Showing posts with label Sungai Ular. Show all posts
Showing posts with label Sungai Ular. Show all posts

Sarapan pagi roti canai dan nasi campur di Kedai Makan Abang Mat, Sungai Ular, Kulim

Kedai Makan Abang Mat, Sungai Ular, Kulim
Kedai Makan Abang Mat, Sungai Ular, Kulim
Kedai Makan Abang Mat ni terletak di Sungai Ular, Kulim Kedah. Kat sini korang boleh bersarapan pagi roti canai. Standard la kan sarapan roti canai... yang rare di Kedai Makan Abang Mat ni, korang boleh bersarapan pagi nasi campur!πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ... Alahhh nasi campur yang korang makan waktu tengahari tu.. di Kedai Makan Abang Mat ni nasi campur dah ada seawal sarapan pagiπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. Jadi apa lagi korang mau? Bedal saja laaa...

Tapi aku datang sini nak sarapan roti canai. Jadi aku order roti canai jer la. Nasi campur next time kalau datang lagi aku try plak nasi campur. Masa aku datang ni, diorang dah tukar sistem nak order style layan diri, so korang jangan dok harap ada orang datang nak ambil order kat mejaπŸ˜‚πŸ˜‚

pelbagai masakan dan lauk pauk untuk nasi campur
pelbagai masakan dan lauk pauk untuk nasi campur

roti canai kena ambil sendiri (layan diri)
roti canai kena ambil sendiri (layan diri)

roti canai banjir
roti canai banjir
Kepada yang nak datang ke Kedai Makan Abang Mat ni, boleh cari di Sungai Ular, Kulim atau korang boleh saja guna gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°22'19.2"N 100°34'41.8"E atau 5.371999, 100.578264

Roti Canai bawah pokok kelapa sawit, Sungai Ular, Kulim Kedah

Roti Canai bawah pokok kelapa sawit
Roti Canai bawah pokok kelapa sawit

Roti Canai bawah pokok kelapa sawit
Roti Canai bawah pokok kelapa sawit
Port makan roti canai di Kulim, korang boleh cari di Sungai Ular, Warung Roti Canai Kelapa Sawit. Ada juga panggil warung ni Warung Roti Canai Simpang Sungai Ular ataupun Kedai Roti Canai Pak Lang. Apapun orang nak panggil warung ni, semuanya merujuk kepada warung yang sama. 

Warung ni terletak betul-betul di Simpang Sungai Ular. Waktu pagi memang menjadi tumpuan warung ni. Tempat orang cari roti canai untuk bersarapan pagi.

roti canai banjir
roti canai banjir
Aku makan roti canai banjir jer. Banjir dengan kuah dal. Selain roti kosong, korang boleh cuba gak la jenis roti canai yang lain. Antaranya roti canai tampal, roti canai telur, roti canai sardin dan sebagainya.

Makan waktu pagi di sini sempoi dan nyaman..duduk santai di bawah pokok kelapa sawit. Kepada yang nak datang ke sini, aku sediakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan.

GPS Koordinat: 5°22'21.1"N 100°34'52.9"E atau 5.372513, 100.581352



 

Sarapan pagi di Warung Buluh Sungai Ular, Kulim Kedah

 Warung Buluh di Sungai Ular, Kulim Kedah ni sempoi gak la buat port pagi-pagi nak breakfast di Kulim ni. Di warung ni ada banyak makanan yang korang boleh pilih untuk makan breakfast. Tempat pun betul-betul tepi jalan dan tak susah sangat nak parking.

Warung Buluh Sungai Ular, Kulim
Warung Buluh Sungai Ular, Kulim
Standard tekak orang melayu, pagi-pagi kebanyakkannya mesti cari roti canai untuk sarapan, pun boleh cari di warung buluh ni. Selain roti canai, ada juga nasi lemak, kuih dan yang rare sikit makanan untuk breakfast ni, di warung buluh juga ada nasi kerabu dan nasi dagang.

Selain tu ada juga, mee kuah, nasi ayam. Macam-macam adaaaaa..... sebab tu la sering kali menjadi tumpuan orang ramai waktu pagi.

roti canai
roti canai
nasi kerabu
nasi kerabu

mee kuah daging
mee kuah daging
Kepada yang nak bersarapan di sini, korang boleh cari Warung Buluh ni di Sungai Ular, Kulim atau pun korang boleh guna je gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat : 5°22'29.0"N 100°34'48.9"E atau 5.374717, 100.580252