Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Classic FunFair di Danga Bay, Johor Bahru

 Pernah tengok Filem Senario? Filem yang saiful apek jadi tokey funfair. Haaa... classic kan funfair tu? Camtu la juga kalau korang teringin nak main game kat funfair Danga Bay, Johor Bahru. Walaupun begitu, tetap ramai orang datang dan main game-game di situ.

funfair Danga Bay, Johor Bahru
funfair Danga Bay, Johor Bahru

ada la gak game yang budak-budak suka main
ada la gak game yang budak-budak suka main
Nak main kena le beli tiket dulu. ada game yang RM4, ada RM6, ada juga yang RM10. Ikut jenis game yang korang nak main ler..

Boleh la bawa anak-anak main game sini.. budak-budak suka le benda-benda macam ni. yang penting parents kena tengok-tengokkan anak-anak. jangan lepas camtu tu jer.

Untuk ke FunFair Danga Bay ni, korang boleh follow gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat : 1°28'34.1"N 103°43'24.6"E atau 1.476127, 103.723498

Layan Nasi Beriani di Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru

 Semestinya korang kena cari nasi beriani jika korang melancong ke Johor. Banyak je restoran yang sempoi-sempoi di Johor ni. Di sebabkan aku ada di Johor Bahru, jadi aku pilih untuk makan di Restoran Abah Beriani House yang beralamat di No.12, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.

Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru
 Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru

Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru
 Restoran Abah Beriani House, Johor Bahru
Ada banyak menu nasi beriani di Abah beriani House ni. Ada dua jenis nasi beriani iaitu nasi beriani gam dan nasi beriani gam JDT. Bezanya kalau ambil yang JDT, hidangan yang sampai dalam set bersama air dan papedom. Antara menu nasi beriani adalah beriani gam ayam, beriani gam ayam masak merah, beriani gam lembu, beriani gam kambing, beriani gam burung puyuh, beriani gam kambing masak merah, beriani gam rusa, beriani gam udang, beriani gam ikan dan beriani gam telur.
Dan menu-menu lain yang ada di Abah beriani House boleh rujuk gambar menu di bawah ni.
menu minuman Abah Beriani House
menu minuman Abah Beriani House

menu makanan Abah Beriani House
menu makanan Abah Beriani House

Aku pilih untuk makan nasi beriani ayam masak merah dan beriani lembu di Abah beriani House. Air pulak kalau nak padu, kena order air bandung soda. mantap beb!
complete set nasi beriani
complete set nasi beriani

nasi beriani lembu
nasi beriani lembu

nasi beriani ayam masak merah
nasi beriani ayam masak merah
Memang padu la nasi beriani di Abah Beriani House ni. Recommended untuk korang plak cuba. Jika berhajat nak datang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang cari restoran ni.
GPS koordinat : 1°29'59.5"N 103°42'30.0"E atau 1.499870, 103.708340


Jom makan Kacang Pool Haji, Anjung Selera Larkin (Medan Selera Bomba Larkin) Johor Bahru, Johor

 Datang ke Johor, antara makanan yang wajib dicuba adalah Kacang Pool. Kacang Pool ni boleh dapat di Anjung Selera Larkin (medan selera bomba larkin), gerai nombor 3, Kacang Pool Haji yang di usahakan oleh Haji Mak Pol bin Saimon. Tak pasti Kacang Pool ni berasal dari keluarga Haji Mak Pol atau pun sekadar kebetulan nama lebih kurang sama dengan Kacang Pool. Tapi logiknya boleh jadi diorang la kot...Wallallualam...

Anjung Selera Larkin, Larkin Johor
Anjung Selera Larkin, Larkin Johor

deretan gerai di Anjung Selera Larkin
deretan gerai di Anjung Selera Larkin

gerai no 3, Kacang Pool Haji
gerai no 3, Kacang Pool Haji
Anjung Selera Larkin ni berdekatan dengan Balai Bomba Larkin. So senang la kalau nak cari. Menu utama di Kacang pool haji tentulah kacang poolnya. Kacang pool yang disertakan dengan roti bakar disertakan sekali dengan telur mata dalam kacang pool tersebut...yum yummmm yummmm terbaiklah.
set kacang pool dan roti bakar
set kacang pool dan roti bakar

kacang pool
kacang pool
Selain menu kacang pool, di gerai Kacang Pool Haji  juga ada roti bakar, tahu bakar, nasi lemak dan rojak buah. Boleh cuba semuanya disini.

Selain tu Kacang Pool Haji juga ada kedainya sendiri juga di Larkin tak jauh dari Anjung Selera larkin ni.

roti bakar
roti bakar
Jika korang sedang mencari-cari lokasi Kacang Pool Haji ni, jangan risau jangan segan, korang boleh guna je gps koordinat dan google map seperti dibawah ni.

GPS koordinat : 1°29'08.3"N 103°44'59.7"E atau 1.485631, 103.749910