Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

Makan tengahari nasi padang di Restoran Padangs On Wheels, Seksyen 13, Shah Alam

 Kebetulan aku ada hal sikit dekat Shah Alam ni, sebelum balik, nak cari port makan tengahari yang sempoi sikit area Shah Alam ni. Hasil dari googlelan aku, terjumpa la Restoran Padangs On Wheels ni yang terletak di Syeksen 13, Shah Alam. Restoran ni berkonsepkan nasi padang. Apa tu nasi padang?...Nasi Padang adalah hidangan nasi yang berasal dari kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ini adalah salah satu jenis masakan Indonesia yang popular dan terkenal di seluruh negeri tersebut. Nasi Padang terdiri dari nasi putih yang disajikan dengan berbagai macam hidangan lauk-pauk dan sambal yang pedas.

Restoran Padangs On Wheels, Seksyen 13, Shah Alam
Restoran Padangs On Wheels, Seksyen 13, Shah Alam

cantik juga dalam restoran ni
cantik juga dalam restoran ni
Biasanya, hidangan lauk-pauk dalam Nasi Padang terdiri dari berbagai daging seperti ayam, daging sapi, ikan, atau kerang. Makanan laut seperti udang dan sotong juga sering dihidangkan. Hidangan lainnya termasuk gulai (semacam kari kental) yang beragam, rendang (daging lembu kering yang dimasak dengan rempah-rempah), dendeng (daging lembu asap), telur balado (telur rebus dengan sambal pedas), dan banyak lagi.

beraneka jenis lauk pauk
beraneka jenis lauk pauk

boleh pilih yang mana korang suka
boleh pilih yang mana korang suka

ada juga kuih muih
ada juga kuih muih
Nasi Padang juga dikenali dengan hidangan sambalnya yang pedas. Ada berbagai jenis sambal yang korang akan jumpa dalam hidangan ini, seperti sambal hijau, sambal merah, sehingga sambal balado. Hidangan ini biasanya disajikan dalam portion yang kecil dengan hidangan lauk-pauk yang ditempatkan di atas meja. Korang boleh pilih hidangan yang korang suka, dan hanya membayar untuk hidangan yang korang makan saja. Tapi dekat sini aku tak pasti macam mana praktisnya.. Mungkin diorang apply jugak kot..sebab aku ada nampak meja sebelah aku diorang buat macam tu..Wallahualam....Tapi yang aku makan ni, bayar macam biasa ler...😁
ikan keli goreng
ikan keli goreng

ikan keli masak lemak cili api
ikan keli masak lemak cili api

terung berlado
terung berlado

ni set lauk yang aku makan, tambah juga kuah kari kosong
ni set lauk yang aku makan, tambah juga kuah kari kosong

siap dengan nasi lapik dengan daun pisang
siap dengan nasi lapik dengan daun pisang
Gambar-gambar kat atas ler menu yang aku makan..memang sedap dan padu...recommended untuk korang try.
Restoran Padangs On Wheels ni buka setiap hari kecuali hari Isnin, bermula dari jam 7.30 pagi hingga 7 malam dan beralamat di no 60, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Selain di Syeksen 13, Restoran ni juga ada cawangan di tempat lain. Sebagai panduan korang, disertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan.
GPS Koordinat: 3°04'52.4"N 101°32'24.3"E atau 3.081219, 101.540082

Senarai 29 pasar malam yang terdapat di sekitar Bandaraya Shah Alam, Selangor

 Setakat hari ini, di Selangor, jumlah pasar malam yang mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebanyak 335 buah pasar malam. Korang boleh rujuk website PBT. Ada dinyatakan angka tersebut. Dalam posting ni aku nak focus pada pasar malam yang terdapat di Shah Alam. Di Shah Alam , PBT adalah MBSA. Dalam senarai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pasar malam di Shah Alam berjumlah sebanyak 29 buah pasar malam. Senarai pasar malam tersebut, adalah seperti berikut:

1. Kawasan: Seksyen 6
    Tapak Lokasi: Tempak Letak Kereta Pasar Mode 
    Hari: Selasa & Jumaat

2. Kawasan: Seksyen 7
    Tapak Lokasi: Jalan Plumbum 7/28 (Belakang Gerai Majlis)
    Hari: Rabu

3. Kawasan: Seksyen 16
    Tapak Lokasi: Jalan 16/3
    Hari: Isnin

4. Kawasan: Seksyen 17
    Tapak Lokasi: Tempat Letak Kereta Pasar Malam Seksyen 17/9
    Hari: Selasa

5. Kawasan: Seksyen 17
    Tapak Lokasi: Jalan padang, Kg. Padang Jawa
    Hari: Jumaat

6. Kawasan: Seksyen 18
    Tapak Lokasi: Jalan 18/A dan 18/2
    Hari: Isnin

7. Kawasan: Seksyen 19
    Tapak Lokasi: Jalan 19/D dan 19/E
    Hari: Sabtu

8. Kawasan: Seksyen 20
    Tapak Lokasi: Jalan Singa C 20/C
   Hari: Sabtu

9. Kawasan: Seksyen 24
    Tapak Lokasi: Jalan 24/B dan 24/15
    Hari: Rabu

10.Kawasan: Seksyen 25
     Tapak Lokasi: Jalan 25/38
     Hari: Jumaat

11. Kawasan: Seksyen 27
      Tapak Lokasi: Jalan 27/6
      Hari: Khamis

12. Kawasan: Seksyen 28
      Tapak Lokasi: Jalan 28/35
      Hari: Isnin

13. Kawasan: Seksyen 30
      Tapak Lokasi: Lorong Hj Yusof, Kg. Jalan Kedan
      Hari: Selasa

14. Kawasan: Seksyen 30
      Tapak Lokasi: Lorong Hj Said, Kg. Jalan Kebun
      Hari: Jumaat

15. Kawasan: Seksyen 31
      Tapak Lokasi: Jalan Anggerik Mokara 31/E (Kota Kemuning)
      Hari: Selasa

16. Kawasan: Seksyen 32
      Tapak Lokasi: Jalan Rezab Buang, Kg. Bukit Naga
      Hari: Jumaat

17. Kawasan: Seksyen 34
      Tapak Lokasi: Jalan Stering 34/6
      Hari: Isnin

18. Kawasan: Seksyen 36
      Tapak Lokasi: Jalan Sg. Kandis, Kg. Sungai Kandis
      Hari: Rabu

19. Kawasan: Seksyen 36
      Tapak Lokasi: Jalan Nagasari 36/1, Desa Latania
      Hari: Sabtu

20. Kawasan: Seksyen U2
      Tapak Lokasi: Jalan Saujana Indah 1 (TTDI Jaya)
      Hari: Jumaat

21. Kawasan: Seksyen U5
      Tapak Lokasi: Jalan Bulan BV U5/BV (Subang 2)
      Hari: Sabtu

22. Kawasan: Seksyen U5
      Tapak Lokasi: Kg Melayu Subang Tambahan
      Hari: Khamis

23. Kawasan: Seksyen U5
      Tapak Lokasi: Mah Sing (Jalan U5/18A, Pinggiran Subang)
      Hari: Rabu

24. Kawasan: Seksyen U6
      Tapak Lokasi: Dataran Pasar Tani, Kg. Bertik Subang
      Hari: Isnin

25. Kawasan: Seksyen U6
      Tapak Lokasi: Dataran Pasar Tani, Kg Melayu Subang
      Hari: Sabtu

26. Kawasan: Seksyen U13
      Tapak Lokasi: Jalan A U13/A, Setia Alam
      Hari: Ahad

27. Kawasan: Seksyen U16
      Tapak Lokasi: Taman Bukit Subang
      Hari: Rabu

28. Kawasan: Seksyen U19
      Tapak Lokasi: Kg. Paya Jaras Tengah
      Hari: Selasa, Khamis & Sabtu

29. Kawasan: Seksyen U20
      Tapak Lokasi: Jalan Perusahaan A/1
      Hari: Isnin

Jom try makan di Restoran Bawal Padu, Seksyen 16 Shah Alam

 

Restoran Bawal Padu
Restoran Bawal Padu
Restoran Bawal Padu ni terletak di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Aku sebenarnya nak cari kedai makan lain untuk makan malam aku...Tapi kedai makan tu tutup la plak... jadi aku secara tak sengaja terjumpa la dengan Restoran Bawal Padu...Macam menarik...terus aku terjah masuk la nak try makan sepadu mana seperti di claim😅😅😅😅
menu yang ada di bawa padu
menu yang ada di bawa padu

menu minimuan bawal padu
menu minimuan bawal padu
Ada banyak menu makanan yang sempoi-sempoi selain bawal padu....ada set menu ayam bakar, kambing bakar, keli goreng, sotong bakar, sotong goreng tepung, talapia goreng, ayam goreng kunyit...

Untuk menu makan malam aku malam ni, aku pilih untuk makan set bawal padu dan set keli goreng..

set keli goreng
set keli goreng

set bawal padu
set bawal padu

set sambal setiap menu makanan
set sambal setiap menu makanan
Ok la menu-menu kat sini..rare dari restoran yang lain..korang boleh la cuba kalau datang ke Shah Alam ni...Aku sertakan GPS koordinat dan google Map Restoran Bawal Padu ni seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°03'23.2"N 101°29'25.8"E atau 3.056454, 101.490504


Kueh Cafe di Seksyen 13, Shah Alam

Kueh Cafe
Kueh Cafe

Kueh Cafe
Kueh Cafe
Kueh Cafe ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Bersebelahan dengan Kueh Cafe ni adalah Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang. Dari jauh dah boleh cam kueh cafe ni sebab restoran kueh cafe ni warna hitam😅
Terdapat pelbagai jenis kuih yang ada di Kueh Cafe ni...Korang boleh makan di kedai ataupun bawa balik saja. Kebanyakkan kih-kuih adalah kuih tradisional..
bertimbun kuih-kuih tradisional
bertimbun kuih-kuih tradisional

kuih muih yang sedap
kuih muih yang sedap
Aku beli bungkus jer...aku beli bubur kacang, kaswi gula merah, cara manis, popia sira sambal and then makan dalam kereta jer....
inilah hasil shopping kuih di Kueh Cafe
inilah hasil shopping kuih di Kueh Cafe
Maka, peminat-peminat kuih boleh la datang ke kuih cafe ni yang menyediakankan pelbagai jenis kuih. Kueh Cafe ni beralamat di No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor.
Sebagai panduan untuk ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk ke sini.

Koordinat: 3°05'16.4"N 101°32'41.2"E atau 3.087893, 101.544786

Sarapan pagi nasi lemak di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, Seksyen 13, Shah Alam

Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang (abaikan bro2 yang kena tutup mata tu😅)

Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Alamat lengkap Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ni adalah no 2, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Biasanya kita akan cari nasi lemak kan..kalau nak sarapan pagi...jadi aku pun camtu gak la..masih mencari nasi lemak pada kebiasaannya kalau nak bersarapan...Tapi sebenarnya Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ni buka dari pagi hingga lewat malam... maknanya korang nak makan nasi lemak bila-bila masa pun ada😅😅😅...

nasi lemak ayam goreng
nasi lemak ayam goreng

nasi lemak ayam goreng dan sambal kerang
nasi lemak ayam goreng dan sambal kerang
Dari segi kesedapan, nasi lemak disini not bad la...sedap gak..nasi lemak yang berlemak yang menambah kepaduan nasi lemak ni. Recommended untuk korang juga datang ke sini. 

Apa yang menariknya aku pernah juga makan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, tapi bukan di Shah Alam, tapi di Sungai Petani. Boleh rujuk posting aku pasal Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Sungai Petani ni DISINI.

Disertakan dalam posting aku ni GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke sini.

GPS koordinat: 3°05'16.0"N 101°32'40.9"E atau 3.087763, 101.544695

Makan Nasi Kukus Di Restoran Nasi Kukus RZ, Seksyen 7, Shah Alam

 

Restoran Nasi Kukus RZ
Restoran Nasi Kukus RZ

Restoran Nasi Kukus RZ
Restoran Nasi Kukus RZ

Restoran Nasi Kukus RZ
Restoran Nasi Kukus RZ
Peminat nasi kukus yang berada di area Shah Alam, terutamanya di Seksyen 7, korang boleh cari di restoran Nasi Kukus RZ yang beralamat di no 2, Jalan Plumbum Aa 7/Aa, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor...

Simple je menu nasi kukus ni...diorang goreng ayam panas-panas...lepastu customer beratur dan ambil sendiri ayam goreng dan segala eksesori nasi kukus seperti sambal, kuah kari, timum dan sebagainya.

nasi kukus ayam goreng yang terlajak sedap
nasi kukus ayam goreng yang terlajak sedap😋😋😋😘
Nasi kukus di Restoran Nasi Kukus RZ ni memang padu!... Aku suka la makan nasi kukus di sini...ayam goreng pun padu...menambahkan lagi selera aku nak makan...

Jadi atas sebab itu, aku merekomenkan untuk korang cuba sendiri nasi kukus di Restoran Nasi Kukus RZ yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ni.....

Bagi yang nak ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map seperti di bawah sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.064363961498563, 101.48832523130557

Restoran Muse - makanan Paskitan di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 Shah Alam

restoran MUSE
restoran MUSE

restoran MUSE
restoran MUSE
Restoran MUSE ni restoran konsep makanan Pakistan. Makanan pun boleh tahan mahal😁😁😁..Alamat restoran MUSE ni adalah di Lot F-19 First Floor Plaza Shah Alam, 2, Jl. Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor...
Hummus with naan
Hummus with naan

plain chapati
plain chapati

kuah dal
kuah dal

Shawarma
Shawarma

lamb seekh kabab
lamb seekh kabab

cheese naan
cheese naan

butter naan
butter naan

pakistani doodh pati
pakistani doodh pati

masala tea
masala tea
Makan ni time hujan-hujan ni, memang syahdu...Menu-menu pakistan ni  nak lebih kurang makanan arab...Ada banyak lagi menu-menu di restoran MUSE ni...Kat bawah ni antara menu di restoran ni yang aku sempat snap.
menu restoran MUSE
menu restoran MUSE

menu restoran MUSE
menu restoran MUSE

menu restoran MUSE
menu restoran MUSE

menu restoran MUSE
menu restoran MUSE

menu restoran MUSE
menu restoran MUSE

menu restoran MUSE
menu restoran MUSE

menu restoran MUSE
menu restoran MUSE

menu restoran MUSE
menu restoran MUSE
Kepada yang nak try makan masakan pakistan ni, boleh la datang ke plaza Shah Alam di Seksyen 9 Shah Alam. GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 3°05'05.7"N 101°31'25.8"E dan 3.084927, 101.523833

Din Mamu Nasi Kandar, Jalan Bani, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam

Din Manu Nasi Kandar, Kampung Jalan Kebun

Din Manu Nasi Kandar, Kampung Jalan Kebun
Din Mamu Nasi Kandar ni terletak di Jalan Bani, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Tapi aku pun konpius, Shah Alam ke Klang, hahahahha. Tapi dalam google map tulis Shah Alam, so aku pun Shah Alam la jugak. Sebenarnya Kampung Jalan Kebun ni sempadan je Shah Alam - Klang.
Bagi korang yang rindu nasi kandar penang yang duduk area sini, boleh la datang untuk mengubat rindu korang tu. Rasanya ok la dengan kuah campur yang bukan kita yang campur sendiri.
nasi kandar.......Din Mamu Nasi Kandar
Kepada korang yang nak makan di Din Mamu Nasi Kandar ni, boleh la ikut gps koordinat dan google map yang aku share kat bawah ni.
gps koordinat : 2°57'57.4"N 101°32'14.4"E atau 2.965944, 101.537337