BAGAIMANA MENGURUS JENAZAH JIKA ANDA ORANG YANG BERADA DI SISI SI MATI?

 Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

 SEJURUS SELEPAS JENAZAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR:
1. Selawat 3 kali, raut muka jenazah dari atas ke bawah supaya mata jenazah tertutup rapat
2. Tutup jenazah dgn sehelai kain dan bakar setanggi utk hilangkan bau jenazah ( hukumnya sunat )
3. Panggil doktor untuk mengesahkan kematian
4. Setelah kematian disahkan, bawa IC arwah ke balai polis untuk melaporkan kematian. Polis akan melihat keperluan post-mortem

SEBELUM TETAMU DATANG:

PERSEDIAAN PEMBARINGAN
1. Ambil tilam saiz single, letak di ruang tamu untuk dijadikan pembaringan. Alaskan tilam tersebut dengan alas tilam kalis air atau plastik. Kalau tiada plastik, boleh ambil plastik alas meja ( jika jenazah tiada apa masalh yg mudarat, tudak perlu guna plastik, memadai tilam sahaja )
2. Letakkan bantal di atas tilam
3. Ambil minyak attar dan letakkan pada tilam untuk menutup bau jenazah atau boleh bakar setanggi

PERSEDIAAN JENAZAH
1. Pergi kepada jenazah, potong pakaiannya. Jika jenazah memakai kain, jika kain tersebut boleh dilurutkan, boleh lurutkan sahaja
2. Tutup jenazah dengan kain batik lepas*
3. Ambil tuala kecil, lapkan muka dan seluruh badan jenazah menggunakan air suam. Jenazah mengeluarkan peluh yang melekit dari manusia biasa ketika menghadapi sakaratul maut
4. Ambil minyak zaitun ( boleh minyak urut yg lain ) urut pada siku, jari-jari tangan dan kaki, lutut. Secara mudahnya, semua sendi yang ada. Ini untuk memastikan sendi tidak mengeras
5. Urut dahulu segala sendi sebelum di letakkan minyak pada tempat sendi yg keras sahaja.
6. Ambil kain (seeloknya putih) - potong, ikatkan pada dagu dan simpulkan pada atas kepala supaya mulut tidak terbuka
7. Qiamkan tangan jenazah, ikatkan menggunakan potongan kain tadi
8. Ikat juga pada lutut (bawah sedikit)
9. Potongan kain lebih kecil, ikatkan pada kedua ibu jari kaki supaya kaki rapat
10. Letakkan jenazah di pembaringan sebelum dimandikan ke tempat yg tertutup.
11. Jika terdapat najis, bersihkan ( dilakukan sebelum dimandikan, sunat dibacakan doa istinjak )
12. Tutup dengan kain batik lepas dari muka hingga ke hujung kaki

*Jika tiada kain batik lepas, ambil kain batik biasa, potong pada bahagian berjahit. Buang juga bahagian berjahit tersebut.

BARANGAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK URUSAN SETERUSNYA
1. Sunat 5 helai kain kafan atau berwarna putih untuk jenazah wanita dan sunat 3 helai utk jenazah lelaki / kain pelikat untuk jenazah lelaki dan kain batik utk perempuan sebagai kain lapisan mandi
2. tuala mandi yang nipis dan tidak besar (seperti tuala bayi) sekurang kurangnya.
3. Sehelai telekung putih (bahagian atas sahaja)
4. 1 helai serkup kepala (untuk jenazah wanita)
5. Sikat
6. Celak mekah (untuk jenazah wanita, jika boleh mendatangkan fitnah tidak perlu )
7. Bedak sejuk (untuk jenazah wanita, jika tiada tiada mengapa )
8. Minyak attar atau air mawar
9. Serbuk kayu cendana utk ditaburkan pada kain kapan jenazah, dan diatas tisu gulung yg dipotong kpd 9 bahagian sebelum diletak kepada tubuh jenazah.
10. Kapas gulung 3, sekurang kurangnya segulung.
11. Sarung tangan plastik
12. Putik kapas

Perkara-perkara di atas penting untuk memastikan jenazah di dalam keadaan terjaga maruahnya. Kerana ada kes apabila bilal mandi jenazah datang, terkejut melihat mata jenazah masih terbuka, rambut mengerbang tak terurus, kaki tangan keras, dan berbau. Nauzubillah.

Semoga bermanfaat. Mohon sampai-sampaikan kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment