dalam posting yang lepas. Boleh klik SINI untuk tengok.

Ais Tingkap
Ais Tingkap
Ais Tingkap ni kedai tepi jalan je. Tempat yang tak proper sangat, namun tetap menjadi tumpuan ramai. 
kedai Ais Tingkap
kedai Ais Tingkap

kedai Ais Tingkap
kedai Ais Tingkap
Selain Ais Tingkap yang menjadi menu killer di sini, terdapat juga menu lain yang tak kurang juga sedapnya. Di Ais Tingkap ni juga, ada cendol dan nasi lemak. Cendol ada macam-macam jenis dan sedap, juga nasi lemak pun sedap.
cendol jagung
cendol jagung

cendol pulut
cendol pulut

nasi lemak pun sedap
nasi lemak pun sedap
kepada yang nak cari lokasi Ais Tingkap ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat : 5°25'04.2"N 100°19'53.1"E atau 5.417830, 100.331403


Kamal Cendol Kepala Batas, mesti mau cuba!


Cendol jagung

cendol pulut
Kamal cendol yang terletak terletak di Kepala Batas, seharusnya korang kena cuba. Kat Kepala Batas, Pulau Pinang ni, kamal cendol memang famous la. Kamal cendol ni buka kedai tetap yang dalam bangunan, tapi kamal cendol ni, berniaga di tepi jalan je, bersebelahan dengan pagar padang sekolah. Bertentangan dengan kamal cendol ni, ada kuil hindu.
gerai kamal cendol bersebelahan dengan bus stop
Camtu la rupa gerai kamal cendol ni (gambar di atas). Bawah pokok, bersebelahan dengan bus stop, di belakang padang sekolah, di depan ada kuil hindu. selain tu, aku pekena jugak nasi lemak yang diorang letak atas meja tu..
nasi lemak bungkus

sedap jugak nasi lemak ni
Apa lagi..kalau dah ada di Kepala Batas ni, meh la singgah pekena cendol best in kepala batas nih. Tapi datang sebelum pukul 6 petang la..Pukul 6 dah nak tutup... Aku sertakan gps koordinat dan googpe map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°30'60.0"N 100°25'43.1"E atau 5.516656, 100.428625

Nak sejukkan tekak dengan Mr Cendol, di Lumut Perak

Mr Cendol, Lumut Perak
 Jalan-jalan kat lumut ni, kalau musim panas tu, mau rasa macam nak terbakar je muka. Yang menjadi lebih panas lagi, pekan Lumut ni, betul-betul sebelah dengan laut. Ada jeti feri lama yang bawa penumpang ke Pulau Pangkor. Jadinya, panas-panas macam ni, sedap ooooooo kalau pekena cendol.. alangkah nikmatnya apabila cendol yang sejuk tu masuk membasahi saluran esofagus korang...
dalam kedai
Jalan punya jalan, terjumpa la dengan Mr Cendol.... Mr Cendol ni betul-betul depan jalan yang agak sibuk sikit di pekan Lumut ni. Dekat kawasan tu, biasanya orang ramai singgah sebab nak beli hasil laut yang dikeringkan atau produk makanan yang berasakan hasil laut. Nak beli ikan bilis yang berkualiti pun ada kat sini.....bilis mata biru.
banyak cawangan rupanya Mr Cendol ni...
Mr Cendol ni rupanya banyak cawangan ada di Perak kalau tengok kat dalam gambar dalam kedai Mr Cendol tu. Dekat Lumut ni salah satu cawangannya lah...Tanpa membuang masa, aku terus mengoder cendol idaman....
cendol jagung

cendol pulut
Kepada yang nak mencari Mr Cendol ni, rule no. 1, korang kena la pergi Lumut kan..hihihi... Ok la aku kasi mudah kat korang yang mana dah ada area Lumut ni, korangset je gps koordinat yang aku bagi tu...tak jumpa jugak boleh tengok google map.
gps koordinat Mr Cendol, Lumut : 4°14'07.2"N 100°37'55.8"E atau 4.235329, 100.632168

Jom makan cendol di BM Best Cendol, Bukit Mertajam

BM Best Cendol, Bukit Mertajam
BM Best Cendol, Bukit Mertajam Pulau Pinang merupakan salah satu tempat untuk korang singgah jika korang berada di sekitar Bukit Mertajam. Cendol ni memang terbaik dan menjadi tumpuan peminat-peminat cendol. BM Best Cendol ni terletak di Jalan Danby. Bila Korang masuk je ke Jalan Danby ni, korang akan nampak signboard besar GERAI JALAN DANBY. Dekat situ la ada BM Best Cendol, gerai yang paling depan sekali. Gerai dicelah-celah bangunan, tapi dah siap berbumbung la.
Di sini ada cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang, cendol biasa. Sejukkan tekak dengan cendol waktu musim panas memang terasa kenikmatan. Selain cendol di BM Best Cendol ni, ada juga menu makanan yang goreng-goreng, nasi bihun, koay teow. Tapi biasanya orang akan order cendol dulu la kan. Penat-penat cari BM Best Cendol, tetiba dah sampai tak order cendol...tak tercapai objektif..hihihihihi.
menu utama cendol dan senarai menu makanan BM Best Cendol

Cendol pulut
aku order semangkuk cendol pulut. Memang sedap dan terbaik lah. Pulut pun lembut je. Santan pun ok. Part yang paling penting dalam cendol ni, tahap kepekatan santan. Kalau santan ok, yang lain akan ok.
Kepada yang tak biasa dengan jalan-jalan di Bukit Mertajam ni, korang boleh guna gps koordinat yang aku dah sediakan di bawah. Jalan di Bukit Mertajam ni kebanyakkannya jalan sehala. Lagi satu parking masalah sikit la, ikut nasib korang la...kalau nasib baik dapat parking dekat dengan BM Best Cendol ni.
gps koordinat BM Best Cendol : 5°21'48.9"N 100°27'40.5"E

Jom makan pulut durian di Cafe Milla Hana Pulut Kedah, Tikam Batu, Kedah

Cafe Milla Hana Pulut Kedah
Musim-musim tengah banyak durian ni, ramai orang jual durian ditepi-tepi jalan. Sebab dah banyak sangat, harga durian pun jatuh jugak. Ada yang jual serendah RM4 sebiji. Mungkin ada yang lagi murah kot. Ada yang suka makan dengan pulut, ada yang suka buat bubur, ada yang suka makan dengan cendol, ada yang suka makan macam tu je...masing-masing punya pilihan. Haaaaa... oleh yang demikian, aku nak share kat korang satu tempat yang sempoi untuk makan durian ni. Sapa-sapa duduk area utara ni, aku nak suggest kat korang Cafe Milla Hana Pulut Kedah yang terletak di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
longgokan durian di Cafe Milla Hana Pulut Kedah
 Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni, betul-betul bertentangan dengan Pasar Awam Tikam Batu. Makna kata kalau jumpa pasar awam ni, pastinya korang akan jumpa dengan Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni. Yang menariknya di sini, korang boleh makan durian sampai kenyang dengan syarat tak boleh bawa balik. Makan sampai muntah hijau pun takpa...hihihi. Ada pakej-pakej yang korang boleh pilih. Semuanya aku dah tolong snap senarai menu untuk korang. Senarai menu tu boleh tengok kat bawah sekali. Aku dah tempek kat situ. Itu kalau korang datang memang nak makan durian sesaja. 
tempat makan yang luas dan selesa
Kalau korang nak makan dengan pulut, pun ada juga disediakan. Sama ada korang nak pilih set or ala carte je pun boleh. Pulut ni korang boleh pilih nak makan pulut durian or pulut mangga. Dua-dua ada. Menu-menu sampingan yang lain macam cendol durian, ais krim durian, durian creepe pun ada juga. Tempat makan pun agak selesa dan luas. Korang boleh pilih dan duduk temapat yang ada aircond or tempat yang terbuka. Kalau nak selesa sikit, duduk tempat aircond la kan...hihihihi. lagi satu nak bagitau kat sini, Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin. Isnin cuti. Start dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.
pulut durian (now you see)

pulut durian (now you don't)
Oleh sebab purpose aku datang ke Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni aku nak makan pulut durian, so aku order pulut durian je. Aku ambil yang set. Makan durian sampai muntah hijau, lain kali aku datang...hihihihi.. Kalau ambil set, korang boleh dapat durian creepe, ais krim durian, cendol durian...ikut set yang korang pilih la. Memang terbaik la pulut durian ni. Pulut yang lembut, lemak berkrim disukai ramai. Kalau tak cukup lemak lagi, korang boleh tambah sendiri santan ikut citarasa korang sebab diorang sediakan sekali santan untuk korang adjust sendiri ikut suka hati korang. Ok la, korang boleh tengok sendiri la gambar-gambar lain di bawah, menu-menu yang ada di Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni dan juga gps koordinat untuk datang ke sini.





santan untuk pulut durian

cendol durian

durian creepe

ais krim durian

menu pakej makan durian samapai puas

menu 1 : Cafe Milla Hana Pulut Kedah

menu 2 : Cafe Milla Hana Pulut Kedah

menu 3 : Cafe Milla Hana Pulut Kedah
Lokasi mengikut google map dan gps koordinat untuk ke Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni pun aku sertakan sekali untuk memudahkan pencarian korang. Bagi yang tak biasa datang ke Tikam Batu, better pakai je gps koordiant seperti di bawah:
gps koordinat Cafe Milla Hana Pulut Kedah : 5°35'17.6"N 100°26'22.4"E