RESEPI ASAM PEDAS MELAKA ASLI

ASAM PEDAS MELAKA ASLI
ASAM PEDAS MELAKA ASLI

Bahan-bahan:
  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 mangkuk cili kering kisar - boleh letak lebih
  • 3 cm belacan - Liza guna 1cm je
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam
  • (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada hitam blend skali)
  • 3 batang serai - dititik
  • 1 sudu teh halba
  • Daun kesum + bungan kantan
  • Bendi / terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam + gula
  • Minyak utk menumis
Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit..
  • masukkan bahan-bahan blend tadi dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak.. 
  • Dah garing, masukkan gula.. agak-agak ye jangan la manis sangat... masukkan daun kesum dan bunga kantan..
  • masukkan ikan, kacau-kacau sikit, dan masukkan air asam jawa....
  • banyaknya asam jawa tu bergantung kesukaan you all nak buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sangat tak sedap pulak... masam tu you all boleh agak-agak jugak.. jangan sampai masam gilerrr...
  • masukkan bendi or terung...
  • perasakan dengan garam dan biar dia mendidih
  • tutup api....
Petua:
  • asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak...
  • kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam before nak makan... lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu...
  • lagi pekat, lagi sedap...
  • menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...
  • Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. 

RESEPI SUP TELUR

SUP TELUR
SUP TELUR

Bahan-bahan:
  • Telur
  • Isi dada ayam
  • Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)
  • Bawang putih
  • Bawang Merah
  • Halia (penting)
  • Cili
  • Limau kasturi
  • Garam
  • Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)
  • Air
Cara:
  • Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.
  • Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.
  • Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih.
  • Masukkan sayur.
  • Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu.
  • Siap! Selamat mencuba.

Resepi masak cuka ikan tenggiri

Masak cuka ikan tenggiri
Masak cuka ikan tenggiri

Bahan-bahan:
  • 2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
  • 10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus-halus tau)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji Cili padi
  • 1 camca biji sawi (mesti ada yang tak kenai)
  • sikit halia
  • 2 camca Cuka makan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sikit minyak untuk menumih.
Cara-cara:
  • Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.jangan garing sangat tau.
  • Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
  • Masuk bawang kechik & putih
  • Masuk 1/2 cawan air.
  • masuk cuka
  • Garam
  • Gula
  • Cili padi
  • Biar sekejap dan angkat..dah boleh dihidang.
Kredit resepi: Nurhaliza

RESEPI SUP IKAN MERAH

SUP IKAN MERAH
SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan merah anggaran 800grm
  • 3 biji tomato
  • Jus perahan limau nipis secukupnya
  • 1 pokok daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan tumis:
  • 1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 biji lada hitam
  • 5 biji cili api dititk-boleh tambah
* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup

Cara:
  • Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .
  • Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.
  • Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

RRSEPI SUP EKOR ALA THAI

SUP EKOR ALA THAI
SUP EKOR ALA THAI

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kilo ekor lembu
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu bawang besar
  • 15 tangkai cili padi }di belah dua
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji limau nipis
  • 3 biji tomato
CARA MENYEDIAKANNYA:
  • Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. Kacau sampai garing dan masukkan
  • kicap sotong ,kemudian masukkan air dan ekor lembu. Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.Setelah itu masukkan jus limau,daun limau
  • purut, dan bolehlah diangkat.

Resepi Sup Gear Box

Sup Gear Box
Sup Gear Box

Bahan:
  • Kaki lembu dipotong
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Perencah Sup serbuk
  • Rempah menumis
  • Garam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
Cara-cara:
  • Kaki lembu direbus hingga empuk.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang. Bila garing, masukkan rencah sup serbuk. Goreng dengan api perlahan hingga garing dan berbau wangi.
  • Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa.

Resepi sup ketam

 

sup ketam
sup ketam 

Bahan-Bahan:
  • 4 ekor ketam bunga.
  • 4 labu bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1.5 sm halia (dikisar)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 batang serai
  • Garam secukup rasa
  • Daun saderi
  • Air secukupnya
Cara membuatnya:
  • Bersihkan ketam dan tos
  • Tumis bahan dikisar hingga naik bau.
  • Masukkan air dan sup bunjut.
  • Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.

Resepi Pizza roti Gardenia

Pizza roti Gardenia
Pizza roti Gardenia

Bahan-bahannya:
  • Roti Gardenia
  • Keju
  • Sosej dicelur
  • Cendawan dipotong kecil dan celur
  • Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa pun boleh)
  • Bawang Merah potong halus
  • Cili besar potong halus
  • Daun parsley
  • Minyak zaitun
Cara-cara membuatnya:
  • Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili, kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi, ikutlah susun ikut mana pun sukahati. 
  • Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.

Resepi roti gebu

roti gebu
roti gebu

Bahan-bahan:
  • 5 gm garam
  • 500 gm tpg h. protien@tpg roti
  • 100 gm gula
  • 20 gm susu tepung
  • 5 gm bread softner
  • 5 gm bread improver
  • 11 gm yis 
  • 1 biji telur saiz A@2 biji telur saiz C
  • 70 gm butter@marjerin
  • 200 gm air sejuk
(kalau nak buat roti pandan letak 1 sudu besar pandan paste dalam adunan)

Caranya:
  • masukkan satu persatu bahan diatas kecuali air ke dalam mangkuk mixer
  • masukkan air sikit demi sedikit tengok kalau doh agak lembik jangan masukkan semua
  • uli sampai dah betul-betul elastik-keluarkan doh rehatkan dalam 5 minit
  • timbang doh dalam 30@40 gm, bulat-bulat kan dan susun dalam loyang
  • kalau nak letak inti bulat dulu letak inti baru canai(terpulang nak buat paten mana)-tunggu doh naik 2X..
  • spray atas roti dgn air susu@air biasa.. bakar pada suhu 150@160° selama 30minit terpulang oven masing-masing
  • tunggu sejuk simpan dalam bekas kedap udara@bungkus dalam plastik
  • Selamat Meroti😘

RESEPI TENGGIRI MASAK LEMAK BERSAMA PERIA

TENGGIRI MASAK LEMAK BERSAMA PERIA
TENGGIRI MASAK LEMAK BERSAMA PERIA

Bahannya:
5 keping ikan tenggiri sederhana besar dibersihkan.
2 inci kunyit hidup ditumbuk halus.
1/4 cawan cili api  ditumbuk kasar ( ikut tahap kepedasan yang diingini)
santan dari sebijik kelapa
sedikit garam
3 @ 4 keping asam keping
1 biji peria dipotong dan dibelah.

Cara:
Tumbuk kunyit dgn sedikit garam sehingga hancur. Kemudian addkan cili api. Tumbuk cili api tu dipecah-pecahkan jer. Ketepikan
Masukkan ikan dan peria kedalam periuk. Masukkan sekali bahan tumbuk. Gaul perlahan-lahan  semua bahan serata. Addkan  sedikit garam serta asam keping dan santan. Kacau rata semua bahan.
Jerang periuk diatas api. Memula gunakan api yang besar kacau selalu untuk nak mengelakkan santan dari pecah myk. Bila gulai dah nampak cantik dan serata, kecilkan api. Biar gulai mereneh seketika. Addkan garam. Kacau rata atau goyang-goyangkan periuk dan angkat.

RESEPI SUP CENDAWAN

SUP CENDAWAN
SUP CENDAWAN

Bahan-bahan:
  • 500 gram cendawan
  • 1 biji bawang besar (bersaiz sederhana & dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • 200 gram isi ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk/ boleh digantikan dgn cili padi ikut kesukaan )
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 2 cawan air
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih dan lada hitam hingga kekuningan.
  • Masukkan ayam yg telah dipotong kecil-kecil dan kacau hingga separuh masak.
  • Kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan kiub pati ayam dan seterusnya masukkan cendawan.
  • Letak garam dan perasakan mengikut citarasa anda.
  • Setelah cendawan layu, tutup api

Resepi Kek coklat cheese kukus

Kek coklat cheese kukus
Kek coklat cheese kukus

Bahan-bahan:
2 biji telur
1/2 gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pkat manis
Blender semua diatas..

Ayak:
Tepung gandum 1 cwn
Serbuk koko 1/2 cwn
1 sudu kecik baking powder 
1 sudu kecik soda berkarbonat. .

Campur semua bahan tadi..dan masukkan air panas 1/2 cawan.. gaul sebati.

Untuk cheese :
250gm cream cheese
1/2 cawan kecik gula
1 sudu tepung gandum
1 sudu air 
Putar hingga sebati

#kukus cheese 5min pastu letak baru letak adunan kek..kukus sampai masak 😀

Kredit resepi: ha - ni fana (MAHN)