Bawa anak jalan-jalan Pusat Sains Negara, Alor Setar Kedah

Pusat Sains Negara, Alor Setar Kedah
Pusat Sains Negara, Alor Setar Kedah
Kepada hampa semua yang duduk di Area Utara, nak habaq kat hampa Pusat Sains Negara pun ada di belah Utara. Depa boh kat Aloq Setaq. Tak payah dah hampa semua pi panjat naik Kolompo nunnnn... jauhhh..hampa hampa paham la bahasa kedah aku😂😂😂😂

Pusat Sains Negara ni terletak di Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah. PSN yang di Kuala Lumpur tu lebih kurang sama jer dengan yang di Kedah ni, cuma di Kuala Lumpur tu agak besar la sikit dari yang di Kedah ni. Boleh tengok PSN KL yang aku pernah tulis dalam blog aku DISINI
kaunter beli tiket
kaunter beli tiket

tiket masuk
tiket masuk
Sebelum nak masuk tu, kena beli tiket dulu, murah je tiket.....
laluan pintu masuk dan keluar pameran
laluan pintu masuk dan keluar pameran
Then, boleh la korang masuk ke ruang pameran. Ada pelbagai aktiviti sains yang boleh dicuba oleh anak-anak. Sambil main, sambil belajar sains. Ada petugas yang boleh explain kalau korang tak tahu cara-cara nak main aktiviti sains tersebut. Gambar di bawah ni antara ruang-ruang pameran yang ada di Pusat Sains Negara Alor Setar ni...
pameran sains
pameran sains

pameran sains
pameran sains

pameran sains
pameran sains
Selain pameran aktiviti sains, terdapat juga persembahan sains yang aku dipersembahkan oleh petugas PSN. Persembahan sains tu tertakluk kepada waktu-waktu tertentu yang telah ditetapkan sahaja.
persembahan sains
persembahan sains 
Tempat ni memang sesuai untuk bawa anak-anak beraktiviti sains. Sangat menarik dan sangat berinfomatif untuk pembelajaran anak-anak.

Jadi, kepada yang nak datang bawa anak jalan-jalan ke PSN Alor Setar ni, boleh cari PSN ni di Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah dan korang boleh juga cari dengan menggunakan gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°11'27.7"N 100°19'29.5"E atau 6.191039, 100.324870


No comments:

Post a Comment