Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Bawa anak jalan-jalan tengok ikan di The Top Boutique Aquarium, Komtar Pulau Pinang

 

Top Boutique Aquarium, Komtar Pulau Pinang
Top Boutique Aquarium, Komtar Pulau Pinang
Satu lagi tarikan di Pulau Pinang iaitu Top Boutique Aquarium, yang terletak di bangunan Komtar Pulau Pinang. Boleh bawa anak jalan-jalan tengok ikan di sini. Banyak jenis ikan ada dalam ni. Selain tu ada juga pertunjukan feeding fish. Jadual feeding fish tu dalam gambar dibawah ni.
Jadual feeding fish
Jadual feeding fish
Antara gambar-gambar ikan yang aku sempat snap dalam aquarium ni, boleh tengok di bawah ni.

The Top Boutique Aquarium

The Top Boutique Aquarium

The Top Boutique Aquarium

The Top Boutique Aquarium

The Top Boutique Aquarium

The Top Boutique Aquarium

The Top Boutique Aquarium

Kalau nak ke aquarium ni, boleh cari di Komtar. Harga tiket untuk dewasa RM38 manakala bagi kanak-kanak RM33.

GPS koordinat Komtar: 5.414589843885554, 100.32992054880494



Cara mudah membeza ikan berformalin (ada bahan pengawet) & tak berformalin

 Ikan berformalin/bahan pengawet:
1. Warna ikan lebih cerah  dan "bersih"
2. Ikan lebih kenyal/keras
3. Tidak berbau 
4. Insang berwarna merah kegelapan
5. Tidak berlendir
6. Mata ikan putih/bukan jernih
7. Tidak dihinggapi lalat walaupun di tempat terbuka

Ikan tanpa pengawet:
1. Mata ikan jernih
2. Insang berlendir
3. Warna ekor /sisik kekal
4. Bau ikan kuat dan segar
5. Cepat dihinggapi lalat
6. Insang berwarna merah segar

Info tambahan:
Cara ujian ringkas kehadiran bahan pengawet dalam ikan/daging ayam dengan getah betik (getah betik boleh di ambil dari buah betik muda yang segar, caranya:
Rendamkn ikan/daging ayam dengan sedikit air, di atas rendaman tadi..kelar-kelarkan kulit betik tadi..biarkan getah betik menitik secukupnya..balik-balikkan ikan/daging tadi...jika terdapat gumpalan-gumpalan putih atas air rendaman tadi bermakna ada bahan pengawet pada ikan/daging ayam tersebut..

PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN 
Rendam ikan dengan air asam jawa dan potong limau kasturi atau limau nipis-nipis dan gaul bersama ikan dan air asam jawa. Biarkan seketika. Kemudian masak seperti biasa.

#4 Menu Lunch

Harini aku nak share makanan yg aku ambil bila aku lunch kat tempat kerja..walaupun makan di kedai, kena jugak pandai pilih makanan. 

kurangkan ambil kuah..lebihkan sayur..elakkan ambil makanan yg bergoreng minyak banyak..cth ayam goreng. walaupun mmg sedap kann..ayam goreng rempah..perghh

Tapi...demi nak sehat aku pejam je la mata. Harini aku ambik ikan masak taucu, ulam2an dan nasi. still kena ikut portion ye!



Jemput makan!

Restoran The Manhattan Fish Market, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya

Teringin nak makan ikan gaya moden? Jom kita ke restoran The Manhattan Fish Market yang terletak di dalam Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya. Jika korang berada di sekitar Seberang Jaya laaa.. Kalau korang kat KL, cari la restoran The Manhattan ni area KL.. Jangan bendul sangat ek...hahahaha..
Memang betul la cara masakan ikan di sini ala-ala western. Lari sikit dari citarasa kampung or masakan ala-ala thai yang biasanya kita makan.
Restoran The Manhattan Fish Market, Sunway Carnival, Seberang Jaya

Dalam Restoran The Manhattan Fish Market
Ada banyak menu menarik di sini. Kunjungan aku ke The Manhattan Fish ni, aku just makan dua jenis menu sahaja yang terdapat di sini. Itu pun dan cukup menyengangkan. Aku makan The Manhattan Fish N Chip dan juga Grilled and Baked Adventure (ayam).
The Manhattan Fish N Chip 

Grilled and Baked Adventure (ayam)
Minum pulak, paling murah pun di Manhattan Fish berharga RM7. Mahal la jugak air diorang. Untuk minuman di The Manhattan, aku layan cuppuccino.
cuppuccino
Begitulah ceritanya aku di The Manhattan Fish di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya. Jika korang nak cari restoran ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti dibawah:
GPS Koordinat : 5°23'55.6"N 100°23'53.5"E atau  5.398763, 100.398186